Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Cermin Diri Sebelum Cerminkan Orang Lain




Kadang-kadang kita tak mudah puas hati dengan orang lain. Lebih-lebih lagi bila menyebut pasal kepentingan secara ramai. Dek sebab menjaga kepentingan lain, kita lupa menjaga yang lain. Tapi hidup ini memang ada pecahannya. Biarlah berpada. Ada kelonggaran. Tapi bila jadi tak ada pengorbanan, kasihan orang yang lain itu.

Mungkin Jugak Aku Dah Lama Tak Menangis

Rasa macam nak sepak orang. Bila tengok laptop rasa nak baling laptop. Bila tengok tingkap rasa nak mengilai macam anjing. Bila tengok cermin rasa nak korek hidung melampau-lampau. Rasa marah dengan sendiri. Bila nampak enset, aku campak kat lantai tapi tak berkecai pulak. Apa taknya... selalu ikut saja cakap orang. Bila aku ingat-ingat balik, aku ni mungkin terlalu bodoh ikut apa orang suruh sampai sendiri jadi susah. Sampai satu masa aku terus mengabaikan semua orang. Sebab itu aku ambil cuti sendiri hari ini. Kononnya nak meringankan tekanan. Hampir 12 jam aku duduk bilik macam mayat atas katil. Aku kemas bilik sikit-sikit macam makcik. Tapi mulut aku bisu. Lagu Bengang nyanyian Akim AF dah tak kedengaran lagi. Haha

Aku rasa berbaloi aku kurungkan diri dalam bilik. Nasib baik roomate aku tak perasan aku jadi gila. Aku jauhkan sejauh-jauhnya telefon bimbit dan apa jenis komunikasi secara fizikal dengan orang lain. Ada rasionalnya aku tak keluar bilik sebab aku takut makin serabut kepala otak aku dan takut-takut aku pula menyusahkan orang lain. Tidur aku pun dah macam tak betul. Alhamdulillah sekarang dah ringan sikit kepala otak. Mungkin ni dah masuk tahap cipan keserabutan dalam kepala otak aku. Kalau buat graf gila versus normal dah terekstrapolasi dah.

Dan bila aku muhasabah balik banyak kekurangan yang aku dapat korek. Selain rindu Kampung Melayu Majidee, aku yang terlepas nak kawal pengurusan masa sendiri. Agak tersasar sikit. Jadikan lah ni satu pengajaran buat semua. Aku rasa paling penting ada banyak cara untuk mengawal emosi sampai tak terkesan kat orang lain. Itu adalah ketakutan aku yang sebenarnya. Walaupun aku selalu buat muka gembira, tak semestinya aku gembira menggila dalam hati.

Malam ni aku cuba mencari masa untuk sendiri lagi. Kembali sendiri. Bila betul-betul tenang, dan dah dapat ilham daripada-Nya bolehlah sesiapa dengar balik lagu Bengang yang aku nyanyi selalu :) Aku nak berduet dengan Emma Watson. Bila aku ingat balik, aku lupa kali terakhir aku menangis. Mungkin jugak aku dah lama tak menangis.





Bila Jiwa Sudah Lama Tak Didendang




Setelah lebih kurang 20 tahun 5 bulan hidup di atas muka Bumi ini, aku sudah perah rasa terpalit dengan keadaan skeliling. Itu adalah kelemahan. Sebab bila jiwa tak didendang. Pernah tak terfikir untuk berada di atas puncak mahligai, tetapi kita tercicir sayap untuk terbang ke atas. Yang kita lakukan ialah merangkak seperti arnab yang angkuh dengan kepantasannya. Akhirnya kura-kura juara. (Kredit to Sefa). Aku terbogel selepas membaca skrip sefa. Dan pada waktu itu semuanya boleh dilihat.

Bilalah aku akan mendendangkan jiwa aku sendiri. Lagu-lagu kemanusiaan. Aku sudah buat cuti umum satu hari ini untuk cuci balik otak. Haha


Klik 'Publish Post' Untuk Masa Sekarang

Baru selepas pulang dari Ameeth dengan berperisai White Coffee Ice yang kaw. Rakan-rakan di sekeliling aku semuanya baik-baik belaka. Tak macam syaitan. Syaitan itu bukan sahabat mereka lah maksudnya. Aku sudah termotivasi dengan beberapa perkara yang dikongsi. Perkara yang aku lihat dalam diri mereka. Rasa seronok bila dapat kenal dengan lebih mendalam perihal yang berada di sekeliling.

Rasa itu rasa yang aku rasa untuk masa sekarang. Jadi memang sudah sah mereka semua adalah idola aku. Jadi untuk masa sekarang juga aku telah dibangkitkan sedikit tentang untuk memulakan kehidupan semula. Tempoh masa 4 jam benar-benar berkesan untuk aku memulakan kehidupan yang baru tapi masih abnormal. Sebab aku tak suka normal.

Jangan terperanjat kalau-kalau ternampak gambar lelaki atau perempuan terpampang di latar belakang Desktop aku. Diorang lah sahabat aku. Mandi di tengah malam untuk membuang saki daki baki hati dan kaki. Jam 3.30 pagi aku menghadap laptop sambil berbaring bertuala menaip apa yang aku rasa untuk masa sekarang.

Sedih rasanya bila tak dapat mengahadapi tekanan dan selalu ditekan untuk buat sesuatu tanpa kerelaan. Sekadar mengeluh sebab kadang-kadang kita mudah bosan untuk yang lain bila yang biasa kita suka, kita asyik lakukan. Benda-benda alah sebegini semacam sedikit menganggu kehidupan. Tapi aku memang lemah bila tiba babak macam ni. Tak dapat nak feeling karakter sebagai seorang manusia. Aku yang lemah sebenarnya sebab susah nak melayan mereka. Yang penting untuk masa sekarang.

Masa sekarang memang penting. Sebab itu semalam tak datang semula dan yang akan datang tak datang lagi. Aku pun terus klik 'Publish Post'. Jangan lupa klik 'Publish Post' bila anda rasa sudah bersedia untuk berubah.

Owh aku suka gambar ni. Terima kasih Fara sebab sudi stalk aku dalam lecture. Haha

Dan Setiap Seinci

Setiap seinci kita pergi, seinci ia menguji. Seinci lagi, kita dirai. Seinci lagi, banyak yang dipeluhi. Seinci lagi, bertambah tinggi. Harapan dan impian.

Jangan mencari yang seinci, sebab kita perlu mencari yang berinci-inci. Usaha dan tawakal.

Walau seinci, harus berbagi-bagi. Kebahagiaan.

Dalam seinci, luar berinci-inci. Yang harus dielakkan.

Dan setiap seinci, kita mesti 'cari'. Ia pedoman.



Seinci dan berinci-inci
Gambar hiasan




Tiga Rasa

Pantai pada waktu malam tidak banyak yang boleh dilihat. Selain deruman ombak yang sama pada waktu siang, yang ada ialah lampu-lampu berkelip datang dari kapal laut atau feri. Macam kelip-kelip. Paling menarik bintang-bintang buat pameran terbesar di bingkai langit. Aku sedikit panas sebab bayu laut bertiup ke arah laut jadi tak rasa sangat angin malam tepi pantai.

Sempat berkongsi beberapa pengalaman dan rasa. Aku dapat simpulkan, manusia memang patut bahagia dengan perasaan. Manusia pun patut bersedih dengan perasaan. Tapi bahagia dan sedih itu macam ikan masak tiga rasa. Ada tiga rasa. Rasa yang ketiga itu tergantung. Bila makan ikan tiga rasa, rasa masam, manis dan pedas tak akan dirasai dalam turutan yang sama oleh semua orang. Ada yang rasa masam dulu, kemudian pedas, dan akhirnya kekal melekat rasa manisnya. Ada yang dapat rasa pedas, manis dan kemudian masam sampai akhirnya. Ikut tunas rasa.

Berjoget di tepi pantai tak digalakkan


Kenalah rasa dalam hidup. Dengar orang meluahkan perasaan sebenarnya sudah beri kita pengalaman yang sebenar. Buat kita beringat. Apa-apa pun, Seri Iskandar-UTP-Ipoh-UTP-Teluk Batik-Silibin-UTP perjalanan yang seronok. Owh watak Akashah macam neraka kot. Watak Kamsah pelik namanya. Aku tak percaya aku tengok wayang cerita V3 Samseng Jalanan tapi ada peningkatan.


Ikan 3 rasa yang aku cerita tadi tapi kabur gambarnya. Bukan yang tengah pegang enset tu


Mungkin Sudah Lali



Mak aku punya tegak lurus tak bengkok



Aku sedut air teh Krisantimum dengan straw panjangnya 20cm. Bayangkan hasil gabungan 2 straw kita dapat bina. Teguh dan utuh. Waktu-waktu begini pula aku terbayang pembaris panjang yang emak aku guna untuk menjahit baju. Pembaris berwarna oren dengan senggatan skala yang jelas berwarna hitam. Ada lubang kecil di hujungnya. Emak aku ikat dengan tali rafia untuk jadikannya sebagai penggantung pada paku di dinding. Selain fungsinya untuk mengukur berapa ela atau depa kain baju lepas tak berjahit, mak aku selalu gunakan sebagai perisai. Perisai untuk buat aku duduk senyap. Dulu aku memang macam ulat taik. Menggelincat tak tentu pasal.

Hobi aku bermain sepit baju buat dinasour dan melompat atas kerusi kayu yang kusyennya macam ketupat. Bila aku buat bising, habislah betis aku kena hinggap pembaris itu. Lepas itu aku mula menangis tapi cuba nak tahan nangis. Gembeng kot. Adalah beberapa kali pembaris tu patah sebab aku. Bukan aku gigit, betis aku yang gigit sampai patah.

Bila datang rumah orang, selagi tuan rumah tak jemput minum, kalau aku capai cawan habislah aku kena cubitan kaum hawa yang berbisa. Tapi mungkin aku dah lali, aku macam sudah tak ada perasaan bila ada orang marah aku (selalunya). Yang aku buat ialah senyum dalam hati. Macam tengok hasil seni ekspresi muka orang marah. Haha gila. Bila orang marah, aku susah nak marah balik walaupun dia yang buat aku marah. Maka sampai sekarang, kalau ada orang emosional dengan aku memang aku terasa tapi aku susah nak melayan. Selain minta maaf kalau benar-benar aku buat salah. Tapi kalau hentam kromo nak emosional sedangkan boleh lagi rasional, aku malas dan penat nak melayan.

Haha


Aku Bercerita Pasal Hujan










Waktu kecil aku dulu, aku diajar untuk rajin-rajin tutup cermin guna kain batik atau gebor (bahasa Melayunya ialah selimut) bila nampak kilat. Ini nasihat orang-orang tua. Macam pelik tapi secara logiknya. Cahaya bergerak dengan 3 x 10^8 m/s dan bunyi akan datang kemudian dengan halaju yang lebih rendah berbanding cahaya kilat. Kemungkinan kita akan mati disambar petir bila terpantul pada cermin. Bayangkan betapa bijaknya nenek moyang kita dahulu.

Hendak menunjukkan bahawa kita ini sudah moden, bergurau senda pun di dalam Facebook. Kalau dulu orang suka dengan istilah warong kopi. Warong kopi tempat orang main dam haji dan mengeteh dan bersenda gembira sampai gelak bergempita. Samalah juga dengan Facebook konsepnya yang lebih virtual. Kalau kita gabungkan warong kopi dengan facebook, jadilah Old Town White Coffee yang menjadi kegilaan sekarang ini. Macam DSLR. Senang-senang saja korek duit beli selonggok dengan lensa pelbagai kuasa.



Bijak juga orang 'bukan Melayu' ini buat bisnes. 'Idea' itu yang mahal. Kesimpulannya tidak kira siapa kita, anak siapa, anak pengutip sampah, anak bos ke, kalau ada idea, atau ilham, kita akan tetap dipandang mulia menggila.

Sempat bermain hujan semalam dengan minah dua orang ini. Seorang sahabat yang sudah lama tak berjumpa cuma terserempak 3 saat selalunya. Kepulan awan mendung dengan cerah macam memberitahu aku bahawa sebenarnya manusia kurang bersyukur. Bila panas macam dalam ketuhar, sibuk mengaku diri 'hot' atau terlalu panas almaklum 36 darjah celcius maksimum suhunya. Kalau sampai bilik terus buka baju. Tapi bila hujan, mengadu baju tak kering dan sebagainya. Kalau kita berada di antara kepulan awan mendung dan awan cerah, entah apa yang kita minta lagi. Salji agaknya.



Bahagia rasanya bila dapat kembali berlari macam dulu. Dah lama pendam. Larian mungkin tak segagah dulu. Tapi yang aku kutip petang semalam ialah apa yang ceritakan.

Bahagia juga rasanya dapat berlari dalam hujan dengan minah yang dua ini. Terasa macam kembali waktu zaman kecil dahulu. Bermain hujan dengan lecak. Baju kotor tapi sekurang-kurang tercolet sedikit pengalaman untuk diri sendiri dan orang lain juga.


Gambar sendiri ambil selepas basah kuyup

Chicken Chop V4 keras macam mounting board.



Batang-batang Hidung



Selain mandi, gosok gigi, cungkil gigi, menatap laptop sampai 4 pagi, dan mengenang kembali memori, tak ada aktiviti menarik yang dapat dibuat di dalam bilik ini. Yang ada ialah oksigen dan lagu Halimah Jongang yang berulang hampir 10 kali sebagai petanda dah khatam semua lagu dalam mp3 roomate. Lagu kegemaran aku ialah Trauma - nyanyian Elite. Trauma duduk bilik. Terkulai-kulai macam tuala yang aku jemur dalam bilik. Bila aku tengok tuala aku, aku terbayang aku. Bila aku tengok aku, aku nampak tualau terkulai. Macam itu lah analoginya.

Kalau sudah terbiasa dengan tabiat masuk bilik untuk tidur sahaja memang begitu. Haprak tapi yang di luar menjanjikan sesuatu yang tak ada dalam kelas. Tak ada dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman yang sangat berharga dan rugi kalau kita tidak mengejarnya. Ternyata memang tak salah. Salah siapa cakap salah.

Nasib baik ada facebook dan hiburan sampingan seperti bunyi-bunyi kicauan burung dan hentaman daun pintu. Yang beratur di hadapan aku ialah tugas-tugas wajib pelajar yang menarik. Sebab itu dengan pemikiran yang pantas, tuntas, aku terus terfikir bercadang untuk ambil kursus kesenian mungkin dalam bidang seni abstrak atau grafik atau teater. Haha. Waktu yang paling tepat ialah waktu aku sudah sangat matang.

Bila difikirkan balik, tidak mustahil rasanya. Peribadi aku sendiri mendambakan benda-benda berbentuk begini. Hadiah yang paling berharga ialah kepuasan menghayati hasil seni. Bila puas, manusia cenderung mendapat hampir 100% motivasi dalam diri. Secara peribadi, aku cenderung teruja dengan hasil-hasil seni tidak kira dalam bentuk apa jua sekalipun. Sehinggakan bunyi pun aku hargai dalam bentuk seni.

Tetapi mungkin aku tidak terlalu obses sehinggakan orang melabel aku penagih seni.

Bidang-bidang sebegini selalunya diperkecilkan atas alasan tidak menjamin kehidupan yang berbentuk kemewahan. Atau lebih tepat tidak jamin dapat mandi dengan harta kekayaan. Cuba untuk berbagi masa dengan yang aku dah lama tak jumpa batang hidung mereka. Batang-batang hidung TTS.