Setelah memainkan lagu Fatwa Pujangga menerusi laman sesawang Youtube berulang kali, baru aku sedar aku telah masuk terlalu dalam. Bait-bait kata atau liriknya begitu bermakna. Melodinya membawa aku melongsori zaman ketika budaya Melayu itu menjadi agung di seluruh pelosok nusantara. Aku percaya, S Affendi mengarang lagu ini dengan jiwa.
2013: Berkelana di Gunung Bintan dan Pulau Penyengat menimbulkan rasa ingin tahu saya tentang keberadaan Bunda Tanah Melayu iaitu Lingga ditambah dengan kewujudan The Dragon Tooth mountain yang bercabang tiga. Masih menggali masa dan kesempatan untuk ke sana. Lagu Fatwa Pujangga dan Bunda Tanah Melayu tidak henti saya mainkan. (Bersambung)
Kalau bukan kerana bilik yang terlalu sejuk menggila, aku tidak akan berganjak dari tempat duduk dan bangun untuk merendahkan suhu penghawa dingin. Orang kampung macam aku, penghawa dingin adalah semacam alat kebesaran diraja yang janggal untuk aku nikmati. Suhu di ruangan bilik ini sepertinya sudah cukup optimum sesuai dengan ketebalan lapisan lignin dan epidermis. Beginilah duduk di perantauan. Kalau sudah melangkah masuk ke dalam bilik, ruang dunia seakan mengecil. Ada kalanya ruang kecil ini cukup sempurna untuk aku berkhalwat dengan diri sendiri. Saat-saat tubuh lagi malas bergerak, otot-otot lagi malas bekerja, di dalam ruang ini juga lah aku melabuhkan tubuh di atas kasur sambil menatap langit siling konkrit.
Semalam kecoh satu Facebook dek isu KWSP yang bakal diperpanjang umur kelayakkan mengeluarkan wang yang tersimpan dalam lubuk KWSP setelah puluhan tahun membanting tulang. Umur 55 tahun sebenarnya bagi rakyat biasa sudah cukup lama menunggu dan terbeban kerana ketika dalam usia ini, mereka amat membutuhkan dana untuk perubatan dan jika antara mereka yang istilahnya 'terlajak umur kahwin' kos untuk melanjutkan pendidikan anak-anak adalah menjadi keutamaan. Melalui wang KWSP ini lah mereka meletakkan harapan. Apatah lagi kalau ditambah lagi 5 tahun mencapai umur 60 tahun. Merangkak-rangkak lah kerja part time di McDonalds sambil bertongkat. Mungkin aku salah. Entah. *Garuk punggung*

No comments:
Post a Comment