Senang kata kalau nak kawin kena tahu cara buat telur pindang. 

Telur pindang sebenarnya elemen yang tradisional dan jarang orang kerja kahwin sediakan. Telur pindang ni prosesnya ambil masa 2 hari untuk merebus telur-telur. Selalunya kalau korang pergi makan nasi minyak, lepas tu mesti dapat berkat atau bekalan makanan. Bersama berkat itulah telur pindang ni akan disertakan. Telur pindang jadi elemen tanda penghargaan tuan rumah lah kepad tetamu. Telur pindang sekarang ni jarang-jarang jumpa. Sekarang ni orang orang kasi bunga telur dengan telur rebus biasa. Kira kalau dapat telur pindang memang spesial lah. 

Yang menariknya, sejarah bunga telur macam dah terevolusi. Kalau dulu, waktu zaman-zaman aku kecil dulu, aku dapat telur pindang sambil dibalut berpintal kedua-dua hujung tisu merah. Ala...tisu yang berwarna merah yang biasa kita curi di warong-warong makan biasa tu. Itulah bunga telur zaman dulu-dulu. Teknik bungkusnya cukup tradisional. Menarik.

Lepas zaman tu, telur rebus ni diikat bersama bunga telur pula. Lepas zaman tu pula, telur rebus diletakkan dalam tembikar/porselin kecil berbentuk bakul untuk letak telur rebus. Emak-emak suka kumpul bakul tembikar/porselin tu. Buat koleksi lagi. Lepas zaman tu, telur rebus diletakkan dalam beg kertas dengan jajan atau makanan ringan atau kerepek pisang, kerepek kentang, macam tulah bentuknya. Zaman sekarang, telur rebus atau telur pindang ada yang dah  berganti dengan cupcakes yang cantik corak-corak aisingnya. Ini semua adalah berdasarkan pengalaman dalam 20 tahun datang ke kenduri kahwin. 

Pernah sekali dulu terlibat dalam penyediaan telur pindang. Tapi kali ini agak menarik dapat tolong dan tengok, bukan tolong tengok dalam jarak dekat. Prosesnya nampak mudah tapi agak leceh tapi menarik untuk diketahui. Kalau rasa nak kahwin, korang kena tengok proses buat telur pindang ni. Agak spesial lah kalau ada telur pindang. Kalau malas, jangan kahwin. Haha

Baru aku tahu, telur-telur ayam biasa ni perlu disusun rapat-rapat dalam periuk besar untuk jimat ruang orang kata. Telur-telur ni disusun berselang dengan campuran daub-daun terpilih. Haa.. daun-daunnya macam daun serai, daun pandan, daun jambu, daun kunyit. Setiap peringkat ni akan dicampurkan rempah jintan.

Proses ni makan masa beberapa jam untuk datu periuk besar. Bila dapat tolong susun telur-telur ayam tu, rasanya akan mudah memahami kenapa disusun bertingkat-tingkat. Nak pastikan betul-betul sebati. Jadi telur pindang nanti sebati lah rasanya.

Jangan lepaskan peluang susun telur-telur tu

Lepas proses ni, telur-telur yang 2500 biji ni tadi akan direbus dengan api yang kecil. Selama dua hari! Inilah tahap yang lecehnya. Sebab perlu kesabaran nak menjaga apinya. Pastikan tak padam ditiup angin dan gasnya tak dibawa lari mat gian.

Kalau daun pandan dah lecur, maknanya dah mendidih

Kalau ditugaskan jaga telur pindang ni alamat kena berjaga. Pastikan banyakkan aktiviti sepanjang menjaga tu. 

Berkarok dengan gitar akustik,

(berlakon sepam)

Duduk bercangkong,

Kalau dah bosan sangat, anda boleh cuba ini. 

Lepas berjaga tidurlah secukupnya sampai matahari tegak. Dan jangan lupa bersarapan tanpa bergosok gigi tapi berkumurlah. Tapi tak mengapa tak mandi. Lagi sedap pekena roti canai bersambal.

Penat berjaga tapi pengalaman tu menarik. Liku-liku cerita ni semuanya pasal telur pindang untuk korang. Korang lah sebagai tetamu.

(aku punya telur pindang mungkin 2014...ngaumm haha)

 

Latar Belakang Taman Bunga Istana Johor


Dengan kos RM0.00, siapa kata tak boleh melencong kat JB ni. Antara kawasan yang boleh kita dekatkan diri dengan alam semulajadi. Kalau bangun pagi kita jumpa elemen air, apa kata kita tambah dengan elemen udara dan air. Baru ada kick!

Lepas subuh, waktu yang baik kalau nak berjoging di Taman Bunga Istana Johor. Dengan nikmat penglihatan, kita boleh tengok matahari terbit di tengah-tengah bandar Johor Bahru. Owh dari puncak bukit sini, boleh nampak Bukit Timbalan. Terletaknya bangunan Tanjung Puteri / Sultan Ibrahim. Di Johor ni, bagi aku, bangunan nilah yang jadi mercu tanda. Boleh dikatakan aku obses dengan bangunan ni sebab sangat tinggi dan klasik. Tapi mungkin pusat pentadbiran Johor ni akan berpindah dalam kawasan pembangunan Iskandar. Owh memang cantik. Dari sini nampak Bukit Timbalan. Pergi banyak kali kompom tak bosan.


Bukit Timbalan dari Taman Bunga Istana Johor


Haha yang paling penting, suasana pagi kat sini memang segar. Laluan berjoging yang melingkar bulat penuh dengan hijau warna pokok dan redup dengan teduhan kanopi pokok ru yang besar. Di sebelah kiri laluan nanti kita dapat hidu bau haiwan hamis-hamis atau hanyir-hanyir atau kepam-kepam. Haa..itulah yang spesial di sini. Belakang zoo Johor saja.

Dan memang aku,Faris,Hasyiemey dan Daus bernasib baik dapat bertembung dengan sejenis lotong terlepas dari zoo. Kalau jumpa jangan lari. Buat-buat macho lepas tu berjoging dengan yakin. Kalau berhenti jalan, lotong ketawa selamba dapat lari, makcik cina kat belakang ketawa nampak tak ada gigi.

Spot yang menarik ialah tanah paling tinggi di kawasan ni. Kelihatan golongan berumur berbangsa Cina melakukan Tai Chi. Agak bangga melihat telatah diorang. Bayangkan dan pastikan kita ada di tempat yang sama waktu dah tua nanti.



Kera-kera bersangkutan


Spot yang kedua ialah bangunan lama atau tinggalan. Aku pun tak tahu bangunan zaman jajahan Inggeris dulunya tempat untuk apa. Tapi bila masuk dalam bangunan tu, macam masuk dalam zaman tu. Spot yang menarik untuk fotografi.

Seterusnya bukit menghadap Selat Tebrau atau Stulang Laut. Sebelah kiri adalah Istana Johor yang biru putih. Memang cantik. Spot ni terdedah dengan cahaya Matahari. Boleh betul-betul rasa vitamin D meresap dalam kulit. Di hadapan adalah pemandangan selat tebrau. Spot ni pun sesuai untuk ambil gambar. Bayangkan udara adalah daratan, tanah adalah awangan. Haha






Kera-kera bergayutan

Kesimpulannya, kalau bosan macam harem... Rajin-rajinlah ke sini. Lagi-lagi yang suka sangat dekatkan diri dengan alam semulajadi. Kalau rasa bosan, kitalah yang bosan, macam tiba-tiba kalau bau busuk, kitalah yang busuk sebenarnya!




Ini gambar sebenar Pasar Kampung Melayu Majidee


Aku bukan kaki pasar malam. Sebab itu aku akan fikir dua kali atau tiga kali atau empat kali untuk berada di pasar malam. Eh aku bukan anti-sosial. Aku akan numb bila berada di sana. Tak kisahlah di pasar malam Taman Maju, Tronoh ke atau di Taman Universiti atau di Kampung Melayu Majidee. Aku rasa hanya tiga tempat pasar malam tersebut sahaja yang aku pernah singgah dan pernah menyinggah dalam hati aku.


Kakiku Terhenti di Pasar Malam. (Aku bermonolog)
Kalau pergi pasar malam, banyak mata-mata akan meliar sana ke sini, situ ke mari. Selain tak tahu nak beli apa, aku pun tak tahu nak buat apa. Jadi kebiasaannya kalau aku pergi pasar, aku akan lihat mata-mata yang meliar. Memerhati sajalah selain beli makanan untuk mengelakkan dicop 'pergi pasar malam tanpa hala tujuan'. Haha


Tapi semalam, segalanya berubah bila aku terteman mak aku pergi pasar malam, setelah beberapa tahun tidak melawat pasar malam Kampung Melayu Majidee. Beli bawang, beli kentang yang 500 gram RM1.20? Tunggu mak aku cari tudung berfesyen indon berharga RM5.00 yang sekarang menjadi kegilaan wanita-wanita Tanah Melayu. Sempat pula aku terserempak dengan kawan lama.


Kakiku Terhenti di Pasar Malam. (Aku bermonolog)
Memang aku ditakdirkan akan pergi pasar malam, pada malam itu. Lepas teman mak aku, aku pergi 2nd Trip berdua-duaan dengan Hasyiemey. Hasyiemey ni dah set tujuan ke mari. Sebenarnya dia lah yang ajak aku dulu sebelum mak aku. Aku terus jawab ya. Haha

Pada kebiasaannya otak aku dah set, makanan yang aku cari untuk mengelakkan dicop 'pergi pasar malam tanpa tujuan' ialah tauhu bakar, kebab daging, taufu-fa, dan laksa.

Berdasarkan senarai, aku berjaya beli tauhu bakar, taufu-fa, dan tambahan tapai ubi dan kulit ayam. Memang terbukti aku agak berkarakter tradisional di sini. Entah malam tadi, pelayaran aku kat pasar malam Kampung Melayu adalah yang terbaik. Pengaruh Monsoon Cup la nih. Mungkin sebab dah lama tak singgah pasar malam. Bersyukur sebab pasar malam Kampung Melayu adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan 2 lagi senarai pasar malam yang aku pernah pergi.

Pasar malam Kampung Melayu Majidee ada pakcik dan makcik yang tiada penglihatan, bermain tamborin sambil menjual tisu. Seingat aku, mereka ni dah ada sejak aku singgah pasar malam dengan mak bapak aku waktu sekolah rendah dulu. Tengah berlayar dalam keramaian orang, aku perasan muka-muka yang pernah aku kenal waktu dulu-dulu. Waktu di sekolah rendah, waktu tunggu bas sekolah di sekolah agama Dato' Abdullah Esa dan makcik pakcik yang menjual barang bagaikan tersenyum, macam pernah kenal. Tapi tak kan aku nak tegur selamba aja. Yang betul-betul rapat saja aku akan tegur. Karang kena tuduh 'GP' gila populariti pula atau 'PP ' perasan pupolar.

Terasa kembali semula di Kampung Melayu Majidee. Ceyy... Itulah sesuatu yang merubah segalanya. Balik pasar malam, aku singgah rumah Faris, kawan lama aku juga... Melantak semua hasil pelayaran yang aku beli malam tadi. Pengaruh Monsoon Cup lagi.

Owh memang dah lama tak makan tauhu bakar. Mungkin itu pun salah satu yang jadikan pelayaran aku di pasar malam Kampung Melayu Majidee menjadi yang terbaik. Terasa kembali semula...

Satu lagi perkara baru bagi aku.


Mereka. Sebab tak pernah ada peluang untuk bekerja. Untuk rasa susah bekerja. Untuk rasa penat bekerja. Untuk rasa nikmat bekerja. Kerja untuk menyusahkan diri. Keluar daripada zon selesa dan lompat melepasi zon kebergantungan. Kalau ada pertandingan lompat tinggi, semestinya mereka telah mendahului. Untuk menikmati usaha dan kegigihan rakan-rakan lain yang gigih berusaha dengan niat yang sangat indah kalau dilihat daripada mata hati. Untuk buka mata hati se-360 darjah yang boleh. Bukan seperti burung yang terbang bebas memerhati, tapi sehati terkunci mati. Mereka bekerja untuk mendapat duit kocek. Mereka belajar tidak lokek. Mereka bekerja untuk tidak membebankan ibu bapa. Mereka bekerja sebab mereka hanya orang biasa. Mereka bekerja kerana mereka duduk di setinggan sahaja. Mereka bekerja kerana matangnya pemikiran. Mereka bekerja untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan rakan-rakan mereka yang kaya-raya. Mereka tidak kisah bekerja di kilang kayu. Mereka itu jelas, sangat tidak dungu. Mereka tidak kisah bekerja di kilang roti. Mereka tidak pernah patah hati. Mereka bekerja untuk dapat menampung yuran Universiti. Mereka bekerja untuk belajar sampai luar negeri! Ternyata mereka tidak rugi. Mereka lihat bergaya. Dengan kot yang disulam dengan pengalaman dan ingatan. Mereka ada kereta limo yang panjangnya sama dengan akal fikiran. Mereka berkasut hitam yang kilat seperti hati juara. Mereka berpangkat dan mereka diangkat-angkat. Amin.








Babat satu subjek yang menarik. Ramai orang suka makan tapi tak ramai tahu macam mana proses memasaknya. Semalam abah aku bawa babat daripada korban surau. Kalau datang Johor, sate babat mesti ada selain sate ayam atau daging. Semalam berhempas pulas emak aku kikis lumen-lumen babat ni. Bau memang hamis gila. Yang hitam-hitam macam peta Benua Afrika itu lumen-lumen yang tak terkikis. Memang susah kot. Babat lembu ni kalau direbus dengan rempah ratus, barulah wangi dan sedap dimakan baunya.

Babat owh babat... aku tak suka bau engkau. Tapi aku suka makan engkau bila engkau jadi sate hehe...

Salam Aidiladha...dha dha dha dha dha dha dha dha dha dha (bergema)




Liarnya Johor Bahru. Sempat berkorban tidak menonton Nur Kasih episod akhir. Haha. Salah satu bentuk pengorbanan sebab nak berkumpul dengan member-member lama. Lama kot tak berkumpul.

Daripada gam punggung depan TV di rumah, memang berbaloi duduk semeja di mamak Aliff dengan mereka ni. Macam-macam topik diperbualkan. Pasal kehidupan masing-masing, gosip-gosip sedikit dan pastinya pasal perangai masing-masing yang tak berubah. Aku tergelak syaitan haha!

Memang pengorbanan itu sesuatu yang bermakna. Tak sangka pula dekat mamak buka Nur Kasih siap dengan paparan besar projektor lagi. Fenomena Nur Kasih betul! Ramai juga yang layan Nur Kasih ni. Tapi, tak habis feeling cerita ni tiba-tiba ada tangan busuk lagi hamis, sehamis kambing korban, tuka saluran lain. Cett...

Lepas minum-minum, spontan dapat plan pusing-pusing satu JB. Hendak melihat perubahan JB lah katanya.

Dari Kampung Melayu, ke Bakar Batu, melalui jambatan panjang Permas yang sangat cantik pemandangan waktu malam di muara sungai. Cuma baunya kurang menyenangkanlah. Sebelum itu dah habis dah pusing satu Kampung Melayu. Tak banyak berubah, tapi memang meriah Raya Korban. Ramai yang potong lembu,kambing dan sebagainya.

Berbaloi tong tong minyak RM10. Kawasan hadapan Maktab Sultan Abu Bakar dah berubah. Ada jalan besar dua hala. Hadapan Hospital Sultanah Aminah sudah nampak bayang-bayang KL dengan .Pembangunan Iskandar katakan...

Ceruk-ceruk kecil pun kami redah malam itu. Haha... kalau di JB ni, Jalan Dobi mungkin dah kurang dah. Di KL Lorong Haji Taib. Kami sempat melihat 3 'abang' di lorong kedai berdekatan Larkin Bomba. Tak sangka banyak kereta menunggu. Dalam kereta itu rata-rata lelaki. Kalau dah menunggu di lorong-lorong gelap, apa lagi. 3 'abang' tadi nampak bergaya lah! haha. Bukan dekat sini aja kami jumpa. Satu lokasi lagi di Kampung Pandan. Tapi seorang je lah. Kata member aku, Raya Haji...biasalah...tak ramai turun kerja.

Inilah realitinya. Masih ada lagi yang buat kerja-kerja macam ni. Haih...

Dalam kereta memang hiruk pikuk dengan suara-suara perbualan kami. Yelah dah lama tak jumpa... bila bercerita, tak habis. Sempat juga berkarok dalam kereta. Memang layan lah!

Sekadar untuk dikongsi kepada member-member yang berada di luar negara. Terutamanya BEKAM. Jangan jealous... kami nak ke destinasi yang seterusnya...hint: senyum...



Petang tadi aku berikan lambaian terakhir kepada JCV 7693. Motosikal ni dah banyak menampung punggung-punggung yang berat nak ke kuliah, ujian, peperiksaan akhir dan yang paling kerap ke MPH atau Blok B. Motosikal ni hampir 20 tahun, seusia dengan aku. Kalau tak ada motosikal ni, aku kena patah pinggang jalan kaki untuk latihan teater. Aku lap JCV 7693 dengan kain cantik warna biru. Lepas mengetap pengunci rim, maka berehatlah dia untuk 3 bulan.

Aku tengok langit maghrib. Jingga keemasan. Memang nampak berharga. Tambahan pula suasana yang hening kruk kruk kruk bunyi cengkerik menandakan ramai kawan-kawan sekeliling dah pergi. Pulang ke kampung masing-masing. Aku berehat sambil-sambil menulis entri ni. Mengisi masa sebelum pergi. Tapi tak cukup kekuatan nak mengimbau kembali suka-suka semester ini yang sangat-sangat menarik dan bait-bait lagu semester kali ini memang sentimental. Tak apalah nanti-nanti...


Kembali kepada perenggan pertama. Iaitu pasal motosikal aku yang dah berkunci. Dan pada pukul 9 malam ini aku pun pergi. Ini pertama kali aku balik rumah sampai pada pagi raya woo...


Jumpa semester hadapan rakan-rakan CJ7, TTS dan Duyung~



Abang-abang, kakak-kakak yang bakal graduasi, terutamanya rakan-rakan Tronoh Theatre Shop, selamat bergraduasi. Untuk kakak dan abang selamat intern. Semoga 8 bulan dirasakan sebulan, semoga yang ditinggalkan, ditimang-timangkan. Tiba-tiba aku guna istilah abang kakak. Kita kan orang Melayu. Eh! Aku Jawa...

Aku sempat jadi stalker save image as dalam akaun Facebook. Sekarang memang senang nak cari maklumat peribadi orang lain. Rasanya bakal bos pun akan guna kaedah sama untuk tahu dan lebih mengenali bakal-bakal pekerja dia. Jadi untuk abang dan kakak yang nak bergraduasi, lekas-lekas remove tag gambar yang tak senonoh. Misalnya berpostur pelik ke, bergambar dalam latar belakang yang gelap ke..Haha kalau adalah...

Hasil intipan


Sefa, selamat melalui fasa fetus (8 bulan) dunia dalam perut, sebelum lahir nanti sebagai Jurutera Mekanikal yang berdedikasi. Seronok intern kat Sony!


Tasha, selamat melalui fasa yang sama. Nanti lahir menjadi jurutera awam yang berwibawa dan berfesyen high class waktu gerudi jalan raya. Macam biasalah, kalau rindu-rinduan jangan peluk tiang, peluklah beruang.

Aku rasa riwayat aku dah semakin habis di UTP ni. Lebih kurang 6 jam lagi aku balik kampung.

Yang patah tumbuh, hilang berganti. Yang akan kembali semester hadapan, wiwwit~



Malam ini aku berhalusinasi sekejap. Membayangkan aku duduk semeja di Restoran Aliff yang ala-ala mamak. Wifi percuma hidangan wajib order. Sambil menikmati suasana kebisingan orang berniaga jualan langsung atau MLM. Seperti selalunya duduk dengan konco-konco lama yang selalu buat testosteron aku teruja nak bercerita macam-macam. Ketawa dan gelak sakan. Owh ini mungkin personaliti aku yang mungkin jarang dilihat dengan mata kasar. Hanya yang selalu ada disisi aku saja yang menikmatinya. Haha Tak percaya tak apa lah...

Pelan-pelan untuk cuti nanti dah berputar-putar macam roda impian. Cuma menunggu jarum menunjukkan pelan mana yang tertebak. Kebarangkaliannya memang tinggi. Bila dah tertebak, perlukan pula perahan idea konco-konco aku yang tadi. Maka bila sempurna, barulah gerak kerja akan mula. Yeah!

Aku pun membayangkan aku turun daripada bas dan memijak bumi Johor yang indah permai. Di hadapan aku ada asap hitam berkepul-kepul, orang-orang berleseran dan ada minah dan mamat tengah sibuk menjual. Yelah... turun bas mesti di Larkin Sentral (dulu dikenali sebagai Stesen Bas Larkin). Kemudian aku tahan teksi dan hulurkan RM4 untuk tambang ke Jalan Satu, Kampung Melayu Majidee.

Aku turun teksi, dan di hadapan aku terbentang ruang yang menempatkan aku membesar. Didalamnya aku bermandikan kasih sayang, wangi dengan kenangan, berbuih-buih kemesraan. Buih-buih itu mengandungi tekanan yang rendah daripada tekanan udara di sekeliling. Membolehkannya berawang-awangan bebas di udara. Seumpamanya bila aku keluar daripada ruang itu seperti sekarang. Bebas mencari hala tuju dan terdedah kepada bahaya tajam sinaran matahari. Mudah untuk pecah. Tetapi segalanya tidak mustahil, kita boleh berubah menjadi belon, atau belon udara panas atau jet pejuang sekali pun. Sebab ada magis. Magis, sebuah hasil keazaman dan usaha sendiri untuk bertahan.

Aku masuk melalui pintu hadapan rumah, sebelum itu melalui 'Teratak Buana' dan merentasi pokok-pokok tanaman emak. Selangkah aku masuk, ribuan tangan menyambut kepulangan.

Bila aku dah masuk ke zaman ini,aku akan membuat senarai hendak buat. Tarikh-tarikh habis dilorek dengan sesuatu yang terisi. Sewaktu ini, rakan-rakan seperjuangan dan keluarga yang ditimang-timangkan akan kekal dalam ingatan dan bila tarikh semakin ke depan, kita tetap akan berjalan.



Kita adalah tetamu
Gemersik alunan ombak
Gelombang resah hilang berasak
Di hadapan adalah yang tampak
Sebuah seni indah
Tercapaikah kudrat puluhan usia?

Bila umang-umang sembunyi
Kita mencari buran
Lupakan butir-butir pasir
Gelombang datang lantas hilang
Melihat gerak-geri seperti sendiri
Sendirian tiada erti

Bila berlari ke pantai
Lautan ditinggalkan
Obor-obor bukan alasan
Kelak kita tiada berteman

Bila berlari ke teluk
Berbaris puluhan manusia
Hadiah hidupan untuk kehidupan
Melihatnya
Sebuah ajaran dalam kenangan

Kisahnya silauan mentari terkena karang lautan
Hari sebenar itu adalah kebiasaan
Bertemu dan pulang
Bila umang-umang sembunyi
Tidak tahu masihkah ada yang melihat lagi
Tetamu selepas kita pergi.

abm
Teluk Senangin.




Cengkih Mengkih...

Aku kena ucapkan terima kasih kepada Baim,Hafifi,Fazly dan Sapek sebab sudi menghasut aku turut serta ke Ipoh haha. "Cengkih mengkih...takda!" ini sebenarnya antara dialog yang menarik dalam Pisau Cukur. Mungkin terlalu lambat tengok filem ni haha. Walaupun selaku pelakon tambahan sebagai pekerja spa,Rafidah Abdullah memang lawak! Orang kata ada x-factor. Bila babak dia saja aku dah tergelak. Owh dialah penulis skrip filem ni...

pisau cukur moden


Inilah kali pertama aku pergi panggung dalam semester ini. Ajaib! Aku akui aku seronok menonton cerita ni. Ya, jarang sekali filem melayu aku tengok di panggung wayang. Haha. Gambar cantik, pelakon ada karakter masing-masing, kegedikkan macam haram dan yang paling penting humor berakal lah. Jadi boleh dikatakan aku tergelak juga dalam panggung. Jalan cerita bukan tipikal tapi menarik.

Owh... aku mula jumpa balik minat aku yang dulu...aku nak buat puas-puas balik rumah nanti.




Sedih Pulih...

Sapek baru dapat panggilan daripada kakak dia yang emak dia pengsan sebab kurang gula petang Sabtu lepas. Mungkin nasib tak menyebelahi dia, laptop pula cari masalah. Mulalah kelam kelibut macam ribut hari itu. Yang paling penting sama-sama doakan emak Sapek cepat pulih di hospital. Tapi Sapek ini kuat macam Hulk Hogan. Semangat Sapek!

Sapek...




Semangat Langat...

Dalam keadaan akhir-akhir ini, yang paling diperlukan ialah semangat! Semangat untuk terus belajar. Haha aku bukan jenis yang kaki study dan kamonlah datanglah semangat belajar untuk kertas peperiksaan yang terakhir ini. Dalam waktu-waktu begini memang banyak pengaruh baik yang membisik. Haha... selepas 25/11/2010 maka tamatlah tahun pengajian kedua. Tapi aku bersyukur sebab dah hampir-hampir kepada penghujung semester ini, banyak perkara-perkara menarik berlaku. Aku sangat menghargainya. Aku percaya bahawa insyaallah jika apa yang kita usahakan itu baik, maka baiklah pulangannya. Percayalah.







Selepas 3 tahun, 11 bulan, 21 hari... semuanya dah besar-besar macam gajah. Waktu pertama kali gua berkenal-kenalan waktu foundation dulu semuanya kecil-kecil macam berudu. Dah lama gua rasanya tak keluar berjemaah ramai-ramai dengan member-member sekepala ni... Semalam kiranya ramai juga selonggok datang ke restoran MP. Owh ada VIP datang dari Kulim~ Terima kasih gua ucapkan kepada VIP tersebut sebab lu memang ROQlah! Semoga lu dapat meneruskan apa yang lu minat semester baru nanti. Sanggup lu datang dari Kulim ke sini. Wah!

Sayang dowhh dulu ramai kot member-member sekepala pertama kali kenal di UTP ni. Tapi lepas keputusan SPM keluar, ramai yang keluar pergi persediaan ke oversea. Beberapa ketul agaknya yang keluar. Semuanya ada plan masing-masing. Sekarang ada yang di London, US dan kat mana-mana lagi lah.

Dah banyak cerita sebenarnya dikongsi bersama. Yang luar, yang dalam, dari hujung rambut ke hujung kaki, yang tersembunyi, yang terselit, yang terkepit... haha. Kiranya dah kenal kot masing-masing. Hidup di U ni kenalah berkawan. Tak ada kawan tak hidup kot. Waktu susah, diorang ni lah yang ada. Waktu senang pun apatah lagi. Teringat peristiwa-peristiwa waktu gua kena kuarentin dek H1N1 dulu. Member-member gua yang nilah yang tolong angkut barang gua hantar kat Duyung. Member gua yang nilah yang belikan bisKuat.

Gua rasa steamboat malam tadi tak cukup nak puaskan aku bersama lu orang. Apa-apa pun gua menghargai lu orang walaupun mungkin gua susah nak tunjuk gua hargai lu orang. Kalau gua diberikan pilihan 'padang depan greentown?' dengan 'lu orang', mestilah gua pilih lu orang. Sebab lu orang lebih daripada 'padang depan Greentown?' haha





Aku selalu bertukar gambar latar belakang 'desktop' sebab aku suka melihat pengalaman dan kenangan. Kalau boleh setiap hari aku nak tengok. Lepas bangun pagi, lepas gosok gigi, lepas sarap pagi, lepas mandi, lepas tengok movie, lepas balik tandas, lepas exam dengan hati yang panas. Senang cerita tengok gambar ni je boleh terus sejuk. Jadi, aku cuba jadikan setiap pengalaman dan kenangan itu sebagai sesuatu yang patut dihargai dan caranya dengan 'melihat'nya setiap hari.


Figura di atas ialah gambar latar belakang desktop aku yang terkini. Foto ini dan CJ7 Picnic itu sendiri sesuatu yang simbolik bagi aku. Haha aku gelarkan Chemy Jan07 sebagai CJ7 sekarang ini. Idea ini aku dapat daripada seorang penggiat teater, Anwar namanya.

Foto asli ini diambil sewaktu CJ7 Picnic tempoh hari. 35 rakan-rakan CJ7 berkesempatan merapatkan ikatan famili di Teluk Senangin yang mendamaikan.

Bayang-bayang hitam ini adalah rakan-rakan CJ7 yang turut serta ke Teluk Senangin. Aku sengaja menjadikan ianya bayang-bayang hitam sebagai simbolik kepada hubungan persaudaraan dalam kalangan CJ7 ini yang tidak mengenal bangsa,agama,negara dan warna kulit. Semuanya sedondon. Kalau dilihat, bayang-bayang mereka ini tersusun dalam satu baris. Melambangkan walau apa pun yang terjadi, kita tetap sebaris membawa perjuangan yang sama jelas dalam bidang yang sama. Terima kasih kepada semua yang datang meyokong aktiviti ini dan apa yang diharapkan ialah semua yang terlibat, merasai objektif utama ia diadakan. Di sinilah kita mula atau lebih mengenal tentang karakter masing-masing. Mungkin sebelum ini belum pernah bertegur sapa atau malu nak bercakap. Di sinilah kita mulakan. Kalau di dalam bilik kuliah konsepnya tak sama macam di luar kuliah. Jadi hargailah setiap seorang daripada kita dan orang di sekeliling kita. Hehe...

Memang seronok bila ramai-ramai berkumpul. Macam-macam aktiviti yang dilakukan. Cari gula-gula dalam pasir antaranya. Simboliknya aktiviti ini bagi aku ialah menceritakan macam mana kita susah nak cari kawan sebenarnya. Kais-kais menggunakan kaki. Kalau tersilap kais, luka jari kaki. Nak mula bertegur memang susah. Kena ada keberanian dan senyuman mesra. Tapi bila kais-kais, tiba-tiba terjumpa gula-gula. Dapat pula kunyah gula-gula tu. Manisnya kemesraan kalau dapat banyak lagi bagus!

Latar belakang kepulan-kepulan awan biru adalah simbolik kepada keamanan dan kebahagiaan dalam sesebuah ikatan persaudaraan. Dan kepulan-kepulan awan biru dan putih menerangkan betapa sucinya usaha untuk merapatkan hubungan persaudaraan. Terima kasih kepada pengelola utama CJ7 Picnic yang banyak mengerah tenaga dan masa untuk melancarkan aktiviti seperti ini. Atau mungkin lepas ini ada ramai pengelola yang lahir. Mungkin untuk bercanda di Pangkor ke, Langkawi ke, Konvoi Hari Raya ke, dan sebagainya...

Aku rasa macam tengah menulis karangan bergambar. Macam SPM dulu-dulu... haha

Owh bola itu pun ada maksudnya. Bukan sekadar bola Syazwan. Eh, maksud aku bola yang dibaling oleh Syazwan. Maksudnya, persaudaraan ini dengan harapannya tiada noktah. Tak berhenti selepas graduasi nanti. Insyaallah sampai dah kahwin, beranak cucu atau pun dah berusia tak ada gigi nanti. Kalau boleh, ada yang masih sms waktu dah bergigi palsu nanti.

Akhir sekali, terima kasih kepada semua yang menyokong CJ7 Picnic.
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. Potong jangan tak potong~
Owh selamat maju jaya untuk kertas peperiksaan yang terakhir semester ini. Lepas tu apa lagi, MERDEKA!








Tempoh lebih kurang satu hari satu malam di Kampung Felda Ijok, membawa aku bersemuka dengan kehijauan ramah-tamah desa. Memang seronok!

Duduk sebelah tingkap bas memang itu pilihan aku kalau berkelana ni. Dapat merenung jauh tengok kehijauan kampung, bangunan-bangunan klasik, papan-papan tanda di jalan yang tiba-tiba akan mengingatkan aku kepada sesuatu kenangan dulu-dulu. Wah memang senimental lah! haha

Memang berbaloi dapat balik ke Kampung Felda Ijok. Hamzah jadi teman aku berkelana. Walaupun berdua sahaja, tapi rasa macam bereenam haha!

Yang paling penting berjumpa balik dengan keluarga angkat di sana, abah, mama, along, angah, adik Siti, Maksu, Atuk, Opah dan semua ahli keluarga yang lain. Keramahan mereka ni aku tak dapat lupakan.

Perjalanan naik bas dari UTP memang menyakitkan sebab terpaksa tunggu hampir satu jam untuk dapatkan bas ke Medan Kid. Kemudian dari Medan Kid kami naik bas ke Kemunting. Melalui Taiping sebelum sampai ke Kemunting. Taiping memang sebuah bandar yang cantik. Ada kawasan berhampiran Bukit Larut yang dengan dengan kawasan hijau. Tenang, sejuk, segar... Dari Kemunting kami naik bas Selama untuk turun di Kubu Gajah.

Di Traffic Light simpang empat ke Felda Ijok, Maksu dan Pak ngah sudah menunggu dengan senyuman. Kami bergerak ke rumah abah dan mama dan sampai jam 6.30 petang.


Along, Hamzah dan ramah.


Alhamdulillah keadaan semuanya sihat. Langkah kanan orang kata... kami melantak masakan mama dengan rakus. Ikan duri masak gulai, sotong masak sambal, kuah asam dan yang paling penting sambal belacan mama serupa ada 'kick' dengan yang mak aku buat. Wah! memang mengancam. Aku tambah banyak kali kot. Bergelinangan air mata aku. Memang langkah kanan lagi orang kata....kebetulan durian dah musim. Berderet durian dekat pangkin dalam rumah. Jual memang tak laku dekat Ijok. Sebab rata-rata semua orang ada kebun yang ada durian. Dan bila ada durian... pasangan dia ialah manggis, isteri keduanya rambutan. Aku minat dengan rambutan sekolah kecil, cerita mama.


wajah Adik Siti Makan Kuaci


Al-maklum... kalau balik kampung, 'kompom' berangkut dengan buah tangan. Owh Hamzah dan aku menunjukkan kepakaran mengupas durian dan isi durian. Orang kata nak jadi menantu kenalah pandai kopek durian. Kalau tak, susah dapat bini. Hehe...



Abah Man dengan koleksi duriannya~
Orang gila sibuk dengan koleksi hartanya~


Bermalam selama satu hari memang tak cukup. Tapi masa digunakan sesempurnanya. Sempat melawat Opah, atuk, Maksu dan bermesra dengan along, angah, adik siti. Along dapat anugerah kehadiran penuh, angah akan bergraduasi esok dan siti dapat anugerah yang selalu dia dapat, iaitu anugerah pelukan ibu...

Insyaallah Kalau ada ruang, masa dan peluang, tidak janggal rasanya untuk datang ke sana lagi. Seperti dayang, datang tak menghilang, senyuman tidak lekang, pengubat rindu hati kan senang...








Ada ketawa dan mesra



Ada sokongan dan tepukan





Ada yang kecil badan dan berangan





Ada yang putih dan letih





Ada lawan dan setiakawan





Ada semangat sepasukan dan kebangsaan






Ada yang 'panas' dan tegas






Ada yang biru dan 'eh jangan ambil gambar aku...'





Ada luka dalam suka...
dan macam monster :P





Ada yang fokus dan rakus





Ada yang baring dan caring















Dah potong??
pun ada...



Chemy Jan 07 Premier League

Tahniah kepada sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dan tak langsung. Lebih-lebih lagi kepada penganjur, penaja trofi Zaki, penaja air sirap Rufai dan semuanya lah! Tahniah kepada semuanya kerana sudi berkongsi masa, ketawa dan jiwa. Semoga kita semakin akrab. Usaha ini besar sebenarnya. Macam nak menyatukan bangsa. Bagus. Sayang juga sebab tak sempat nak habiskan acara sampai habis. Ada janji dengan kawan ke Ijok. Semoga berjaya untuk kertas PI nanti. "Patahkan Satu Kaki!" : "Break a leg!"




Saat-saat begini aku ingin pulang
Menutup lampu hilang terang
Kelambu rindu aku hamparkan
Biar terkunci sebentar kebiasaan
Kerana lama ditinggalkan

Sedang di sini aku
Bermesra dengan pengalaman

Sedang di situ nanti aku
Bermesra dengan kenangan dan luahan

Bayangan pulang dalam selimut
Semakin aku terlelap
Semakin jelas senyuman

Saat-saat begini aku ingin pulang
Yakinkan aku bulan bintang.

abm



Tak Reti-reti Lagi?

Hari-hari mak aku jahit baju
Tapi tak pernah rasa jemu
Atau rasa penat sampai nak makan jamu
Pagi petang siang malam asyik macam tu
Sampai larut malam mata tak pernah kuyu
Tak pernah pulak jumpa hantu
Sebab itulah aku tak pernah kurang kain baju


Kurang kain baju dan tidak kurang kain baju. Pilih mana satu


Hari-hari mak aku pergi sekolah
Sebelum subuh dah bangun dah
Goreng lempeng cukup sudah
Perut kenyang hati senang lah
Lagi-lagi tengok anak-anak pergi sekolah
Sebab itu aku kat sini dah

Hari-hari mak aku pergi sekolah
Bapak aku pun sama juga dahhh..
Cantas pokok buang sepah
Cuci lantai buang sampah
Owh...memang banyak tenaga dikerah
Sebab itulah aku rasa resah

Jangan direndah-rendahkan mereka sudah
Maksud aku macam Pakcik Makcik AZAR
Sesedap rasa wah wah wah
Ingat kamu tu cukup mewah?

Hari-hari bapa aku potong rumput
Panas terik dahi berkerut
Nak carik rezeki tak pernah surut
Sebab itulah aku tak pernah lagi makan rumput


Saya suka rumput.. opocot gelilah~

Ini cerita suatu hari
Bapak aku memang happy
Balik rumah tak makan lagi
Nak beritahu kereta dah beli
Kereta mazda putih baru dibeli
Dibeli pula di kedai Pak Ali
Hehe.. sengaja tambah macam ni
Untuk sedapkan ayat untuk dihayati
JAD 27 flat number otai ni...
Aku gembira tak payah jalan kaki

Pergi sekolah dengan kereta baru itu
Budak-budak sekolah ketawa tersipu-sipu
Tapi aku pula rasa malu
Sebab tengok kereta buruk tu...
Aku sedih dan termangu
Aku pun cakap "Abah, berhentikan saja abang kat luar pagar pintu.."

Sepanjang hari aku takda mood
Teringatkan fikiran aku yang jumud
Terbayang syaitan cakap 'owh good'...
Aku seram OMG

Aku sedih sebab tak menghargai
Usaha dan jasa mak abah beri
Waktu tu aku kecik lagi
Kompom bapak aku tau kalau baca blog ni

Bapa aku seorang lelaki
Tugasnya memanglah sara bini
Anak-anak juga pasti
Kasih-sayang tak lupa diberi
Ingatlah aku pada cerita ini
Sebab ini perkara terkutuk sekali
Janganlah ditiru aksi ni
Ingatlah korang sampai mati

Mak dan bapak perlu dihargai
Itulah pengajaran untuk entri ini
Untuk semua dan diri sendiri
Rasa malas... cepat-cepatlah stadi
Jadikan mereka ini sebagai inspirasi
Kalau rasa tak mahu menyusahkan diorang ni
Tak reti-reti lagi?

abm




Pilihan kita adalah pentas senja
Membekalkan ruang
Ada tirai seni dan interpretasi
Merangkul kata dan bahasa
Berkongsi cinta sepenuh jiwa
Kerana pandangan kita serupa
Bagai uda dan dara

Bagai jendela lembayung senja
Membingkai gerak-geri ciptaan Illahi
Kita di dalamnya
Merangkak dengan kepercayaan
Bertatih dengan pengalaman
Berlari dengan keazaman
Memecut dengan pemikiran
Betapa indah ianya tercipta

Garis antara langit jingga dan biru samudera
Kita di atasnya
Telah berbaris mengatur kisah
Yang indah buana
Yang duka gempita
Selazim mana kita upaya

Kerana
Senja tiba kita siaga
Menahan gopoh unggas terbang
Menongkah arus badai datang
Apabila garisan itu hilang
Kita bisa berpaut pada pancang-pancang
Keluhuran fikiran

Akan tertutup rapi tirai malam
Tidak akan kelam dan suram
Pastinya
Bulan senyuman berganti lagi
Yang kita hasilkan
Adalah cahaya bintang-bintang berkerdipan
Merakam setiap harapan jua kenangan.

abm


Pantas Masa Berlalu : Gambar-gambar Pilihan Minggu Ini




Zaman Foundation dulu, basikal dah lazim jadi pengangkutan paling popular selain dua pasang kaki. Jarak antara V5 Old (sekarang dikenali sebagai V6) kalau diukur pergi balik kelas, boleh masuk merentas desa.



Dulu selalu melayan perasaan di bawah pokok besar tepi tasik. Sekarang posisi pokok besar ini berada di bahagian kiri laluan baru depan Chancellor Hall. Ada orang jumpa benda melayang atas pokok ini malam-malam~

Antara aktiviti yang dilakukan dekat pokok besar ini. Memanjat seperti monyet atau kongkang.


Waktu-waktu stress dalam 'study week'. Antara kaedah lama menghilangkan stress. Selain berjoget-joget dan membuat rakaman video dalam bilik secara berjemaah. Waktu ini komputer riba masih belum mampu dimiliki. Kalau tidak 'kompom' layan Facebook, Friendster, Movie dan sebagainya.


Kalau laluan taman USM ini 'kompom' ramai yang biasa lihat dan hafal. Taman depan USM ini menjadi laluan utama budak-budak Foundation. Tak percaya laluan ini tetap sepesen, tidak berubah.

Tasik V5 Old memang tempat yang paling seronok untuk bagi ikan makan. Kerap 'kot' singgah kat sini. Pagi-pagi, kalau nasib baik dapat tengok memerang berenang. Aku duduk blok Propana. Betul-betul tepi tasik. Selalu nampak senior-senior memancing ikan, berendek dan buat BBQ. Tasik ini cetek sebab dasarnya berbatu-batu kerikil. Jadi kalau rendam kaki dekat tepi boleh nampak jelas ikan-ikan berenang-renang sambil makan daki korang. Tapi dekat bahagian tengah tasik agak dalam sebab bekas lombong. Di hujung tasik pula ada kebun orang. Owh kami pernah sampai hujung sana!


Laluan blok Duyung. Waktu ini kawasan ini ditutup sebab nak buat penyelenggaraan. Tapi ada laluan susur gajah dulu dikepit oleh dua blok yang seram macam haram. Kalau balik dari Tutorial English 1 dulu, selalu buat-buat berani lalu kawasan ini. Untuk menghilangkan rasa takut, nyanyi sorang-sorang atau kalau ada 'henset' waktu itu, buat-buat tulis mesej. Padahal taip.... 'lrjwneunj39*&heun'



Kalau sesiapa yang tak tahu, UTP ada kawasan padang pasir unta. Laluan haram ke arah masjid An-nur. Kawasan ini sekarang dah jadik tapak cafe V6 dan laluan depan CH. Kawasan ini selalu ditempuh sehingga berpeluh-peluh paling kerap pada hari Jumaat. Dekat sini dulu selalu jadi taman rekreasi untuk berjoging. Kalau balik dari kampung tengah-tengah malam, kena juga lalu kawasan ini. 'Kompon' jumpa saudara yang dinamakan anjing.

Hari-hari yang dilalui sepanjang Foundation dulu memang advanture lah. Rasa sangat pantas masa berlalu. Walaupun aku belum lagi final year, tapi perubahan suasana itu sangat drastik dan kadang-kadang aku tak percaya aku sudah berada pada posisi aku sekarang ini. Dulu mungkin banyak pengorbanan, tapi sekarang bila sedikit demi sedikit masuk ke zon selesa, keazaman itu semakin kurang. Yang dapat menambah keazaman itu sendiri adalah kesedaran.

Memang terlalu pantas masa berlalu...


Selalunya waktu-waktu begini lah ramai yang mengepos entri dalam blog berbakul-bakul. Seminggu sebelum Peperiksaan akhir. Dikatakan, blog ini seumpama 'soul mate' atau 'member kamcing'. Owh, mungkin kali ini tidak. Tidak ada minggu belajar yang seminggu itu. Tapi rasanya kalau kita ambil masa 10 minit untuk untuk tulis entri untuk mengisi masa sebelum masuk ke topik subjek yang seterusnya tiada masalah agaknya. Yelah, selepas penat menyumbat otak dengan formula-formula, apa salahnya.

Gila lah hari ini.

Perancangan sebelum peperiksaan akhir.



Makan-makan bersama PNP DAS09

Diorang ini, antara komiti yang sangat 'sporting', senang kata kata kalau aku bersama dengan diorang, aku rasa gembira! Tapi aku pun tak tahu diorang nak ajak makan mana. Owh ini pun untuk meraikan pemergian Ila (meraikan? entah... mungkin nak meraikan selamat menjalani praktikal) selama 8 bulan lebih kurang. Dalam bahasa Inggeris 'Intern'. Al-maklum, budak-budak zaman sekarang suka apa-apa pasal 'orang putih'.

Aku nak mengucapkan selamat menjalani praktikal Ila. Manfaatkan 8 bulan itu dengan berjalan-jalan, bermain internet 'high speed' sepuas-puasnya, berfoya-foya dengan rakan-rakan sepejabat, haha... tapi tak lupa juga, kutip dan makan seberapa banyak pengalaman.


Inilah Ila... eh bukan!


Haa ini baru Ila... yang ada dua jari je tu


Semoga bersedia untuk mengalami simptom 'orang bekerja'. Mungkin hari-hari jalani perkara yang sama. Ini betul ini! Tapi apa kata ubah keadaan itu dengan melakukan hobi baru. Umpamanya macam mengait baju ke, berniaga top-up ke, buat 'direct selling' ke, atau pun buat perkara yang ekstrem macam mendaki gunung, 'caving', water rafting, pada hujung minggu. Wah! ini mungkin termasuk dalam perancangan aku nanti. Kami di UTP ini pun akan mengalami hari-hari tanpa Ila... ceyy~



Buat Resipi Baru

Resipi baru. Bahan utama ialah buku. Buku ini, kalau kita jadikan sebagai pencuci mulut memang tak sesuai. Kalau kita masak ulam memang sesuai. Cecah dengan sambal belacan. Kalau nak dibuat jus, kena perah atau kalau ada mesin pengisar lagi senang. Terus minum tak perlu kunyah. Kalau nak masak buku ni, kena lah awal-awal pagi atau pada waktu yang anda semua selesa. Yelah ianya mungkin mengambil masa yang lama untuk betul-betul masa. Yang penting bersabar. Apa yang barunya? Entah. Lu fikirlah sendiri...



Teluk Batik TTS

Entah jadi entah kan tidak. Aku ada kelas Sabtu pagi. Tapi mengikut perancangan baru, ada perubahan masa. Seperti yang digembar-gemburkan dalam GG yang aku tak di jemput masuk itu... Tapi aku memang nak sangat melapangkan masa bersama mereka ini. Mereka yang memang gila. Yang selalu buat aku gila. Gila-gila Pengantin Remaja. Owh cerita itu memang menarik untuk ditonton. Mereka ini sangat gila sampai orang yang melihat pun boleh gila. Kalau seminggu atau sehari tidak berjumpa mereka ini, aku boleh gila. Untuk hari minggu ini, aku nak bersama mereka yang gila ini. Sebab mereka semuanya selalu gembira gila. Aku gilakan mereka. Gilakan kemesraan mereka. Gila bersama mereka. Apa lagi! Yeay!


Rancangan BEKAM



Yang ini kena buat selepas peperiksaan akhir. Bunga kenangan gunung hijau buat aku rasa nak berlari ke Gua Jebuk Puyuh, Gunung Senyum, dan Yu bersama BEKAM.

Sebelum terlambat, aku nak mengucapkan selamat mengahadapi peperiksaan akhir kepada semua. Terutama kepada Geng TTS, Fatina, Amirul, Atiqi, Rai, dan BEKAM, Daus Anna, Daus Ripin, Daus Mimi, Faris dan kepada semuanya yang akan perah otak nanti.

Yang penting usaha. Panjat tangga usaha itu, sebab nanti insyaallah kita bertemu dengan kejayaan di puncak. (gambar hiasan)

Daripada kisah farewell party, bola katok, bukit larut, gunung hijau kepada kisah berenang kuak lentang atas katil tapi tak berbikini lah...

Agak lama rasanya tak ada tajuk entri yang panjang. Tapi bukan apa, aku rasa akhir-akhir ini banyak perkara-perkara yang menarik berlaku dalam hidup aku. Hidup memang best! Dapat sedut oksigen, buang karbon dioksida. Bila oksigen dah sampai kat alveolus, oksigen itu berpindah meresap masuk ke dalam alveolus dan sel darah merah. Dalam sel darah merah, oksigen itu meresap dan bergabung dengan hemoglobin membentuk oksi-hemoglobin. Dari situ, terus mengalir ke seluruh destinasi anggota-anggota badan.



Bersama sebahagian TTSian



Aku memang bernafas dan amat memerlukan oksigen. Oksigen inilah yang buat aku boleh bernafas setiap detik. Menikmati saat-saat bersama mereka. Tapi akhirnya, mereka akan berpecah membentuk formasi lain. Karbon dioksida. Mereka hilang terus dalam ruang-ruang zarah udara yang bergerak dengan pergerakan Brown. Aku tahu, mereka yang akan meninggalkan TTS atau UTP juga akan begitu. Mereka akan ke ruang udara yang lain. Mungkin jauh.



Terima kasih Din, Zai, Izzi, Helhal, Fauzan dan Anwar




Tidak mustahil kita akan berjumpa lagi. Kebarangkalian itu tidak sifar. Selalunya yang patah pasti tumbuh, hilang juga berganti. Sayang dan rindu berkali-kali. Doa aku, Ya Allah Engkau berkatilah hidup mereka, Engkau sayangilah mereka, berikanlah mereka kesenangan hidup di dunia dan akhirat. Amin...

29 Oktober 2009
Farewell Party TTS, Tepian Tasik UTP.











Ceria macam kuih keria!

Yang mahal tidak selalunya berkualiti. Yang kecil tak tentu tidak bermakna. Masa yang singkat tidak semestinya tidak berguna. Lebih kurang 1 jam, aku sempat membahagikan masa dengan FIRC selepas balik dari stor V6 untuk urusan berkhemah. Dalam tempoh yang singkat, aku amat menghargai suasana ketika itu. Bola katok! Mudah, senang, simple, tapi ia membuahkan hasil yang sangat bermakna. Waktu itulah kita dapat kenal saudara dengan lebih rapat. Kita belajar bagaimana hendak mengenal saudara. Kita belajar bagaimana hendak memahami mereka. Maaf, sebelum ini aku selalu tidak ada untuk mereka. Atas sebab, mempunyai komitmen yang lain. Mungkin masa tidak sesuai. Aku terlepas untuk Simposium Anak-anak Merdeka, aku terlepas untuk beberapa meeting EC-HICOM, aku terlepas untuk sesi fotografi komiti, aku terlepas untuk meeting PNP, aku terlepas untuk permainan famili FIRC yang pertama, aku terlepas untuk futsal FIRC VS ALUMNI, aku terlepas dengan tugas-tugas yang lain. Maaf setinggi gunung. Tapi sesi permainan bola katok tempoh hari aku gunakan sebaik-baiknya. Terima kasih yang memahami. Terima kasih FIRC.

30 Oktober 2009

Bola katok FIRC
,Padang bulatan Tasik UTP.









Bersama bunga kenangan Bukit Larut


Bukit Larut. Seronok sebab dapat kenal rakan-rakan baru dan buat apa yang aku minat. Sepanjang pedakian Gunung Hijau, aku isi masa dengan memetik butang kamera. Aku suka suasana hutan, hujan lebat, becak, lumpur, lintah, pacat. Tapi bertambah seronok kalau setiap yang ada meng'ada'kan diri di sana.



Puncak

Tapi konklusinya, aku puas dapat hirup udara segar, hirup kenalan baru, dan pengajaran serta pengalaman yang baru :)


31 Oktober 2009 - 1 november 2009
Bukit Larut/Pendakian Gunung Hijau.









Sepanjang malam aku berenang kuak lentang atas katil. Merehatkan fizikal tubuh badan, merehatkan minda. Mula nak memotivasikan diri semula. Mengecas semula. Macam kapasitor. Aku suka jadi kapasitor, sebab dapat simpan cas. Aku paling benci bila ada cas negatif dari luar.

Aku mungkin menyesal. Tapi sahabat memang susah dicari. Tak mengapalah. Sebab, kadang-kadang yang berlaku ada hikmahnya. Aku redha dan ternyata kalau kita sabar, segala pasti dipermudahkan.

2 November 2009
Di hadapan Komputer riba.







Filem atau drama yang aku suka waktu dulu-dulu

Jimi Asmara
Surah Terakhir
Embun
Senario The Movie
Trilogi XX Ray
Trilogi Selamat Hari Jadi Su
Puteri Impian
Kolej Baginda
Main-main Hantu
Isketambola
Sayang Salmah
Perempuan, Isteri dan...






Bukan
mudah sebenarnya nak percaya. Apa yang kita rasa tak sama dengan orang lain rasa. Mungkin perlu saling faham-memahami. Macam umang-umang dengan cangkerang. Simbiosis. Susah kalau dua-dua susah. Jadi kena satu susah, satu senang. Atau kedua-duanya senang? Salah kot. Senang bila kedua-duanya susah dan senang.

Jadi kalau kurangkan sedikit ego mungkin dapat susah dan senang bersama.

Yang akan dijamu tak semestinya akan serupa seperti yang diayatkan. Bukankah masa itu dah hampir cukup untuk saling kenal dan seeloknya ada 'tidak kisah' atau 'faham'?

Seputih pasir pantai, kalau dibingkai jadilah satu potret yang cantik. Bukankah kita suka yang cantik-cantik?

Cantik-cantik kan lah potret itu. Sebab bila ada masa dan ketika kita mungkin tidak suka perkara yang sama ada. Biar potret cantik, sedaplah mata hati yang di sekeliling yang melihat nanti.

Sudi datang ke kamar terbuka, boleh saya bentangkan kemesraan.



Untuk keluarga jerung, sesiapa yang tiada simpanan keratan akhbar ini, bolehlah 'save image as' untuk kenangan. Tujuan gambar ini dimasukkan dalam entri adalah untuk tatapan waktu aku dah tua nanti. Maksudnya bila aku rindu TTS aku buka 'Archive' blog ini. Cewahhhh...haha



Ahad, 25 Oktober 2009
Harian Metro>Gig







Yang bermakna dalam Syawal yang lalu. Aku sempat singgah ke jeti di Parit Simin, Batu Pahat Johor. Ya, bersama keluarga lah. Memang sepatutnya setiap tahun dah menjadi rutin kot, keluarga sebelah bapa aku akan singgah ke jeti ini. Yang aku suka bila singgah di sini ialah suasananya. Ada monyet, ada bakau, ada ikan belodok. Yang kelakarnya, topik yang dibangkitkan bila kami semua berkumpul di sini mesti sama. Pasal ikan belodok, kisah sekolah lama bapa aku yang terletak berhampiran dengan jeti ini. Tapi tak apa, aku suka dengar cerita-cerita memori lama. Jiwa tradisional sikit.

Kawasan jeti ini ada nilai sentimental bagi aku sebenarnya. Kawasan jeti ini lah tempat arwah rakan aku berkesempatan bermesra dengan rakan yang lain, sebelum dia pergi. Farkhan Hakim bin Khamthani. Arwah memang seorang peramah, suka senyum, dan mesra. Tak disangka, seminggu berkampung di rumah nenek dia di Parit Hj Salam adalah 'Re-Union' terakhir sebelum dia pergi.

Banyak yang kami kongsi dalam tempoh yang singkat itu. Ketawa, gelak sakan memang memeriahkan majlis lah. Disamping nenek Paan yang peramah.

Pagi-pagi kami dah merayap sekeliling kampung tunggang motosikal. Seluruh Parit Hj Salam kami jajah. Pelusuk kebun semua lah. Petang pula, kami singgah di jeti ini lah. Cuba nak memancing. Tapi sebelum itu kami cari kawasan beteng dulu. Nak carik lubuk.

Bila bosan, habis monyet bertempiaran sebab kami redah hutan bakau. Memang jakun gila waktu itu. Air tak pasang. Jadi, akar-akar bakau kami redah dengan selamba. Ada banyak gambar kenangan waktu di hutan bakau ini. Aku masih simpan lagi.

Hampir seminggu. Bila tiba habis cuti selepas tingkatan 4, berat rasanya ketika itu nak balik ke JB.

Selang beberapa bulan, waktu hampir ujian percubaan SPM, berita Paan hidap kanser, betul-betul buat semua orang tak percaya. Barah gusi. Nasib baik sempat melawat Paan di Kluang (arwah baru saja berpindah ke Kluang). Bila melihat ibu Paan bergenang air mata menatap Paan di atas katil, terbaring, aku betul-betul tersentuh.

Memang berat bila tak dapat melompat gembira bila habis keputusan SPM dengan arwah dan juga rakan-rakan yang lain. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Setiap tahun ke hadapan, bila singgah jeti ni aku mesti teringat kan dia.




Terlalu banyak kenangan dalam Oktober 2009.




Yelah, kesibukkan ujian-ujian subjek kejuruteraan. Sehari, maksimum 2 ujian bergempa dengan skala Ritcher yang tinggi gila lah. Bukan di Padang sahaja yang bergempa bumi, di sini pun serupa. Statistik kemalangan jalan raya pun semakin meningkat. Ramai yang sakit barah. Barah rindu. Selepas tamatnya Teater Keliling Tronoh Theater Shop, ahli-ahli Asylum terutamanya sudah cuba mengawal jiwa dan perasaan untuk kembali normal. Tapi barah rindu masih kuat menyerang. Entah, mungkin inilah yang orang kata bila kita dah 'ngam' dah 'kamcing' dalam satu famili. Gila lah!



Oktober bulan yang menarik bagi aku sebab mak aku lahirkan aku melalui serviks dan yang paling menarik aku keluar terus di hadapan pintu rumah aku. Yang dekat Kampung Melayu Majidee itu. Yelah aku tak lahir secara moden di hospital. Mungkin sebab itu aku suka yang tradisional. Orked, Melur, Bunga Raya, Melati dan sebagainya. Atau sebab aku main sepit baju kayu macam main LEGO waktu kecil-kecil dulu. Dah 20 tahun genap tahun ini aku tinggal di Kampung Melayu Majidee. Rumah yang sama. Keindahan yang sama. Tak lekang. Kebahagiaan yang berganda.

Owh hari lahir kakak aku pun dalam bulan Oktober. Kawan-kawan aku pun ramai juga rupaya yang lahir dalam bulan ini. Bangga sedikit lah.

Selamat Hari Lahir!



Teater



Hadiah yang paling bermakna bagi aku. Hadiah kesempatan bertemu dengan dia. Dia buat aku gembira, geram, marah, rasa kelakar, rasa bahagia, dan macam-macam lagi. Kutip banyak pengalaman baru. Seronok.


...aku rasa sangat tersentuh. Malam tadi kami semua sempat berbuka puasa bersama-sama. Sanggup ponteng berbuka di masjid. Ceyy~ Yelah baru-baru sampai rumah dah nak keluar. Macam kurang elok. Jadi kami semua luangkan masa berbual-bual dengan famili abah dan mama.

Sabtu

Bersahur dengan mama,abah. Siti, along dan angah nampaknya tak terbangun. Biasalah budak-budak kecil. Korang pun macam tu jugak. Haha. Mama banyak masak lauk. Entah kenapa aku selera gila nak menjamah semuanya. Ada lauk rebung masak lemak, Udang sambal, Ikan kering, ayam goreng dan macam-macam lah!

Pagi ni terlibat dengan motivasi budak sekolah rendah agama rakyat di sana. Abah kasi pinjam kereta dia woo. Jadi kami tak berkesempatan berjalan kaki hirup udara segar felda ijok.

Melayan perangai budak-budak kecil memang seronok gila. Aku pun dah jadi macam monyet dah. Haha. Tapi memang menarik bila dapat bonding sesama semua. Acara kemuncak motivasi ini ialah waktu sesi menangis bersama motivator (Abang Hakim and the gang). Owh ada yang kena mintak no telefon dan alamat sekali, tandatangan sekali lepas habis acara~





Ahad
Hari ini memang teruja bila kami semua diangkut macam 'mat indon' dalam traktor. Haha. Menarik! Biasalah budak-budak bila teruja, macam-macam perangai boleh dilihat. Sepanjang perjalanan ke ladang kelapa sawit, sesi bergambar saja lah yang banyak gila. Tapi memang semuanya sporting termasuk ajk kampung dan belia yang terlibat.

Hari ini makan buka puasa ramai-ramai lagi... Dengan Raja~ Sesi basih pinggan mangkuk lepas tu adalah beberapa jemput yang terlibat. Cayalah makcik-makcik yang rajin basuh pinggan.

Macam biasa lepas selesai semua, berkumpul pula di dewan utama. Kerja-kerja PNP. Kerja nak cari idea untuk persembahan pun ada. (nasib baik aku terkecuali kui3)


Isnin

Pagi Isnin, sepatutnya aku dah berseronok tanam terung. Tapi ada kesilapan teknikal terpaksa dibatalkan. Jadi kami semua berjoget! Eh bukan, bersenam aerobik. Atau lebih glamor Poco-poco~

Sebelah petang, majlis formal perasmian penutupan RECMO09. Semua warga kampung berkumpul. Memang meriah sakanlah!

Abah dan Mama pun datang. Kami semua pulang ke UTP dengan hati yang berat. Tak terkata oleh bicara.

Apa-apa pun merasai pengalaman ini sendiri saja lah yang boleh menjelaskan semua. Sebahagian daripada motivasi diri sendiri. Kadang-kadang aku pun teringat kenangan-kenangan susah senang dengan keluarga sendiri. Penamat RECMO ialah ujian-ujian pertama subjek. Haish...~




Jok jok jok ijok...

Owh dah sesuai dah masa ini. Dah sampai masa dah. Haha... Test Marathon baru saja selesai tadi. Sempurna ujian-ujian lecturer untuk separuh semester ini. Ujian-ujian dunia pun ada yang sudah reda sedikit. Minggu yang agak mencabar untuk budak engineering yang berperangai seperti monyet. Ujian yang lain tunggu sajalah.

Sekembalinya aku di UTP selepas bermandikan kerinduan keluarga angkat di FELDA Ijok, aku tak sempat nak bercerita betapa indahnya pengalaman di Ijok. Bukan cerita panas politik. Eh, itu pun ada~~ 3 hari 3 malam yang penuh dengan pengalaman baru dan memutarkan balik serebrum aku ke memori waktu kecil dulu.


RECMO VIII 2009 Satu Hati, Satu Destinasi, Satu Realisasi


Jumaat

Sambutan di Dewan Utama FELDA Ijok memang meriah! Macam YB. Paling tersentuh bila pengumuman keluarga angkat diumumkan. Aku rasa terlonjak-lonjak. Paling tersentuh bila melihat sesi pelukan bapa angkat, mak angkat dengan budak-budak ini. Rasa macam berpeluk dengan mak bapak sendiri. Yelah, lama wooo tak balik rumah wooo. Bila difikirkan, adakah kita ini bila bekerja nanti lagi tak ada masa nak balik kampung? Entahlah.

Pengalaman duduk serumah dengan Mama dan Abah perghh... sangat bermakna walaupun terasa sangat singkat nak bermesra. Waktu inilah aku rasa bertambah dekat dengan manusia. Yelah memang target semester ini adalah untuk bersosial. (Jangan gelak terbahak-bahak) Masing-masing ada objektif masing-masing. RECMO 09 sudah berakhir tapi tautan kasih itu semoga tak berakhir lah ye. Waktu tu aku tak sabar nak balik rumah keluarga angkat.

Kami tiba di Ijok dalam cuaca lepas hujan. Jadi bayangkan bila tiba di rumah Mama dan Abah (abah man), terus abah cerita pasal rumah habis banjir dek zink atap terbang sebab ribut hujan. Rumah yang sederhana, tapi aku suka dengan reka bentuk rumah kampung berkolong. Tapi malang. Rumah abah dan mama dah dimakan anai-anai dan reput sedikit di bahagian tertentu. Jadi ada bahagian tingkat atas tempat kami tidur, kayunya dah melendut. Aku jadi terus banyak berbual rapat dengan abah dan mama sebab aku sangat sangat sangat mahu mengisi kemeriahan dalam rumah tu. Abah dan mama sudi berkongsi banyak cerita pengalaman hidup yang betul-betul buat aku sedar realiti dunia yang bukan ada dalam drama aja atau pun teater~.


Paling seronok bila dapat bergurau dengan 3 orang anak mama. Meriah! Malam pertama di dalam rumah mama, banyak yang aku perhatikan. Termasuk ruang tamu mama, dapur mama, tandas mama, bumbung mama, foto-foto mama... aku... (bersambung)

Foto siti (anak ketiga mama).Mama tengah potong kuku dia. Dia ni memang manja.







Seriously gua rasa nak mencarut sekarang ni. Tapi gua tak reti nak mencarut.Persetan dengan emosional. Manusia memang ada perasaan kecewa dan rasa sakit hati malah sedih. Perlu meluahkan yang tersimpan. Tapi setakat ini tak ada lagi orang yang kena jadi bahan carutan gua. Gua suka simpan sebab tak nak orang kena pisau toreh. Karang kalau dah terkena habislah rosak manusia. Gua rasa gua kena banyak lagi bersabar. Gua tak suka marah-marah orang macam sesetengah orang, malah yang paling teruk menyusahkan orang lain akibat nafsu amarah. Gua pun manusia. Tak sempurna. Jadi memahamilah pengertian manusia itu yang ada dua tangan sahaja secara normalnya. Gua bukan mesin fotostat atau robot atau kipas berpusing 24 jam atau pencetak warna berjenama Canon. Gua memang agak berlembut tapi jangan ambil kesempatan terhadap gua. Gua dah tak tahu nak kata apa. Gua berdoa supaya gua selalu bersabar dengan semua yang berlaku dan bakal berlaku. Melupakan dan memperbaiki diri adalah pilihan. Minta maaf sekiranya ada salah dan silap gua dalam bersosial. Gua rasa gua orang kurang upaya. Kalau lu rasa lu orang sangat sempurna... tahniahlah.






Mendeka!

Merdeka lah...

Zaman bawah umur dulu memang pelat nak menyebutnya. Tapi tak apalah. Yang penting dapat tengok bunga api dekat padang bandaraya Johor Bahru. Ceterrrr.... tuerrrr.... seterrrrr (ni bunyi mercun dalam bahasa jawa). Seronok melihat warna-warni gemerlapan mercun yang selalunya banyak gila dibazirkan menggunakan meriam lagi.

Semua orang mesti ada pengalaman macam ni juga kan? Tapi bila meningkat usia, tapi bawah umur lagi, bila tiba bulan kemerdekaan, aku tak sabar nak masuk pertandingan mendeklamasikan puisi. Jangan gelak, haha. Memang betul-betul minat mengarang, dan deklamasikan sajak itu sekali. Biar lah apa orang nak kata. Poyo ke apa ke, tapi semangat itu memang tiba-tiba datang macam... macam angin petang menyisir rambut, membelai ubun-ubun mencuit sukma, ke muara jiwa. Haha

Cikgu Zaharah, cikgu tabika (atau taman bimbingan kanak-kanak) KEMAS aku yang tersergam depan rumah aku saja. Dialah orang yang pertama ajar aku mendeklamasikan sajak dan syair. Seingat aku pertandingan yang pertama aku masuk ialah peringkat tabika KEMAS. Pengalaman itu sangat sangat sangat berharga. Sedikit mengisi hard disk zaman kecil aku dulu. Masa itu aku dipasangkan dengan seorang makwe... nama dia Afifa. Haha aku ingat lagi dia pakai pakaian ala-ala kebaya dan aku baju melayu bertanjak macam nak nikah. Masih ada gambar waktu ini aku simpan dalam buku foto dekat rumah. (Cuti ni bongkar lagi haha)

Aku masih lagi berhubung dengan Cikgu Zaharah sampai sekarang. Cuma sejak masuk ke U aku jarang dah jumpa. Maklumlah dah jauh di mata. Tapi dulu rajinlah jumpadia dekat tabika dulu.

Selamat Hari Merdeka cikgu! Cikgu dah banyak memerdekakan saya. Sebab bila aku kenal puisi, aku dapat keluar dan merdeka daripada kebiasaan.


Cikgu Suhailee. Haa... cikgu ni kecil aja macam berudu. Macam aku. Eh tak... tapi dia perempuan. Cikgu ini memang sopan. Dia kiranya baru grad dari UM kalau tak silap. Tapi yang aku tak silap, dia ini sangat pandai bersajak, berbahas, berpidato. Dengan tunjuk ajar dialah aku belajar semuanya. Tambahan lagi waktu itu memang tengah gian. Jadi memang aku suka mendalami ilmu ini waktu bersekolah di Sekolah Rendah Mohd Khir Johari dulu. Dulu pun aku dijemput datang rumah dia dekat Jalan Mustika Kg Melayu. Eh... dengan 2 orang senior aku ketika itu. Kalau tak silap Rafi nama dia. Yang lagi satu lupa...

Selamat Hari Merdeka Cikgu Suhailee!
Sekarang Cikgu Suhailee masih mengirim salam. Abah selalu sampaikan salam dia. Cikgu Suhailee dah berumah tangga dengan Cikgu Shahril yang kebetulan mengajar di tempat yang sama. Bekas budak-budak SMKJ mesti kenal dia. Merdekalah anak-anak didik cikgu sebab cikgu sangat baik.


Waktu berhijrah ke sekolah menengah pula, aku masih meneruskan minat. Yang paling menarik dapat berjumpa dengan Lim Swee Tin, penulis sajak berbangsa Cina. Waktu itu dekat Straits View Hotel Johor Bahru, pertandingan sajak Agensi Dadah Kebangsaan. Tak banyak yang dibualkan. Sekadar hai... alahai sayangnya...

Paling menarik ialah Pertandingan Puisidra Sains (Puisidrama). Sangat bagi banyak komitmen untuk acara ini. Alhamdulillah mencapai peringkat yang sangat membanggakan. Senarai kawan-kawan yang turut serta ialah : Malek, Jagtish, Kavinnair, Fikri Ong, Hapis peluh, dan sebagainya haha dah kurang ingat.




Seronok bila diingatkan semula zaman kemerdekaan pada waktu muda-muda dulu.




Aku dah mengalami peringkat kemerdekaan yang sangat besar bila berhijrah pula ke MRSM Mersing (institusi pendidikan biasa saja tak ada aura tapi seronok) Semuanya berubah dekat sini. Semuanya sesuatu yang mengujakan. Setiap hari ada sesuatu yang seronok dan sedih. Waktu ini aku merdeka untuk tentukan apa-apa keputusan.

Selamat Hari Merdeka Abah dan Mak!
Tapi stail abah dan mak memang macam itu. Semua keputusan kitorang adik-beradik tentukan sendiri. Aku faham diorang suruh berdikari hehe. Aku suka berdikari waktu ini. Maksudnya rasa macam semua nak buat sendiri. Nak ikut kepala sendiri secara kasarnya. Haha...Aku rasa kawan-kawan seasrama ke sebilik atau sekelas mesti ada semangat ini. Sangat teruja dan berharga. Sayang betul nak lepaskan yang kita ada dulu, walaupun dah ada soft copy dalam memori. Haha

Selamat Hari Merdeka BEKAM!
Haha... mereka yang ini pun dah banyak bagi aku erti merdeka itu sendiri. Pengalaman yang sangat seronok! Mengujakan! Aktiviti mendaki, futsal , bisnes yang ada untung ke?? Haha tak apa yang penting kita sendiri enjoy dan enjoykan orang lain yang turut serta. Tapi kena kurangkanlah aktiviti malam tu... haha. Melepak dekat Aliff tu... Habis duit...kui3. Kayalah Aliff lepas ni...

Lawak bila memikirkan personaliti aku yang ada pecahan atau orang putih kata split personality. Dengan kawan-kawan lama seperti BEKAM dan rakan-rakan sekampung Melayu mungkin jauh berbeza dengan kawan-kawan di UTP ini. Haha... Jadi mungkin jadi pertikaian di situ.


Tak apalah yang penting di sini keadaannya berbeza berbanding di sana.

Yang di sini mungkin sukar nak buat perkara yang biasa dilakukan di sana.

Yang di sana hurmm... tak perlu lah nak diceritakan.

Nanti story mory satu lorry datang... haha





Selamat Hari Merdeka Kawan-kawan!
Setiap pengalaman yang kita alami selalu memerdekakan kita kalau kita tahu yang lama atau lapok itu kurang memajukan kita.


Tapi sangat beruntung dapat kenal geng

1 Mawar 1, 2 Mawar 3, 3 Mawar 1, 4 bestari 1, 5 Bestari 1 dan 6 Arif (1995 - 2001)
Sekolah Rendah Kebangsaan Mohd Khir Johari, Kampung Melayu Majidee.

Geng Darjah 1 bilik 2 dan yang lain tak ingat haha panjang sangat... (1997 - 2003)
Sekolah Agama Dato' Abdullah Esa,Johor.

Geng 1 RK 1, 2 Akas, 3 Akas (2002 - 2004)
Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.

Geng 4 Uranus, 5 Musytari (2005 - 2006)
MRSM Mersing, Johor.




Owh jangan lupa baca http://penampalposter.blogspot.com/2009/08/terhegeh-hegeh-dalam-dakwah-tribute-to.html


Owh jangan lupa jenguk ini http://tronohtheatershop.blogspot.com/

dan ini http://15malaysia.com/

dan ini

Terima kasih. Sebab semua kenangan dekat sini banyak memerdeka kan aku. Tak sabar menunggu yang seterusnya. Yang di sana kita tak tahu bila...





Terasa lemak tapi tak pedas hidup ini kalau tanpa cabaran atau halangan. Maksudnya makan lemak cili api tapi tiada cili apinya. Macam makan lemak. Makan lemak tepu tersumbat vena pulmonari. Oh bulan Ramadhan ini jadi isu kalau cakap pasal makanan. Isu yang biasa didengar, isu maggi dekat asrama dulu...Tapi dekat sini tiada agaknya. Entah. Salam Ramadhan.

Waktu inilah kita dapat merasai kemeriahan pesta amalan. Waktu ini jugak lah aku teringat kembali sejarah hidup daripada waktu kecil sampai sekarang. Apa yang aku pernah fikirkan, lakukan, idamkan, 'makan'kan eh bukan! makanan... Waktu kecil-kecil dulu... Waktu bila tiba sahur emak kejutkan. Bila waktu buka emak tolong cuci 'pinggans'. Sempurnanya Ramadhan ketika itu ialah kerana keseronokkan belajar berterawikh, belajar hafal doa puasa, buka puasa dan yang lain ialah bergurau dengan kawan-kawan dekat sekolah pasal topik puasa. Kenapa perempuan tidak berpuasa lah... dan sebagainya.

Sekarang, bila tiba sahur emak tak kejutkan. Waktu buka emak tak cucikan 'pinggans'. Ramadhan ini memang spesial. Buat kita rasa rindu, rasa teruja, rasa gembira, rasa tenang, rasa 'macam-macam'... Lebih-lebih lagi waktu berbuka dan di bazar ramadhan yang sentiasa ada di mana kita berada.

Bulan ini sangat sesuai kalau kita nak buat visi dan misi yang baru. Untuk diri sendiri dan juga orang lain.

Berbuka beramai-ramai dah jasi trend sekarang. Tapi memang seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai. Terima kasih Luqman tapi maaf tidak dapat datang untuk yang petang tadi. Ada janji dengan member. Minggu ni gua rasa kelam kelibut. Tapi mungkin gua kena lebih semangat buat apa-apa pun. Setiap daripada satu perkara yang kita lakukan pasti akan menjaminkan kepuasan dan kenikmatan bila kita buat dengan bersemangat.

Jadi semangatlah. Itu saja pilihannya. :)


Maaf. Maaf sangat-sangat sebab aku habiskan 23 cucuk plus plus haha. Dah seri dah dengan Fatina yang berjaya mengumpul 23 minus minus batang lidi. Atiqi 18 kot. Amirul 20 kot. Ila tak lebih 10 Rai 2 haha. Tidak mengapa cuba lagi lain kali.


Ada yang minat bila garing. Ada yang minat bila dia basah-basah nampak dari jauh. Ada yang tak suka sebab bau asap? Tak apa yang penting ngaaappp...



makan pun fake


Yang terindah dalam sedikit kesempatan beramah mesra, bermanja ketawa dengan crew pnp DAS09 yang lalu. Rasa semangat DAS tu ada lagi haha. Jam 8.15 malam dah pun bersiap awal-awal untuk gathering kali ini. Bertempat di Kedai /Warong sate Bota. Dah lama rasanya tak menjamah benda ni sejak beberapa tahun yang lalu. Entah rasa macam dah lama tak ngaaappp. Apa-apa pun, 3 jam bersama dengan korang semua buat aku gembira melupakan sedikit pasal hal-hal lain. Maaflah jugak pasal yang 'sapa makan yang ni dapat aku~' manela tahu macam ada unsur-unsur pelik. Haha.


Yang terindah sepanjang DAS09. Debat Alam Sekitar 2009. Menarik, memang menarik. Terkilan rasanya tak sempat bergambar waktu final tempoh hari. Grrr... atas tuntutan fizikal yang kureng baik... Bukannya aku melekat kat budak TTS nyer... Haha. Apa2pun tak sempat jugak nak mengucapkan ribuan terima kasih kat budak2 PNP yang dah banyak support bila itu JAS kasik fening itu saya punya kepala menguruskan buku program terutamanya kan? Fatina, Rai, Ila, Amirul dan Atiqi yang selalu bagi komitmen dalam apa jua tugaslah. Orang kata PNP DAS ni asabiah sikit. Bukan asabiah tapi dah macam adik-beradik dah. Ceyy...



yang tudung hitam tengah2 tu fesyen baru~
yang sebelah dia tak puas hati drift
yang kanan sekali muka risau takut kena cubit head pnp convo
yang tudung putih makan 2 cucuk je... mungkin diet
yang kiri sekali
mencarut sikit kat trafic light hahaha


Dan selepas ini kita mungkin terserempak, terlanggar bahu, tersapa ke, sapa-sapa lah. Jangan malu-malu pulek... Owh mungkin ada yang invisible bak kata Fatinah. Tapi takpa, yang penting gtalk kan ada, owh ada yang jarang on9 bak kata Fatinah. Tapi takpa, sms pon boleh... Semoga bonding kita semua semakin kuat selepas ni. Cau cincau dan semoga terus hidup dengan bernafas dengan jiwa, bernafas dengan oksigen, bernafas dengan ilmu, bernafas dengan pengalaman baru, dan menghembus dengan kemudahan dan kejayaan. Amin.




Kaki kanan dan kiri masih berpijak atas Bumi
Itu normal
Kaki kanan keluar kaki kiri masuk
Itu paranormal
Kaki kanan tersandung kaki kiri bertongkat
Itu agak normal lah
Kaki kanan menendang kaki kiri tertendang
Itu sengal
Kaki kanan panjang... kaki kiri pendek...
Itu katek

Mana yang paling sempurna?
Ketuk pintu hati
Jangan pula ketuk lutut dekat kaki
Masuk wad gile
Gila ape?
Gila acare
Gila kerje
Gila-gila ketawe
Tidak mengape
Itu suka-suke
Perlu ke?
Awak Melayu ke
Motor kapcai
Kerja cincai
Untuk survive...
7 hari jadi loser
Berterabur dah bahasa
Jumpa member kata tak perasan
Padahal batang hidung dah kat depan
Cermin mata tak cukup penguasaan?
Indeks kanta bukan main ketinggian
Tengok movie bagai nak gian
Ada apa dengan cinte
Pengalaman tak ade
Perlu ke?
Telefon berdering
Waktu otak tengah kering
Sidai malam tapi tak kering
3/4 malam waktu hening
Jangan buat bising
Nak kena tengking?
Dengan kakak tengah baring?
Lampu bukak itu banyak terang
Jangan nak temberang
Makan saham pada hari mendatang
Jambatan yang nak di seberang
Nak sehelai dibelai 7 kah?
Sekarang dah tiba masanya
Bila lengkap sepurnama
Bulan berpecah tinggal di hujung minda
Bulan sabit selepas bulan kering
Berbulan-bulan mengubah kita
Perlu kah?
Memang perlu



change
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari Kelima


Kronologi suhu badan aku sepanjang kena kuarentin.

38.4

37.1

38

36

36.5

Alhamdulillah ada peningkatan. Aku cakap dengan Abu. Yehaa! boleh balik. Dah masuk hari ke lima nih. Hari tu hari Sabtu. Siang hari tak banyak benda pulak aku buat. Tidur terbongkang terkangkang terlentang dan sebagainya... Malam Sabtu ni ada cerita best. Majalah 3 dan Mukhsin TV3 semestinya. Sekurang-kurangnya hari ni terisik dengan tontonan yang menarik kat TV3. Tapi dipotong stim bila malam tu Dr datang awal pulekk... Terkontang-kanting kami semua lari masuk bilik selepas Abang Fuad menghalau kami masuk bilik. Bukan apa, nak pastikan semuanya dapat rawatan. Kang ada pulak yang mengadu saya tak cek pun malam tadi. Itu tak jadik masalah. Macam biasa Dr cek suhu badan, tekak, tanya nak balik tak~ bosan.

Sambung balik tengok movie. Mood nak tengok TV dah hilang dah.


Hari keenam

Hari ini aku bangun lambat gila. Macam kain basah tak kering2 tersidai atas katil. Bangun2 matahari dah terik, dalam pukul 9.45 kot. Arghh! aku nak mandi jugak. Paning kepala tidur tidur tidur. Bosan.

Aku terus jalan-jalan lalala kat row atas row bawah. Then tiba2 abang Khairul datang bawak van. "Meh2 sapa nak pergi cek doktor." Aku terus angkat tangan. Sebab saje saje jek. Pergi klinik boleh naik van. Boleh bersiar-siar. So aku terus melabuhkan bontot kat van UTP. Tiba2 memang rezeki aku baik hari ini. Dr tu kasik aku discharge!! Wah!! Sebab suhu badan aku dah stabil 36. Suka tak terkira aku hari ini. So tanggal 2 Ogos 2009 aku dibebaskan daripada penjara kuarentin ni. Penjara Duyung. Terima kasih kakak klinik. Terima kasih Dr.

Aku balik ke Duyung terus membawa perkhabaran kepada rumet aku dan anggota2 rakan yang lain. Cepat2 gi klinik. Mood Dr baik. Haha. Akhirnya aku berkemas macam makcik. Kemas kemas kemas. Akhirnya jam 2.30 petang tadi dan sempat menempah Beef Cheese Burger set dengan Abu. (tersasul2 sebut tadi almaklum dah lame dah order... slalu makan free~)

Wah! Puas hari ini. Aku kemas bilik sambil pakai topeng. Then housemate aku, Amr dan abangnya sempat menjenguk aku. Haha. Diorang budak Egypt yang mungkin ditegur oleh aku je. Kesian diorang. Diorang senyum simpul bila tau aku tak balik rumah. Grrrr... Haha tapi aku tak kesah. Stay UTP pun ada hikmahnya. Dan selepas ni kehidupan aku normal balik.

Tapi bila ingat balik waktu kat Duyung, Aku rasa semacam rindu pulak. Haha. Lawak tul. Rindu kat topeng yang sentiasa melekat, rindu kat budak2 yang sama2 sakit, rindu kat kakak klinik yang dua orang tu. Nanti insyaallah aku tegur kakak tu kalau jumpa kat klinik after this. Rindu kat biskut. Rindu kat Pak Gad yang jaga 24 Hours tu. Takpe, biarkan semua tu berlalu, dan macam biasa, tak balik rumah ni ada misi baru! Hehehehe.

Akhir sekali Alhamdulillah dah sihat dan menanti hari ketujuh sebagai tanda betul2 dah sihat. Syukur bila semuanya dah normal. Pengalaman sebegini aku takkan lupakan. Semoga kita semua ambil iktibar atas semua yang terjadi :)

So sekarang. Masa untuk recover dan cover benda yang perlu di cover. Haha. Maklumlah seminggu kot atau 2 minggu kot dah tetinggal kelas. Mungkin ada hikmah aku stay je kat UTP ni. So... layan aje la labu.



haishh labu~ labu~




------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari Ketiga


Tahniah lagilah! 36 darjah celsius tapi harapan hanya tinggal harapan je. Kena Cukupkan 5 hari untuk bebas dari penjara kuarentin ni. Tapi takpelah aku tunggu. Walaupun masa2 ni sangat2 terdedah kepada bahaya. Sebab ada je budak yang tahap medium dan tinggi H1N1. Yang penting kena berjagalah. Hari ni ramai jugak yang mesej dan call. Terima kasih sangat2. Aku rasa terisi hari2 kat sini. Ceyy... Malam tadi doktor pompuan tu ketuk pintu bilik lagi. "Owh Asyraf... bagus dah ok insyaallah boleh keluar" Aku pun melonjak gembira(dalam hatila). Terus aku pasang niat esok bangun awal2 nak pergi klinik cek. Then kalau Dr kata ok terus boleh discharge.

Owh banyak sebenarnya benda yang boleh dikutip kat tempat kuarentin ni. Waktu nilah aku mula kenal kawan2 baru. Kawan2 yang sebelum ni aku kenal, hafal muka diorang tapi tak berkesempatan nak tegur. Dan kat sinilah rupa-rupanya ditakdirkan kita semua bertemu dan berjumpa. Tapi memang pertama kalinya aku tak terfikir pun. Macam dah ditentukan. Memang familiar gila muka2 yang sama-sama terdampar kat sini. Haa beberapa budak Shoutul Ikhwah pun ada. Abu pun ada. Muje DAS pun ada. Faizal DAS pun ada.

So sebenarnya aku tak sorang2 sebenarnya dan tak bosan. Yang bosan bila teringat kehidupan di luar yang lebih mengiurkan. Rasa macam nak makan sehingga menjilat jari. Rupanya kat dalam ni banayk pengalaman yang dapat jugak dikutip mungkin aku saja yang tau atau budak2 kat sini jelah. Malam ni sambung balik tengok movie. Cau cincau...


Hari Keempat.

Terima kasih kepada kakak2 klinik yang sedaya upaya mententeramkan kita orang yang semakin liar nak keluar. Haha... aduhai kakak klinik. Mana boleh tahan duduk sini kalau nak kena tunggu lagi cukupkan 7 hari! Kelmarin cakap 5 hari! Kelmarin cakap dah boleh keluar! Arghhh!!! Aku mungkin dah hilang sabar. Aku rasa marah nih!! Macam Mojojojo!!



ggggggrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!


Rupa2nya sebab kementerian kesihatan malaysia yang suruh cukupkan 7 hari. Nak kena bunuh kuman 7 hari tu. Wah memang terseksa. So aku amek keputusan ubah cara hidup daripada asek duduk bilik je... aku buat benda baru benda pelik. Jalan2 makan. Jalan2 makan. Makan biskut. Duduk tengok TV. Pastu duduk tempat pak gad. dengan selamba bersama dengan Abu, pergi bancuh teh hijau yang memang dah ready disediakan. Baru2 ni memang banyak benda2 yang baru disediakan sebelum ni .Hehehe...tahniahlah~



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hari kedua




Sengalss rupanya doktor datang malam tadi aku dah terbongkang dah lepas isyak semalam. Wah aku rasa aku orang yang pertama tidur agaknya haha nasib baik orait aje. Huahuahua tapi makin lama aku kat sini, makin aku rasa tak sihat. Rasa macam takda life ceyy... tapi takpelah. Ada hikmahnya aku duduk sini. Aku makan ubat doktor tu terus je demam aku reda. Malam ni je aku jenguk kat tingkap dah 5-6 orang dah masuk "Welcome to the club..." bak kata abang gad tu. (ingat benda ni main2 ke abang gad oi?? grrrr)

Tahniah! Baru je tadi Doktor cakap aku ada improvement. Suhu badan aku turun daripada 38.7 kepada 37.1. Kire macam dah normal. Tapi aku kena lebih jaga2 kalau dah normal. Kena pakai mask macam mask rider lagi. Baru je tadi kakak klinik ketuk pintu panggil yuhuu... Tapi aku tengah sibuk menaip benda ni kat notepad. Zass... aku terus bangun nak cek. Nak balik!! Haha.. Sabar.. mungkin lagi 2 hari kena stay. Bila jadik normal, zon selesa, waktu itulah kita dalam tahap bahaya sebenarnya. Sama macam kehidupan kita sekarang ni. Kalau rasa terlalu selesa, kita kena sedar, dan mula tengok balik teliti dan hati2. Selamat berjaya kepada semua rakan2. Walaupun dapat cuti best, tapi Aku nak belajo jugak. Grrrr... Aku kembali jadik masked rider.

Tapi seriously aku nak balik!!



Hari pertama


Bosan
Seram
Gigil

Sakit otak duduk kat tempat kuarentin ni. Haha takla teruk sangat sebenarnya.

Hiperbola saja.

Cuma kena berhati-hati, sentiasa bertopeng macam masked rider.


macam ni...



Tapi sebelum ni memang badan dah melebihi 37 darjah celsius. Otak aku penat, lesu2. Alhamdulillah tak selesema atau batuk teruk. Masa kat klinik UTP wah memang seram sebelum menunggu giliran. Macam cendawan. Mata aku merah2 mungkin sebab baru je tidur dan memang waktu tu aku rasa macam kat dalam bara panasnya.

Dalam minda aku satu aja. Sama ada aku kena bertahan dulu atau aku mungkin sebarkan virus H1N1, bukan B1N1, 4C4B, L4K1, atau pun A1N1 hahaha... (kalau aku positif kene H1N1 lahh...). Agak cuak ketika itu... grrr. Tapi bila aku rasa aku demam, kompom lah aku kene kuarentin. So waktu doktor cakap aku kena kurentin, aku cakap, "Owh, orait" ntah pape ntah. Tapi lepas kena tunggu giliran untuk ambil ubat, aku pun mula terfikir pasal aku dan Dia, pasal family, pasal kawan2, pasal study dan macam2 dah jadik peta minda dah.



mungkin bentuk virus H1N1 atau selesema babi, naseb baik tak berupa tut


Tapi back to basic, aku kena positif. Positif menerima apa2 pun. Positif menghadapi apa2 pun. Positif walaupun aku mungkin dah kena makan ubat yang ngekngok pahit dan kuatnya. Positif apa2 pun walaupun aku bakal bosan nanti atau mungkin menyusahkan orang lain. Haha...

Zasss... nama aku pun dipanggil dan 3 bungkus aja ubat pil yang diberikan. Vitamin C, Demam dan Antibiotik. Aku dipersilakan masuk dalam van dengan 2 orang lagi student wanita. Sesampai je kat V6 Duyung, aku terus masuk bilik dan aku ada rumet baru. Nama dia Adnan. Mula2 tak banyak cakap. Time tu pun aku memang panas demam gila penat2. So aku terus terbaring malam tu. Lepas jamah air sirap limau ais je aku terus amek kain basah, makan ubat terus tidur macam beruang. Memang malam tu mengerikan. Aku rasa ubat tu macam kuat. Berpeluh2, panas sikit. Nasib baik ada kain basah. Aku rasa lega sikit.

Owh terima kasih kepada Fazly dan Sapik Tuya sebab sangat prihatin hantarkan barang2 aku walaupun yang 'tu' tinggal 2 je hahahaha.

Juga Mr Zairee yang telefon daripada pejabat bertanya khabar.

Terima kasih sangat2 kepada Din Dang, Kak Ad, Tasha yang sanggup habis kredit bermesej dekat aku.

Juga kepada pnp recmo, Ain, Che Nah, Faez.

Owh yang paling aku terharu Sefa dan Haf sanggup habiskan kredit telefon aku. Tapi maaf suara aku mungkin kureng bermaya malam tu.

Dan terima kasih kepada kakak2 klinik yang sentiasa bercakap tentang kematian.

Abang Gad yang mengucapkan " Welcome to the club" dan semuanya.

Bersambung untuk tak taulah berapa hari aku kat sini...








Malam ni aku duduk atas kerusi dan jugak meja aku sendiri. Laptop kat depan sambil ditemani roti twiggies yang tinggal satu je. Pasangannya dah aku ngaap tengah hari tadi. Owh 2 hari yang memang full schedule. Family day DAS09 berjalan lancar, yet menghiburkan dan mengisi kekosongan jiwa aku. Owh dah habis dah Family Day DAS09... nanti aku buat post khas untuk family day das ni. Aku dah penat dah ni. Nak terbongkang je. Papepon, kemesraan dah berjaya dicipta. Bunga jiwa permuafakatan dah berputik. Apa lagi nanti tinggal dipetik bila tiba waktunya, Debat Alam Sekitar 2009 yang akan berlangsung. Alhamdulillah aku bahagia. Air kosong, ais kosong, roti kosong, jamban kosong, kafe v3 kosong, baldi kosong... owh ye aku terlupa nak basuh baju daripada tengah hari tadi! Mampus... Owh nasib baik baju yang perlu dibawak esok cukup dan bersih. Fuhhh...

Terubat sedikit kekosongan jiwa lagi, bila ada rakan2 baru di sekeliling. Walaupun kebanyakkannya tak sama atau serupa usia, tapi bonding tu yang penting. Aku rasa This is what I'm desired of. The crowd, the laugh, memecah kesunyian dan kekosongan jiwa. Owh please stop me, sebelum aku mula lebih dalam lagi pasal jiwa kosong.

Hari semalam, sabtu, 11/7/2009 sepi macam haram. Kenapa pulek sepi? padahal sepanjang hari huhahuhahuhahuha, men lari2. Tula orang cakap, yang melihat tak serupa yang menjengok, dan yang menjengok tak sama dengan yang memahami, dan yang memahami tak sama yang meniliki dan seterusnya. Entahlah, sepi tiba bila sampai pintu bilik. Aku tengok pintu,pintu tengok aku. Aku tak suka duduk bilik sorang2. Bukan takut kak pon~ tapi tak suka sepi. Siap siaga aku buka playlist lagu downloaded dari DC++. Ada klasik, rock, pop-rock dan sentimental. Kemudian aku terdengar suara merdu menyanyi. Sayup sayup... mengasyikkan.



Suara akulah tuh haha.



Tak sabar menanti hari esok ceyy~. Malas nak packing. Tapi gigih jugak bergerak, satu2 aku lipat baju, baju dalam, lipat duit, lipat otak biar tak bergulung-gulung esok. Tak serabutlah... kenalah setting dulu dalam minda nak pergi mana2 pun. Agenda esok, kenalan baru, member baru, ketawa galak gaya baru, suara bingit memecah gegendang telinga, senyuman baru, idola2 baru, yang selalu memotivasikan aku.

Tak lupa jugak mengecas bateri kamera. Mengharap gamba-gamba menarik esok! dan 2 hari mendatang.

Owh, tak dapat pula nak menonton show dari Sekolah Menengah Seri Iskandar. Takpe, hari Rabu aku datang. Maaf. Balik je UTP nanti aku nak updates pasal Family Day DAS09 yang menarik! Gamba2 menarik~ haha

Baiklah, maaf kalau aku macam cakap sorang-sorang. Pengajaran untuk aku dan jugak untuk dikongsi pada post kali ni ialah selalu menghargai apa yang kita miliki. Kawan-kawan, keluarga, Tuhan, saudara-saudara, burung-burung, pokok-pokok, kesihatan tubuh badan untuk buat apa yang kita suka dan tak lupa jugak yang lama jangan ditinggalkan, yang baru jangan dilupakan. Kawan memang susah nak carik. Yelah kena reka ayat 1st nak tanya nama. Susah tu... Tapi kalau kita hilang kawan, walaupun seketika, susah woo kita. Gundah gulana. Jangan lupa kawan yang lama tu jengok2lah. Jengook kat fesbuk pon ok dah. Rajin2 lah menjaga adab diri bila berhadapan kawan2. Cuba jadikan diri fleksibal dengan semua jenis manusia ciptaan Tuhan. Nescaya kalau kita boleh, kita rasa lebih berkenyakinan.

Owh, lagi satu. Aku memang setuju dengan kata-kata salah satu idola aku ni. Kalau kita rasa kita bosan, kitalah yang membosankan sebenarnya. (Lebih kurang macam tulah) Kata2 dia sama dengan apa yang aku rasa. Maksudnya, kitalah yang kena jadik pendorong, bukan pasif je. Kitalah yang menhidupkan suasana. Gilang gemilang lah Malaysia kalau semua orang amalkan benda ni. Wah! Selamat malam, selamat hari Isnin, selamat beradu, selamatlah aku bangun esok pagi~, selamatlah jugak aku daripada terpeluk kak pon~ (tido sorang lagi malam ni...) .


kak pon yang dimaksudkan~ bukan yang satu lagi jenis tu... nak kena tangkap jabatan agama??







memang simple. Home page dia orang tengah main kad judi (kasar ke?)



" Simple and Meaningful ", aku selalu cakap dekat seseorang atau barangkali satu kumpulan orang. Haha... ehem ehem. Macam kehidupan kita, kenalah bersederhana walaupun harta awak tu dah seluas lautan tempat nak menyimpannya atau sedalam 7 kaki nak ditimbusnya.



http://www.oneclickidea.com/

Owh itu penting. Kita nak menghasilkan sesuatu yang terbaik! Macam laman sesawang ni. Simple konsepnya, tak banyak penggunaan warna. Tidak kompleks. Effect yang dipaparkan pun tak serabut.

konsepnya orang baling daun terup (kurang kasar)




Memang ada kelainan. Macam nilah yang aku suka. Owh laman sesawang ni buatkan aku rasa teruja nak mendalami lagi ilmu-ilmu motion design. Aku suka lain daripada yang lain macam ni. Aku rasa nak menggabungkan teknik photografi (atau ambil gambar) dan menjadikannya semacam flash. Tapi ilmu swishmax aku pun tak sampai 10%. Tapi tidak mengapa yang penting aku ni memang beginner dan noobs dalam benda ni. Takpa, aku cuba yang penting ini ilmu yang bermanfaat. ceyyyy... (takdelah, aku suka benda2 macam ni. Aku kan suka gamba bergerak~ yang banyak warna atau mungkin yang satu warna~ eh bahaya) Bulan Rejab! erm... mana boleh berperang wahai budak2 BEKAM.




perang di bulan Rejab? Tak boleh!


So, sekarang ni aku cuba meng'usha2' hasil2 kreatif orang lain. Pastu main2 eksperimental, macam nak andam pengantin, kena buat ekperimen gaya nak menyolek muka orang. Tapi kalau jadik macam ni...


owh ini mungkin waste bahan eksperimental tu... tapi takpe.. belajar dan belajarlah lagi



Belajarlah sampai ke negeri China.





Bapak aku selalu pesan banyak kali,

"Kalau suka-suka tu haa... nanti mesti dapat luka"


Owh hari ni aku kurang gila... Entahla sebab apa. Takkan sebab lepas merempit ke jj tgah malam semalam? Pagi tadi aku bangun mcm biasa walaupun tidur agak lambatla, dalam kol 5 . 2 jam je aku tido??

Terima kasih kepada semua comittee pnp das09 yang memang easy to share anything lah. Owh tengok Ice Age 3 sampai pecah perut dengan korang best!Hurmm...lepas pekena tose dengan teh tarik, kat sitik kol 3 lebih agaknya aku baru sampai bilik 'haram' V5C. Haram sebab aku masuk suka hati je... Tapi lupakanlah yang itu. Tak penting. Yang penting hari ni pagi2 aku dah semangat gila nih menunggang motor ke meja ITMS.

Sampai depan kaunter, cot cet cot cet, tunggu... cot cet cot cet... jumpa itu cot cet cot cet... jumpa orang mintak tolong cara nak kunci loker irc (haha... padahal aku tak pernah gune loker kunci simpan beg kt irc)... cot cet cot cet... Senang cerita flow kerja semua lancar je. Tiba kat bilik aku tergelak2, ye masih gila, dan seterusnya ketawa... masih lagi gila. Melayan kerenah 4 orang yang itu. Owh hari ni dapat jugak lunch dengan diorang.

Waktu2 beginilah kita selalu menjalankan aktiviti manusia yang normal lakukan. Bersosial. Betapa pentingnya bersosial. Tulis blog pun bersosial. Engkau dan aku bersosial sesama sendiri secara tak langsung. Aku taip satu huruf, ko baca... macam sekaranglah. Kalau rasa apa2 pun tulis jelah kat dalam blog ni. Mesti relief.. Owh aku rasa aku nak sangat baca novel ni. Tolonglah aku nak cube untuk baca novel ni. Walaupun aku bukan pembaca novel tegar. Aku suka gambar bergerak. Gila!




Aku tak tahu kenapa aku tertarik dengan novel ni. Pertama kali aku jumpa novel ni dekat kedai buku Badan Cemerlang Plaza Angsana JB. Then di Larkin Central, waktu aku otw nak naik bas ke UTP aku ternampak lagi. Tapi sekali imbas. Macam cinta pandang pertama. Instinct... aku sangat sangat merasakan novel ini macam ada connection dengan jiwa aku. Eishhh... tak tahula kenapa. Arghh... pelik2. Then secara tak sengaja, kita berdua dipertemukan. Aku rasa ada sesuatu yang akan aku dapat lepas aku baca novel ni. Dan sekarang ni, misi aku ialah menjejaki dan membeli satu naskhah novel ni. Aku akan mencari...

Owh "Kalau suka-suka tu haa... nanti mesti dapat luka". Sampai sekarang melekat dalam kepala minda aku. Betul2 melekat. Jadi, kalau nak bergembira tak salah. Tapi kena jaga batas/ limitation. Walaupun tak melibatkan orang lain. Maksudnya SS atau Syok Sendiri. Aku cakap pasal diri aku. Kenelah selalu beringat. Berguna juga untuk korang semua. Terima kasih sebab sudi membaca. Maaf, aku kurang gila hari ini...

trivia - pada tarikh 6 Julai 2009 Inbox gmail aku mencatat 2001 keping email pada jam 2001.








Sebelum aku terlupa sampai jadik pelupa, updates daripada keluarga besar TTS, The Qum Actors akan mementaskan teater Miao-Miao Sang Arnab sempena Festival Teater Kuala Lumpur 2009.


poster Miao Miao Sang Arnab karya Dr Shark Arahan Pacel







Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih






scene intro trailer ni sgt simbolik

Pengarah: Kabir Bhatia (Kekasihku Seru, Sepi, Cinta)
Penulis Skrip: Mira Mustaffa (Cinta)
Lagu Tema: Nur Kasih - Yasin & Eena Houzyana

Pelakon:
Fizz Fairuz as Aidil
Remy Ishaq As Adam
Tiz Zaqyah Razak as Nur Amina
Sharifah Sofea as Katrina
Jalaluddin Hassan as Ustaz Hassan
Liza Othman as Hajah Khadijah
Umi Nazeera as Siti Sarah
Sheila Mambo as Mak Ani
Rahim Omar as Imam Abu Bakar
Ayu Raudhah as Aliya

Sinopsis:
Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.

Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.

Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina.

Masa berlalu… Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.

Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina. Apakah kesudahan drama ini?

untuk lebih lanjut layari http://www.tv3.com.my/nurkasih/episodic/

hehehehe jangan lupa tengok Cerita garapan Kabir Bhatia ni kompom best! TV3 9.00malam Jumaat .





Hampir seminggu terdampar kat UTP. Hari2 berlaukan meeting dan bermandikan tugas. Tapi takpa, aku suka. Owh! tak lupa juga ada pencuci mulut setiap masa. Masa yang di'spend'kan untuk bersosial sedikit. Seriously agak terkilan tak dapat join kumpulan kecil TTS (Doc, pojan, aini, cik mat and the gang) tengok monolog Jebat : Dendam Kesumat kat Penang... and also turut serta training session budak2 sek men berteater. Kalau boleh semua aktiviti TTS nak join lah! ceyyy... tapi takpa, next week insyaallah kalau ada kosong boleh join (tgah tgok jadual nih adeiii).

Tapi agak seronoklah sebab aku atau kami ada dapat sedikit pengalaman berhubung dengan seorang Manager kedai printing ni. Agak tertarik dengan topik perbualan beliau pasal bekerja dengan gomen. After 18 tahun bekerja dengan sebuah gomen ni dan beliau ni hampir ke puncak. Means, dah mencapai sebuah yang dikatakan tempat duduk kerusi yang sangat selesa, boleh berpusing-pusing lagi.




Tetapi, belum sempat memapah kat kerusi tu, dia sendiri jatuhkan diri. Rebah. Bukan senang nak reverse bila kita dah kat puncak. Yela nak jalan reverse bila nak turun puncak... agak susah r. Dia kata sampai satu tahap, dia dah tak tahan dengan kerenah gomen, income dapat lambat, time concuming, money consuming, dan juga pressure dengan kerenah tut.... Dan pada saat yang sesuai dia menepuk bahu rakan kongsinya dan kata dia dah penat... Dan sekarang dia sudah ada bisnes sendiri dan happy dengan kerja2 sendiri. Aku pun terus menyampuk, owh hijrah memang perlu, sebab manusia memang selalu tak puas hati dengan apa yang dimilki. Tapi after berhijrah, kita pasti akan menerima kelebihan2 yang mendatang, asalkan betullah objektifnya.


aku dan dua orang ni dalam perjalanan ke kedai beliau dekat je kat seri iskandar


dan juga monyet yang bergaya gedik ini...

p/s: owh sebelum tu kat stesen minyak terjumpa mamat ni ... ada perempuan dalam seat blakang keretanya! siapa? shhhh...haha


Rupanya di sebalik kedai yang sederhana, tapi nampak teguh, dia ni memang dah banyak pengalaman dalam urusan bisnes. Dah banyak kerja luar negeri. Hurmm... itu yang buat aku tertarik. Perempuan lagi...(bukan nak menggatal yea...pangkat makcik...) Tapi bangga lah seorang perempuan berjaya yang boleh dijadikan idola.


sempat curik2 amek gamba dia mcm stalker hihihi


Banyak jugak yang kami belajar daripada dia. Antaranya istilah duit bawah karpet atau duit kopi dalam bahasa yang indah. Gomen~ Owh ada jugak PO (Purchase Order) dan LO dan DO (Delivered Order). Sikit2 tau pasal bisnes menarik. Yelah nanti kalau dah bekerjaya kene ada second income. Bisnes yang aku nak mula pun tak dapat setat lagi. Hurmm... harap2 after this aku dah boleh setat. Pengalaman kerja ngan 1 syarikat jual barang tu mungkin ada sedikit ilmu yang boleh digunakan. Kita tengoklah macam mana...

jam dah pukul 1.05 tgah hari, maka sebelum balik kita ngaaap dulu

ais kacang.. ais...ais kacang... bila rasa dahaga dan panas...panas sebab tak dapat baju ungu



dan lai ci kang (sengaja amek tak nampak muke..hehehe)




dan ini hasilnya selepas makan (nak amek sebelum malu pulak)

Hurmm nampaknya abang yang buat inspection dah nak halau! aku petang tadi. (Trperanjat aku dahla V5C menakutkan duduk sorang2) Tidakkkk nampak gayanya duduk secara haram ini susah siket haha. Tgoklah bang ye kalau saya rajin saya pindah balik V2. Sori RCSU...






Bekam ready! Dari kiri: naim,mimi kebana,etat, asy, frezz, syazmir, latip,fahmi,power rangers kuning, daus, zikri, daus anna(yg ambik gamba) , mei mei (yg tgah amek bamgo jugak)

Akhirnya plan asal BEKAM untuk hiking Gunung Arong menjadi! Alhamdulillah... Seronok! Best! Best gile lah! Walaupun ketinggian Gng Arong taklah setinggi gng Ledang, tapi pemandangan lagoon, tanjung persekitaran laut memang perghhh!! best mata memandang. The real experience memang tak terkata. Itu antara sebab BEKAM beralih arah kepada kawasan pantai pulak...

Senarai pendaki
1 Daus Anna @ pakcik

2 Daus Ripin
3 Daus Hasyiemey @ mimi kebana

4 Faris Mustafa
5 Asy hahaha
6 Mei mei

7 Zikri
8 Latip
9 Fahmi
10 Syazmir
11 Etat

12 Power rangers kuning
13 Naim Zin (mcm anua zin)

Dengan hanya RM80 ringgit anda boleh melancong:)
p/s : tapi kenelah mintak sponsor jabatan hutan~


Hari pertama
27 Jun 2009, Sabtu


Kitorang bergerak dari Larkin Central (nama baru.. ceyy) naik bas Causeway link RM 11.70 shj pukul 11.30 pagi sebab masalah tak cukup tiket. Kalau tak dah betolak pagi dah... Agak tekejut la tetibe pulak kan ada orang tambahan, kimie adik kpd zikri ni kan tetibe nak ikot cakap time naik bas tu. Haishh... asal tak gtau esok ke~ Tapi memang nasib baik ada sorang penumpang trtinggal bas. Haha padan muka. Owh kali ni BEKAM bawak 13 orang peserta dalam kalangan member2 tapi agak malu2 la 1st time salam then masuk dlm bas. (laki sama laki pun nak malu hehehe) Lepas hal tadi, hal bas air-corn bocor pulakk... habis seat etat banjir mcm hapentah. So, kitorang dmaklumkan akan brtukar bas kat centre office causeway link.


air-corn yang bocor mcm haram haha



sesi tukar bas (bosan dgn gaya frez yg ni...)

Sampai bandar Mersing jam 3.30 petang sebab prtukaran bas tadi perjalanan 2 jam dari JB - Mersing. Dah lama aku tinggalkan Mersing hu hu hu... Banyak kenangan indah ceyy... tapi kali ni aku dtg dgn misi mencari kpuasan mendaki gunung sambil mlihat alam s/jadi yg memang cantik nian... dan jugak pantai Mersing yang indah nian...


nampak ganas tak? (gaya ganas bawak jeep)

Sempat sikit belanja arang, utk BBQ kat Giant Mersing yang comel saiznya. Owh sempat jugak bungkus 13 bungkus nasik goreng kg. Hehe Dari bus station Mersing, ktorg dijemput oleh Pakcik Ariffin yg gerek naik Jeep wooo... memang best rasa angin2 sepoi2 ribut angin segar. Bukan senang nak hirup udara segar. Sambil melihat pemandangan jeti nelayan kat mersing. Memang best. Perjalanan 17 km baru sampai ke camp site / hutan hilir Gunung Arong.


gaya tiba di campsite


Spageti


spageti dalam proses... bukan senang nak masak utk 13 orang hurmm mcm mak pulak


Hahaha tak pernah dibuat orang camping makan spageti. Tapi saje je idea bawak spageti ni ramai2... saje nak berubah angin untuk dinner. Asek meggi aje bosan jugak. Tapi memang solute ar boleh je nak buat spageti tgah utan. Senang aje, rebus air, celup then masak sikit sos spageti ngan hotdog atau fish cake ke pape. Yang penting, 1st Impression dak2 peserta baru ni memang best la makanan yg kitorang sediakan he he he.

Night walk

Tepat jam 9.00 malam kitorg terawal sikit g nightwalk sebab tak cukup renjer kalau tengah malam sgt. So layan jela. But the feeling same je... Ktorang jalan di sepanjang denai2 hutan hutan hilir Gunung Arong. Ada ditemani derusan sungai... dan jugak plash kamera sana sini. Adela bunyi2 serangga dan jugak tupai malam.

kawasan yang agak 'mencabar'hehehe


Night walk ni mungkin kurang cabaran selain cabaran elak akar2 pokok dll, tapi ni mcm warm up la utk esok.

rama2 malam ada

pelesit pun ade... menyeramkan


Ice-breaking


latip atau latipah?

Owh memandangkan kali ni BEKAM bawak beberapa peserta, ktorg buatla ice-breaking sikit secara tak formal... yela takkan nak formal pulakk tak rock la... tapi memang simple, lawak, sampai semput ketawa terbahak-bahak dgn telatah masing2. Masing2 share minat yang sama! Photography, anime, politik~ uuuuu~ dan rata2 masih belajar. Paling muda kimie, 16 tahun dan paling tua Latip (sebab paling besar kui kui). Kitorang sambung main MAFIA GAME yang memang rok la (go go mafia! menang!) sampaila pukul 1 pagi.

Pak Guard

Owh yang ni memang tak leh lepas la kalau ada camping. Yela, macam2 perkara yang pelik pakcik Ariffin dah cite... hehehe Tapi memang Hutan Lipur Gng Arong ni dulu popular tapi sebab byk kes pelik org dah jarang dtg. Satu sebab memang kwsn kitorg tdo tu ada pakcik jaga Islam kata Abang Wan selaku penjaga kat situ. Dan sebelum balik JB Pakcik Ariffin ada cerita mmg byk accident kat situ. Kes suami bunuh diri pun ade jerut leher!!! Owhhh tidakkk!! Malam tu trip pertama Aku, Daus anna, and Mimi jaga dari 1 pagi - 4 pagi. Byk gila yang dibualkan antara kitorang b3 malam tu sambil jaga unggun api dengan masak nasik impit utk lunch esok. Pukul 4 pagi Faris, Daus ripin, Shahidil dan Etat ambik alih masak dan jaga sampai subuh. (Sedap jugak diorang masak telur masak kicap...dengan sandwich)



Hari Kedua
28 Jun 2009, Ahad

Dakian
Pagi2 lagi dak2 ni dah siap2 mandi, subuh siap2. Kol 7 serapan roti dan sandwich dan air teh strawbery. Yela semangat iteww yang kita mahu. memang setakat ni semua brjalan lancar. Jam 7.15 sesi panas badan diconduct oleh zikri. Owh passing energy pon ade~ Then tepat 7.30 pagi pakcik Ariffin dgn jeep dia dah sampai. Ade pulak kete waja. Ada sorang renjer lagi iaitu Pakcik Zaki.


sikit2 amek gambo~ (naim muka smgt time daki)


Perjalanan ke kaki Gng Arong lebih kurang 3kM ke dalam kwsn perkampungan. Ada monyet, kelapa, kabus2 segar, kambing bersepah2... wahhh bestnye! susah nak jumpa kat kwsn bandar. Kaki Gunung Arong agak kedalam sikit kawasan kerbau sondol. Ada byk durian berterabur atas tanah tup tup tengok banyak pokok durian wah sedap. Sebelum stat daki sempat lagi kitorang singgah air terjun kecik dekat kaki gunung Arong.

Pendakian bermula jam lebih kurang 8.45 pagi dan sepanjang perjalanan naik, Pakcik Ariffin yang senang dengan kedatangan kitorang banyak bercerita pasal perihal pokok, herba, akar kayu yang sesuai untuk diminum, dan sebagainya. Lebih senang kata banyak dan sgt informatif la pendakian kitorang.

Kura-kura!

Memang nasib BEKAM kali ni sangat sangat sangat sangat baik sebab boleh berjumpa dengan seekor kura-kura di atas puncak gunung??? Haa itu kita tak tau. Menurut kata Pakcik Ariffin dan Zaki, biasanya diorang jumpe kura-kura kecikkkkk aje. Tapi kali ni berat kura-kura yg 4 kg tu 1st time diorang jumpe! wah! memang best gile lah! Memang pelik macam mana kura2 boleh ada atas puncak gunung.


berat gila kura2 ni tapi memang best! tak pecaye sudey

Hurmm.... tapi mungkin kawasan yang lembap. Ntah... Kitorang sempat ambik gamba dengan kura2 tu. He he tapi jaga2 lah. kene lepaskan balik dengan betul2, tak boleh campak aje. Orang kata bende pelik jgn buat main... kui3... So sesape yang telibat dlm trip kali ni mmg betul2 brnasib baik :)

Puncak Gunung Arong


mimi kebana dgn pemandangan tg kesang yang semart gila!


(asek ambik gambo org je aku pun nak jugak hehe)

Pertama kali sampai puncak aku dah terpegun (lepas 45 minit pendakian) dah bila nampak pemandangan tanjung Resang! Wah! Semua orang terpegun. Macam pantai yang belum terusik. Air laut biru kehijauan... batu-batu pantai seolah-olah ada formasinya sendiri. Dan kitorang dapat tengok semuanya dekat puncak! Boleh dikatakan keistimewaan Gunung Arong ialah puncaknya ada pemandangan laut. Jadik memang berbaloi pegi walaupun ketinggian nya tak setinggi puncak Gunung Ledang. Masing2 ada kelebihan.

errrr... no komen~


Turun ke Pantai


melompat sikit bila dah turun ke tg kesang wee~~ pemandangan dia seriously cantik


Bagi sape2 yang mendaki gng arong, sebenarnya ada 2 pilihan untuk jalan turun. Yang pertama turun patah balik ikut jalan pendakian dan dapat terus berendam di air terjun. Yang kedua, ikut turun jalan pantai tanjung kesang. Tapi terpaksa menghadapi risiko air pasang paras bahu/pinggang dan kwsn bakau yang byk ular. Tapi kitorang cadang untuk amek risiko dan mengharapkan. Tapi lagi sekali nasib mungkin baik air laut tak pasang, dan kitorang dapat melepasi laluan sisir pantai ke tanjung kesang. Kitorang berhenti berehat sebentar lepas perjalan 1 jam dan sampai terus ke sisir laut tanjung kesang.


pesisiran pantai teluk kesang... cantik...tapi kene daki kwsn brbatu sikit


Memang cantik scenery waktu tu... haih haih rindu saat2 tgok keindahan alam macam tu... Wktu tu jam lebih kurang jam 11.30 pagi. Jadi kitorang menghabiskan masa kat tanjung kesang. Macam2 aktiviti yang dibuat macam tak penah jumpe pantai...

Bola sepak pantai
Mandi-manda
Bola tampar
Tanam2 orang
Mafia Game



perjalanan berbatu tapi cantik scenery formasi batu2 (cube teka sape pegang kayu tu hahahaha)


Bila jam 3 petang, Kitorang pun balik ke campsite dgn naik jeep.. mcm biasa... Sangat3 puas dapat habiskan masa kat tepi pantai. Tapi merasalah sunburn!! Memang balik camp site dak2 ni dah merungut perit muka. Ada pulak badan bentuk singlet pun ade haha. Tapi tu tak mematahkan kitorang untuk berkayak kat air papan esokkkk!!!! Dan petang tu memang tak ada apa2 aktiviti djalankan... semua orang lepak gile...zzzzzz~~

BBQ dan Camp fire besooo

The whole day tadi memang terubat bile malam tu bakal diakan BBQ dan campfire besoo... so masing2 dah tau tugas masing2, kumpol kayu2, perap ayam, masak air teh (air teh lagi~) dan sebagainya lah.


duduk berkumpul sekiling firecamp didesign oleh ash~


Ayam BBQ memang hummm... sedap rasa BBQ walupun letak sos tiram dgn sos lada hitam. Tahniah kpd chef utama kita, Cik Daus Ripin. Malam tu semua mkn dgn tenang sambil mnikmati haba firecamp yg besooo...



Hari Ketiga
29 Jun 2009, Isnin

Owh hari ni mood semua orang tak nak balik. Trkilan jugak bila Pakcik Ariffin kata tak da kenderaan utk ke air papan. Tapi berkat prbincangan dan otak2 kitorang brfungsi dgn baik waktu tu, ktorang brjaya memujuk Pakcik Arifin utk pinjam kereta dia. Tapi memang tak dijangka, Pakcik Ariffin ni memang baik gile lah. Die siap kasik pinjam Myv lagi... memang trharu lah. Tapi ada bayaran sikit tu reti2 sendiri la... kesian pakcik Ariffin.

Jadi bila semua tahu plan Air Papan sebab nak main kayak jadik, semua berkemas lah... beg sana, sini, tanam buangan organik, cuci pingan mangkuk, kemas kawasan campsite. Sebelum tu pagi2 buta kitorang sempat berjalan ikut tepi sungai sebab ingtkan nak mandi sungai. Tapi sungai agak cetek dan aliran air kurang deras. Jadik tak dapatla merasa air sungai.

Air Papan

Perjalanan dari hutan lipur gng arong ke air papan tak jauh, cume 1 km lebih aje. Separuh naik jeep, separuh naik Myv. Kami singgah dan tumpang barang kat rumah PakCik Ariffin yang trletak dekat aje kira2 500m ke air papan. Kol 12 jugak sampai air papan. Halusinasi nak main kayak dah terbayang dah ni! Memang seronok! Tapi nasib kurang baik airni sebab kayak takde... maka berendam jelah 13 orang ni. Tapi still dapat merasai keindahan laut air papan.


gaya baywatch sikit

Compare to air papan, teluk kesang lagi cetek, landai. So, kitorang semalam jalan sampai ke tengah laut. Tapi kat air papan, keadaannya landai kemudian ada lekuk besar dan landai balik. Menurut kata penduduk kampung la, setiap tahun kalau air pasang mesti ada kes lemas.

Pak Cik Ariffin
yg rok

Beliau memang waktu pertama kalinya jumpa sangat2, peramah... baik hati. Macam sifat kebapaan lah. Beliau ni selaku renjer kitorang dan memang banyak pengalaman. Dah banyak kot dia bercerita pasal hutan kat kitorang. Lebih-lebih lagi waktu sepanjang pendakian. Mulut dia tak henti bercerita. Memang nampak kat situ dia selesa dengan kitorang. Segala masalah semua rujuk kat dia.

pakcik ariffin yang banyak tolong kitorang (aka bapak angkat naim). insyaallah kitorang melawat pakcik


Lepas berendam kat air papan, kitorang dijemput lagi singgah makan tengah hari kat rumah Pakcik Ariffin. Wahhh... ayam masak asam pedas, sayur kacang panjang, ikan goreng dll sangat menyelerakan. Yela masakan kampung memang sedap... terima kasih Mak Yati (isteri Pakcik Ariffin) . Haa.. pakcik Ariffin ni ada 2 orang anak, satu laki satu pompuan. Dia ada sorang anak angkat dari UKM. Memang dia ni sukalah budak2... Kitorang ni yang 13 orang ni dia anggap dah mcm anak2 dah.
" Dulu anak angkat pakcik sorang... haa sekarang ni 13 orang ye..."


di depan rumah pakcik Ariffin dalam kenangan~~


Aku terharu bila dengar pakcik Ariffin cakap mcm tu. Hehehe... tapi memang kitorang pun dah rapat dgn dia. Dah anggap mcm bapak dah. Sepanjang 3 hari ni kitorang dah banyak share tentang family, personal thing kat pakcik Ariffin. Rasa terhutang budi dekat dia. Memang BEKAM kali ni bernasib baik lagi dapat bapak angkat... Orang berbudi kita berbahasa. Kenangan bersama Pakcik Arifin memang tak dapat dilupakan... Sebelum bergerak balik.. kami sempat bergambar mesra dengan seluruh family... satu, dua, tiga....


1 happy family~



Bas Ting Tong

Agak terseksa dan advanture lah sesi pulang ke rumah. Sebab naik bas ting tong... dan di dalam bas...

ada skandal~


sgt selesa~


renda2 hari raya pun ada


Tiba di JB lebih kurang 6 lebih petang. Dan kitorang pulang dengan membawa banyak kenangan manis. Betul kata orang, walaupun tempat tu kurang menarik, tapi kalau kita yang buat dia menarik memang jadik menarik!! Misi kali ni tercapai. Dapat kenalan baru, meluaskan persaudaraan, ada nilai2 kerjasama, sahabat sepanjang kem ni. Yang penting menghargai ciptaan Allah... Memang susah nak melupakan semuanya. Mcm BEKAM fever lah... Tapi selepas ni semua kawan2 dah berbalik ke hal masing2, ada yang bersedia utk ke overc... dan ada yang sambung balik belajar kat u... Aku doakan agar perhubungan kita semua kekal, sentiasa berhubungan tak kiralah on9 atau papepon. Putus tak boleh berganti, patah tumbuh hilang berganti... Jumpa lagi!!!

p/s : buah tangan yang paling berharga ialah kulit sunburn... tula asek berjemur tepi pantai... kononnya nak putih~


selamat berpisah semua!! jumpa lagi next trip!!

Owh... ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat
Tuan Haji Zubait - Pegawai Hutan Daerah Johor Timur yang sanggup sponsor
Encik Hazlan - Pen Pegawai Hutan Daerah Johor Timur
Encik Amir - Ketua Renjer
Encik Ariffin - bapak angkat naim/renjer
Abang Wan - juruteknik
Pakcik Zaki - renjer

Owh memang meruntun jiwa... Beberapa hari yang lepas aku berhadapan dengan sesuatu yang buat aku tersentak! Hurmm... aku rasa benda ni normal agaknya untuk sapa yang meningkat usia. Mungkin biasa bagi seseorang tapi mungkin jugak tak biasa kot. Untuk nak berkongsi saja... Makcik aku atau biasa aku panggil Mak Long, memang selalu datang ziarah famili kat JB dari Singaapore. Mak Long dan Pak Long ni kira pangkat senior lah dalam familli sebelah bapak aku. Memang banyak pengalaman diorang lebih2 lagi dalam hidup ni lah... banyak makan garam~ Ish tapi Mak Long aku ni sihat sangat. Boleh lagi bekerja walaupun umurnya dah menjangkau 70an. Jenis yang banyak mulut... cot cet cot cet cot cet. Tapi memang cool dan sporting lah. Mase kecik2 aku slalu panggil dia Najib Ali. Sebab muka dia seriously macam Najib Ali. Ala... yang jadik host Asia Bagus tu...

Nak dijadikan cerita, satu hari yang tenang... suam2 panas je hari tuh. Waktu tu kat JB memang tengah summer. Bahang la jugak malam tu. Mak Long ni baru je datang JB macam biasa melawat sanak-saudara. Aku pun bersalam dengan Mak Long ni. Tiba2 dia menyapa aku. Aku pun tolehlah. Kemudian dia suruh aku duduk sebelah dia. Waktu tu yang ada dalam rumah Pak Long aku, cucu paling kecik dia, dan aku. Aku tertenung lah mata dia sekejap. Dalam hati aku "Mak Long macam nak share sesuatu ni..." Aku pun terus ready mendengar...

Aku ingat lagi ayat 1st dia, "Yap nanti dah kerja, banyak duit jangan lupa Mak Bapak...". Jangan jadik macam Mak Long... " Mak Long mengusap-usap bahagian dada. "Kenapa Mak Long? Aku rasa tak sedap hati" Tengok Mak Long, dah tua... anak2 susah nak tolong Mak Long dah. Dia pun terus bercerita kisah anak dia. Mak Long ni ada anak biologi sorang aje. Lagi sorang ialah anak angkat yang sekarang ni duduk berdekatan dengan rumah aku. Memang kat sini lah Mak Long datang melawat anak angkat dia ni. Memang dikatakan anak angkat dia ni rajin, selalu ikut kata Mak Long, siap masakan makanan kalau dia datang. Tapi malangnya anak kandung dia sendiri tak pernah buat macam tu. Mak Long mengadu kat aku dia gagal dapatkan 300 dollar daripada anak dia sebab nak bayar sewa rumah. Uish... memang susah duduk kat S'pore. Duit gas, letrik, rumah mahal. Banyak la alasan yang diberikan. Bukan tu aje Mak Long terasa hati. Tapi dia lagi makan hati, jantung, limpa, pankreas dengan sikap anak dia yang melebih-lebihkan keluarga sebelah suaminya. Kadang2 memang jarang balik rumah.

"Ingat ye Yap, penat abah carik duit, mak jahit baju sampai pagi. Sebab nak sekolahkan korang semua adik-beradik. Sebab tulah Mak Long tak nak kacau Mak kau tengah jahit baju... Jangan dengar cakap orang lain. Jangan dengar. Belajar. Jangan lupa no 1 Allah, 2nd Mak abah... kalau dengar cakap Mak Long, insyaallah senang dapat kerja, belajar, dapat duit, tolong mak abah. Mak Long bukan nak mintak duit. Mak Long lega bila ko datang salam tangan Mak Long Pak Long... Mak Long dah rasa ada orang ingat kat aku. Ingat pesan Mak Long insyaallah boleh berjaya..."

Dan semua kata-kata tu aku pahatkan dalam hati. Semoga sedikit post ni dapat bagi sikit kesedaran... Sapalah kita tanpa ibu bapa kita... Isu ni mungkin dah biasa kita dengar. Tapi bila di peringatkan semula... alangkah baiknya kalau kita terngadah sebelum terhantuk.




John Q, Dennis dan Mike - waktu mike terlanatar sebab jantungnya tak normal


Haa... sebelum tu, aku ada jumpa balik satu movie ni. Released 2002 kot. Cerita JOHN Q. Cerita ni meruntun hati woo... seriously aku tersentuh tengok. The main actor Denzel Washington sebagai John Q. Cerita pasal macam mana pengorbanan seorang ayah terhadap anaknya. John Q
ni sorang pekerja kilang biasa yang ada family Denise (isteri dia) dengan dan seorang anak, Mike yang kecik2 dah bercita2 nak jadik peninju. Memang happy family. Tapi kebahagian diorang ni terganggu sikit bila dapat tau Mike hidap masalah jantung yang saiznya tak normal. So bila tak normal, ada masalah pengepaman jantung otot pulmonari die yang susah nak pam darah so slowly bawa maut. So oleh sebab masalah mereka ni tak ada lindungan insurans, dan tak berduit, diorang tak dapat listkan nama anak die dalam senarai penerima jantung. Semua sebab pihak kerajaan dan hospital yang tak akan selamatkan pesakit selagi tak ada duit? Bukan ke khidmat itu lebih penting daripada wang? Maka bermula lah perjuangan Jonh Q yang sanggup berjuang dapatkan jantung anak dia. Bayangkan dia sanggup menggadai nyawa mengugut pihak kerajaan dan hospital untuk hanya dapatkan nama anak dia dalam senarai penerima jantung.


poster John Q


Part yang paling mengagumkan ialah part bila isteri dia tetap percaya dan yakin dengan John Q ni anak dia boleh diselamatkan. Dan beberapa keajaiban berlaku... Denzel Washington memang pelakon yang bagus dan berjaya bawak watak bapak. Aku tersuntuh bila tgok dia menitiskan air mata...



"I just don't know...I just believe it..."

Ni dialog John Q yang paling aku suka and simple je tapi banyak maksud. Percaya tu bagi aku satu yang paling asas dan bakal mendatangkan sesuatu impak yang besar. Bila kita percaya, kita positif, kita bersemangat, kita gigih nak melakukan sesuatu, kita dah nampak sinar kejayaan. Walaupun kalaulah kita gagal, kita dah pun mengintai kejayaan tu terlebih dulu. Hidup ni kita kena percaya, kalau tak tak boleh hidup~

Jangan lupa tengok lah movie ni. Kompom layan. Asek layan Transformers je bosan jugak hehehehe

Aku ingat lagi masa kecil-kecil (atau kecik-kecik) dulu. Aku suka main sepit baju yang jenis kayu. Aku suka buat dinasour yang boleh terbang tu... ape nama die. Entahlah... tapi memang penyepit baju la antara permainan aku waktu kecik dulu. Siap boleh jadik kucing, anjing (eh x boleh haram), jadik kereta macam transformers. Waktu tu memang transformers dah keluar kat tv dah... Lepas buat main sepit2 tu... macam biasala mesti mak aku piat telinga sebab hampir bersepah sepit2 baju tu. Ala... biasala budak-budak...

Tiba-tiba aku teringat peristiwa main-main sepit baju. Yelah Transformers 2 kan dah nak keluar! wah! Seronoknya! Kali ni memang betul-betuk menantikan Transformers 2 Revenge of The Fallen. Sebab tertarik dengan pengarahan Michael Bay selaku pengarah dan eksekutif produser Transformers 2 dan yang 1st dulu. Selain lakonan Shia LaBeouf yang natural dan jugak Megan Fox yang hurmm tak taula ape yang bestnye dia ni. Tapi papepon, gandingan hero dan heroin menarik... Tapi tunggu dan lihat macam mana jalan cerita Transformers 2 ni. Jugak menantikan robot-robot yang tak pernah keluar dalam 1st Transformers!!



Michael Bay banyak filem2 dia best macam Armageddon, The Unborn, Pearl Harbour...



Oleh sebab semangat punya pasal... tiket dah awal diusha. Faris dgn daus dgn member2nya pun dah dibelikan tiketnya. Hampir 3 panggung dah penuh. Wow! Memang menarik kalau tgok 1st release time penuh orang. So ready untuk esok. Selamat menonton...
sempat bergaya ala-ala poster movie bollywood


Oh memang biru Desaru arituh... kunjungan kali ni kat desaru tak mengecewakan lah. sebab ombak pun best kuat bergelombang then yang penting tak ramai orang. Yela hari orang kerja... Hari Jumaat...kui3. Tiga orang aje yang perginya. Tahniah kepada driver, Cik Farid dan Model, Ikhwan sebab sporting gila. haha...



farid selaku pemandu van berhemah (naik van tapi yang pegi 3 orang je...)




balik m'sia jadik model sampingan

cubaan jadik model jugak (gamba ini sengaja dicrop~)



Bertolak pagi dan perjalanan 2 jam setengah aje. Sampai kat sana yang pelik kene bayar la pulak parking 3 hinggit padahal public beach kot. Tandas yang dah berlubang dan bocor pon kene bayar singgit?


seronoknye ye sesekali jumpe member yg dah lama merantau...

Dan selepas ni mungkin dah tak jumpe korang, yelah semuanya nak merantau ke negeri orang. Papepon aku nak ucapkan semoge berjaya kepada mereka-mereka ni. Ikhwan jangan nangis pulak rindu kat aku bila sampai Arizona balik tu ye... Dan kepada Farid, semoga dapat pegi India kawen dengan cik Mala kat sana. Korang aku takkan lupe...


Kejutan pertama


Kali team BEKAM dah bercadang nak hiking Gunung Arong pulak... Bila gunung belumut tak boleh didaki waktu ni atas sebab renovation. So Gunung Arong yang terletak kat Hutan Lipur Gunung Arong (17 km dari bandar Mersing). Ahli BEKAM, kene pulak urusakan soal surat-menyurat terutamanya kepada Pegawai Hutan sana sini. Calling sana sini. Maklumalah... kerenah biokrasi. Bertempat kat restoran Alif (sejenis kedai mamak) macam biasalah meeting BEKAM berlangsung ikut suka hati kitorang.

Haa... kali ni BEKAM akan cuba bawak team hiking dalam jumlah yang ramai sedikit. Nak nampakkan sedikit penglibatan orang luar tak kira jenis. Kalau dulu berenam, sekarang target bawak orang mungkin dalam 15 orang campur ahli basic BEKAM 5 orang so dalam 20 orang. Memang tak dinafikan gunung Arong mungkin tak setinggi mana dan gunung ledang (1276m) lagi tinggi compare to gunung arong. Kali ni BEKAM cuba handle orang luar. Insyaallah kalau dah banyak pengalaman baru bawak panjat gunung yang tinggi lagi...



ahli basic BEKAM...


Salah satu sebab buat kat Gunung Arong sebab ada tajaan!! Wah! Ucapan terima kasih kepada Haji Zubait bin Haji Said selaku Pegawai Hutan Daerah Johor Timur yang sanggup taja insurans, permit masuk RM150, renjer free, dan jugak penginapan yang paling penting hehehehe. Beliau kata ada promosi nak bangunkan Hutan Lipur Gunung Arong. Alhamdulillah... memang rezeki BEKAM kali ni. Harap2 lain kali dapat lagi. hehehe... Bukan apa, tujuan BEKAM pun nak mencari pengalaman dan suka suki. So semoga tujuan yang sama dapat dirasai oleh sesape yang nak join lah. Maka dengan itu, re-kee atau survey atau usha dibuat dulu before setat mendaki 27-29 Jun nanti.



sedang deal dgn pen pegawai hutan (sekali pandang ada rupa naseer wahab)


So hari Rabu yang lepas aku, Faris dan Etat gerak ke Mersing naik bas ekspress sebab takut sakit otak naik bas ting tong. Excited best! OTW pergi Mersing ambik masa 3 jam. Kitorang bertolak dalam pukul 8.30 pagi dan sampai pukul 10.30 pagi di jeti mersing. Sempat minum jap kemudian terus call Encik Ariffin, renjer dan jugak Encik Hazlan Penolong Pegawai Hutan Mersing. Yang tambah 'excited'kan kitorang bila dapat naik jeep jabatan hutan! wah best2! Macam pegi ekspidisi. Memang time tu banyak la soalan2 terkeluar utk Encik Hazlan dengan Encik Ariffin ni yang memang mesra pelanggan.

memang rasa adventure naik jeep ni.. tapi tak sempat ambil full pict


baru aku tau jeep ade 2 jenis gear...menarik


Bila 1st time masuk jeep, "mintak maaflah aircorn takde" "eh takpe... tak kesah..." surrrrrrrr.... angin dari tingkap menyisir rambut secara aerodinamik. Destinasi pertama adalah ke kaki bukit Gunung Arong. Pemandangan masuk ke perkampungan tu memang menarik sebab ada kambing, orang tengah jolok kelapa. Memang suasana kampung pure. Cuma pelik bila lalu jalan bertar ke dalam kampung tu tiba-tiba ada hutan gondol. Tapi hampir 70% hutan kat situ masih terjaga lah. Banyak kebun orang (nenek moyang diorang ceroboh, orang hutan cakap lah) dan tanah kerajaan. Kitorang disambut dengan deruan air terjun yang memanggil2 sejuknya! wah kalau terus berendam memang best! Tapi sayang, air terjun tu tak se'natural' kat gunung Ledang. Sebab aie terjun tu telah direnovate dengan dinding simen untuk kepung air. Tapi kitorang tak sempat lagi explore alur air terjun sampai ke punca nya. Mungkin lebih menarik.



starting point daki Gunung Arong menarik

Jadik Cik Hazlan adalah kasik penerangan itu ini then kitorang terus bergerak ke camp site Hutan Lipur Gunung Arong yang terletak 10 km dari kaki Gunung Arong tu.

Gunung Arong ni terletak dekat aja dengan Kem Latihan Khidmat negara. Dan 1 km sahaja kalau nak pergi Air Papan dan hampir dengan Teluk Kesang. Kawasan pantai tu memang best orang cakap. Jadik mungkin pendakian akan mula kat kaki Gunung Arong tu then akan turun ke kawasan pantai berbatu dan kalau nasib baik air laut pasang dapat rentas anak sungai lagi adventure lah. Boleh ambik gamba banyak2 kalau dapat tengok sunset.

Lepas habis buat tinjauan tu kitorang sempat jalan2 kat Pasaraya Kini dekat aja dengan terminal bas Mersing then balik dalam pukul 3 petang. Memang tak sabar nak mula daki. Tunggu...


Owh memang aku suka gila duduk kat Kampung Melayu Majidee. Apabilah dah hidup bernafas, cuci mata melihat pemandangan kat Kg Melayu Majidee selama 19 tahun 4 Bulan, aku masih tak bosan. Memang tak bosan. Terlalu banyak kejutan magis yang dapat aku selami. Terutamanya bila berjumpa balik kawan-kawan lama. Rata-rata duduk kat Kampung Melayu lah. Pada waktu-waktu macam ni, waktu cuti sekolah dan cuti IPTA/IPTS, barulah dapat buat gathering. Haa... tak lupa jugak kepada sahabat aku, Ikhwan/Iban yang baru je balik cuti musim panas dari Arizona ke negara Asia yang membangun~ Malaysia. Jadik bertambah gamat lah cuti kali ni bila 2 orang sahabat lain yang menunggu utk dapat surat tawaran ke India/UK untuk medic. Bila dah berkumpul semua... buat itu...buat ini... macam-macam... Dan bila aku kat rumah, aku tengah menunggu kejutan-kejutan seterusnya...
Dan bila FTP tamat...segala keputusan dah dimaklumkan. Untuk pengetahuan, berikut adalah senarai anugerah untuk Festival Teater Perak yang hot untuk 2009:

KATEGORI MONOLOG
  1. "Issandra" (Lakonan Fitri Nadianti Zulaidy, Persatuan Karyawan Perak - karya J Jamal)
  2. "Petalawati Diri" (Lakonan A Rahman a.k.a Farouk, Badan Budaya Perak - karya Ismail Kassan)
  3. "Tok Janggut" (Lakonan Dr Shark, UTP Tronoh Theatre Shop - karya Salju Putih & Dr Shark)

KATEGORI NGO/IPT
  1. "Raja Lawak", Zakaria Ariffin (Persatuan Karyawan Perak)
  2. "Malam Jahanam", Motinggi Busye (UiTM Sri Iskandar)
  3. "Penunggu Pusaka", Zakaria Ariffin (IPD Gerik - Kumpulan Teater Sri Kandi)
  4. "KUN", (Penjara Tapah - TEPTAP)
  5. "Imbas", Hashim Yasin (PBWMNP - Oni Moraza Group)
  6. "Permakaman Kaduk", Jamali Satari (Kolej Cosmopoint Ipoh)
  7. "Jebat", Hatta Azad Khan (UTP -Tronoh Theatre Shop)
  8. "Perempuan Itu Bernama Barabah", Motinggi Busye (UPSI - Fakulti Seni Muzik)
  9. "Wan Cantuk", Shahrom Husain (Badan Budaya Perak)
  10. "Inflakasta", Hashim Yasin (PBBSP - Bangsawan)

KATEGORI KANAK-KANAK
  1. "Dendang Kartini" (Persatuan Karyawan Perak - J Jamal)



Dan keputusan rasmi Festival Teater Perak 2009 yang diumumkan pada malam 8 Jun 2009 adalah seperti berikut:


KATEGORI MONOLOG:

Pengarah terbaik : J. Jamal

Monolog terbaik : Issandra


KATEGORI NGO/IPT:

Johan : “Imbas”

Naib Johan : “Perempuan Itu Bernama Barabah”

Tempat ketiga : “Jebat”

Set Terbaik - “Jebat”

Pelakon Harapan Wanita Terbaik - ("Malam Jahanam")

Pelakon Harapan Lelaki Terbaik - Jebat ("Jebat")

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Timah (”Imbas”)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Busu (”Penunggu Pusaka”)

Pelakon Wanita Terbaik - Barabah (“Perempuan Itu Bernama Barabah”)

Pelakon Lelaki Terbaik - Banio (”Perempuan itu Bernama Barabah”)

Pengarah Terbaik - "Imbas"


memang hot...


Dan bila FTP habis, segala yang tinggal hanya memori. Kosong, semua kosong, bilik kosong, MPH kosong, Block B kosong, Ameeth kosong, Sitik kosong, jamban kosong, dan jugak jiwa yang kosong. Wahaha memang banyak pengalaman, pengajaran yang dapat dikumpul sepanjang training JEBAT. Tak kira lah before exam week atau after exam week.


antara sesi latihan FTP tarian poco-poco oleh cik atul kita


yang hiba jadik galak...


Yang penting sedikit eh bukan! sebanyak pengenalan bersama semua team produksi JEBAT banyak ajar aku pengertian ikatan 'kekeluargaan'. Dengan team TTS, segala yang hiba jadik galak. Yang suka jadik ceria. Dan yang terang jadik lagi silau. Yang panas bertambah panas~ Tapi seriously aku kosong after FTP selesai atau berakhir... bila jadik normal, tak bergerak lompat sana sini aku rasa sepi gila. Gila lah.



gila macam ni...


Yang ditinggalkan lebih sedih daripada yang meninggalkan. Yelah after semua dah berpacking nak balik rumah, aku masih tersadai kat UTP. Dan sempat jugak aku bersama Anep dan Sapek bergerak ke Penang pada malam tu jugak. Tujuan utama nak ambik kereta kakak anep. Dan pada malam tu jugak berpatah balik ke UTP. Yang menarik jalan waktu malam tahan ngantuk. Kang driver terlentok kang susah.



dalam kenangan...semoga keluarga TTS bebas korupsi dan selalu bahagia


Dan bila FTP habis aku mula gatal asek nak pm budak-budak TTS. Adalah beberapa orang... Dan bila FTP habis, aku balik rumah lah. Kesempatan ni aku nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua team produksi JEBAT dan tak juga dilupa yang sentiasa menyokong TTS. Macam geng pojan dan izzi, helhal (kosmet Mandarin) , shahrin (kosmet Mandarin jugak), zul, g-ah, primadona(pacel), abg lut, abg port yang sanggup datang walaupun dah tgah keje dan jugak yang selalu bercerita pasal epalnya saja, Dr Shark.



TTS memang mesra... macam jejak kasih


Dan bila FTP habis... Perjuangan TTS masih belum habis. Terutamanya untuk Tok Janggut. Dan bila FTP habis, rasa perjuangan itu tak habis sama macam perjuangan Jebat yang tak mati lagi. Semoga TTS selalu bahagia dalam ikatan kekeluargaan yang terjalin. Semoga menjadi TTSians bila jadik TTSian pada pertama kalinya. Dan bila FTP habis, aku balik rumah berbahagia dan bergurau mesra dengan keluarga pulak... hehehe.


selamat tinggal UTP... jumpa lagi...




家庭

Family/Keluarga

Kadang-kadang kita tak sedar bahawa family atau keluarga lah yang utama. Kadang-kadang memang susah nak membuat keputusan seandainya ia berkait rapat dengan kehendak sendiri. Sesuatu yang bila kita lakukan akan membuahkan kepuasan.

Rasa tersedar sekejap bila ada seorang member nilah yang sanggup tinggalkan peluang yang besar demi keluarga.

Cerita pertama ialah sebab tak dapat luangkan masa dengan keluarga bila pilih untuk rebut peluang tu.

Cerita kedua ialah sebab ahli keluarga yang sakit tenat dan dengar cerita akan menjalani pembedahan di bahagian kepala, jadi berbahagi untuk merebut peluang yang satu ni.

Kedua-dua cerita ni tamat dengan mengambil keputusan untuk melepaskan peluang tu. Sebagai member kepada dua orang ni aku rasa bangga jadik member korang seriously walaupun aku tetibe menyampuk bagi idea2 pelik waktu korang buat keputusan tu. Aku suka dengan decision korang. Mungkin berkesan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral/Islam dulu agaknya. Tahniah jugak kepada lementerian Pendidikan Malaysia. Owh tak lupa jugak mak bapak korang yang dah lahir dan besarkan korang sampai jadik 'besar' sekarang. So, segalanya jadik pengajaran yang bermakna untuk aku specially dan jugak kepada sesiapa yang baca blog ni... kalau ada lah.





Jadik memahamilah keputusan seseorang...





Sebelum tu... aku nak share satu short film ni yang berkisar tentang FAMILY then ada jugak bercerita pasal KESEMPURNAAN.

Kesempurnaan - jangan salah anggap dengan ketidaksempurnaan seseorang. Yelah, manusia dicipta Tuhan dengan pelbagai bentuk dan ada sempurna atau sebaliknya. Ketidaksempurnaan tu kadang-kadang jadikkan hidup seseorang sempurna. Sehinggakan ketidaksempurnaan tulah yang buat kita mengenang dia selamanya....





Short film yang menarik!

"...little imperfections that makes them perfect for you..."

video

**** bintanglah




MRSM Mersing dalam kenangan...
masa - bulan Ramadhan 2006 waktu selepas berbuka...


1 Mawar 1 , 3 Mawar 1, 4 Bestari 1, 5 Bestari, 6 Arif
Takdir menentukan kita sentiasa bersama.
Dulu macam berudu, sekarang dah besar panjang~
Masa - Mini re-union suka-suka 2007


Satu kepala bangsa
masa - hari terakhir sebelum Ikhwan berpindah ke ASIS


Gamat
masa - lepas makan ramai2 kat medan sebelum naik bas ting tong ramai2


Semangat gila ambik gambar kat kelas
masa - hari jumaat sebelum semayang jumaat waktu ni SPM tinggal berapa hari lagi...



Biarlah ianya berbicara sendiri
Bicara indah mahupun duka
Telah disama ertikan kembara ini
Aluan yang pernah kita singgahi
Kita harus di sini lagi
Tertawa dengan sepi sendiri
Kerana itulah aspirasi



(tetibe jiwang kan~)






Petang ni aku rasa sangat pelik. Bukan petang ni kot. Tapi minggu ni. Minggu pertama exam week. hari Isnin dan Selasa yang lepas aku baru habis paper Numerical Methods dan Chemical Engineering Thermodynamics yang entah macam apa-apa entah. Berjaya menjawab 5 soalan kedua-duanya tapi entah apa yang aku tulis. Tapi sekurang-kurangnya tulis kan. Manela tau Dr Moulay Rachid yang semart kasik markah lebih sebab tulisan cantik.

Sudahlah acab. Tak penat ke ko buat benda pelik. Makan, tidur, main-main dalam bilik. Buruk perangai. Sudahlah engkau ni banyak kene perli dek perangai ko yang pelik. Entahlah, pelik sangat ke aku ni? (tiba-tiba sensitip kan) Entahlah jiwa aku sekarang rase macam bara. Ada orang tiup sikit dengan mulut yang muncung itik aku dah nak terbakar. Aku memang sangat sangat sangat jarang marah orang. Orang yang kenal aku pun tahu. Tapi kalau aku marah aku perap aja... perap sampai jadik jeruk, tak pun sampai jadik asam. Lepas tu telan lah. Yum yum...

Rasa tak selesa buat aku punya aktiviti seharian macam pelik. Bangun lambat sekarang ni pulak buat aku bengang dan bangang dengan sendiri. Bangun-bangun dah terik. Adei... sakit otak! Jiwa pulak kosong gila. Mungkin lepas ni aku kena totally ubah balik perangai burok tersebut. Next week ada paper lagi. Strength of Material dgn Separation Process. Ye! Aku kena call mak bapak aku lagi. Iyelah sapa lagi nak mengadu kalau bukan kat mak bapak korang. Tapi aku bukan nak mengadu. Aku tak reti nak mengadu. Malu dan tak perlu kot...ko boleh setelkan sendiri. Biasanya aku simpan sendiri lah... tapi bila call mak bapak aku aku rasa berisi. Dapat semangat balik nak melakukan sesuatu dan aku percaya semua orang macam tu kan. So, call sekarang mak bapak korang! Nak kene cubit x call?! Rindu. Benda tu sebenarnya yang membuatkan aku atau korang kalau tiba-tiba buat benda pelik, tidur tak lena sampai terkangkang, makan tak kenyang sampai nak demant nak makan benda-benda pelik, macam KFC lah, PIZZA lah, apa-apa jelah yang sewaktu dengannya.

Apa-apa pun seriously, after aku tulis post ni yang tak berapa panjang dan tak berapa pendek ni buat aku relief sikit. Akhir kata, call lah mak bapak korang~




Aku botak lagi!!!

Ini bukan krisis

krisis ekonomi ke, krisis percintaan ke

Ini bukan permasalahan

masalah hati ke

Ini juga bukan kekecewaan~

Ini juga bukan pasal kewangan

sebab nak jimat penggunaan syampoo, perapi dan sebagainya



Bukan apa, cuma suka-suka sahaja
Orang kata, ikut kata hati
Sebab aku dah bosan berambut 'serabut ikal mayang'
Eh jangan main-main... rambut aku hampir afro...
Tapi itu tak penting
Yang paling penting... dah hilang dah pun

Percaya atau tak, banyak sebenarnya sebab musabab berambut botak
Jangan tak tahu...

Sebab

Mungkin tindakan 'free hair' ni dapat aku rangkumkan sebagai
Fenomena Pencarian Jati Diri
"Be yourself, no matter what they say"
tiba-tiba kan~

Tapi bagi aku ianya betul-betul apa yang aku maksudkan. Aku dah pernah jugak berkepala gondol dulu. Bila aku gondol, aku rasa lebih berkenyakinan. Sebab yelah... ramai ke orang berani dan sanggup membotakkan kepala? Dan pelikkah berkepala gondol?

Aku ingat lagi waktu kecik-kecik dulu. Kalau bapak aku bawak pergi kedai gunting rambut. Ayat feveret bapak aku,
"Semua kasik potong GI..."
Waktu tu aku dengan adik-adik aku redha jelah... yelah bapak bayarkan~
Nak cakap banyak karang habis semua bulu kene potong.
Tapi aku percaya ada reason di sebalik berambut botak iaitu nampak kemas. Waktu kecik-kecik perlu ke berambut mohawk? atau rambut cacak-cacak? Hurmm
Tapi bapak aku pun bekas askar melayu 501, so benda-benda pasal disiplin ni agak tegaslah.
Lebih-lebih lagi pasal rambut...

Pernah dulu aku selalu kot kene kutuk rambut gondol
"botak! botak! botak!botak! botak! botak!"
pergi kantin
"botak! botak! botak!botak! botak! botak!"
pergi depan kedai alat-tulis
"botak! botak! botak!botak! botak! botak!"
pergi jamban
"botak! botak! botak!botak! botak! botak!"

huh! dalam hati "grrrrrr"

Balik rumah tetiba aku senyap
Hampir dua tiga hari laa... waktu tu darjah 2
Tetiba bapak aku tanya sebab ape balik sekolah aje muncung, senyap
Bila bapak tanya, aku pon apa lagi...
mengadu lah..
COTCETCOTCET

Keesokkan harinya, aku ingat lagi kawan aku nama dia adi
budak setempat ngan aku jugak
Dekat aja dengan rumah aku
Tetiba dari jauh panggil aku BOTAKKKK!!!
Bile dia dekat dgn aku, aku pun dengan tenang, menjawab
"BUKAN BAPAK KO BAYARKAN DUIT GUNTING RAMBUT!!!"
Sejak daripada hari tu, sape je yang cuba memanggil aku botak/pendek/ape2 jelah
aku terus balas ayat yang lebih kurang serupa lah...

Sejak tu... aku dah tak muncung dah after balik sekolah. So sapa-sapa yang nak panggil aku botak, panggil lah... I just don't care. kui3



Disini aku ada sertakan sedikit sisipan ilmu bagi sesiapa yang memiliki makhota yang paling berharga iaitu rambut. (sisipan daripada forum bebas)

1. Rambut sangat lurus

Menunjukan seorang yang memiliki pribadi yang bebas, selalu mengikuti keinginan sendiri, berkepribadian kuat, tidak suka kompromi, dan cendrung bangga pada diri sendiri. Dalam memilih pasangan biasanya mereka akan menjadi sangat pemilih dan lebih suka pasangannya tidak mengganggu kesenangan dirinya untuk menyenangkan diri sendiri.

2. Rambut di kepang atau diikat

Menunjukan pribadi yang terbuka dan disukai banyak orang.
Yang mana rambut anda ? Semua yang telah diuraikan diatas masing-masing memiliki kelebihan dan kekurangannya masing-masing dan artikel ini hanya bersifat ramalan , tergantung bagaimana anda menyikapi hasil dari tulisan ini dan semoga dapat menjadi pedoman bagi anda untuk mengoreksi diri sendiri agar dapat berbuat lebih baik dari yang sudah-sudah.

3. Rambut halus tipis seperti bayi

Menunjukan orang yang produktif dalam menelurkan ide-ide yang kreatif. Namun jika mendapat tantangan yang agak sulit mereka akan cepat putus asa dan hidup dalam imajinasinya sendiri.

4. Rambut yang selalu rapi dan tertata dengan baik

Menunjukan orang yang efisien dan bertanggung jawab. Mereka adalah teman curhat yang baik karena penuh dengan pemikiran-pemikiran yang positif. Sayangnya mereka sedikit konservatif.

5. Rambut yang sisiran poninya jatuh ke depan

Menunjukan pribadi yang rasional. Tapi sayangnya mereka mudah terbawa arus dalam pergaulan sehingga harus hati-hati dalam memilih teman agar tidak terbawa ke jalan yang sesat.

6. Rambut yang sisirannya kebelakang.

Menunjukan pribadi yang keras kepala, royal terutama kepada keluarga, suka mengeluh jika keadaan tidak sesuai dengan keinginannya dan akan jadi provokator utama dalam segala hal yang tidak disenanginya.

7. Rambut yang tumbuh jarang diatas dahi

Menunjukan orang yang suka mementingkan kepentingan diri sendiri. Dan mereka mempunyai perhitungan yang matang tentang untung ruginya terhadap apa yang telah mereka lakukan.

8. Rambut halus dan tidak kaku

Menunjukan pribadi yang labil dan mudah terserang penyakit. Mereka cendrung kurang percaya diri. Biasanya mereka memiliki wajah yang rupawan atau setidaknya menarik untuk lawan jenisnya.

9. Rambut jarang dan tipis seperti rambut jagung

Menunjukan orang yang keras kepala, boros dan konsumtif. Mereka biasanya mengikuti perkembangan mode sehingga membuat mereka sangat modis. Bagi wanita yang memiliki rambut seperti ini biasanya terkenal dengan juteknya.

10. Rambut yang sangat kaku

Menunjukan pribadi yang berani, tegas, dan pantang menyerah. Tapi pemikiran mereka agak kolot.

11. Rambut lebat dan subur

Menunjukan pribadi yang pandai dalam berkomunikasi dan banyak akal, tetapi mereka agak sukar ditebak pemikirannya. Dan pribadi mereka akan banyak dipengaruhi oleh didikan dari keluarga. Kalau didikannya jelek maka mereka adalah orang yang susah dipercaya begitu juga sebaliknya.

12. Rambut berwarna sangat hitam

Menunjukan pribadi yang pantang menyerah dan disukai orang. Biasanya mereka pandai merawat diri dan memiliki daya tarik yang sangat tinggi terhadap lawan jenis.Tetapi mereka cendrung susah dalam menilai seseorang.

13. Rambut yang berwarna hitam pudar

Menunjukan pribadi yang tulus tapi pikiran mereka gampang berubah. Mereka cepat mempercayai seseorang sehingga mereka sering disakiti oleh orang-orang yang memanfaatkan ketulusannya.

14. Rambut berwarna hitam berkilau

Menunjukan orang yang suka mengikuti perkembangan ilmu pengetahuan. Mereka mimiliki wawasan yang luas. Dalam percintaan biasanya mereka cendrung terlalu posesif terhadap pasangannya, benar-benar terbalik dari wawasan yang mereka miliki.

15. Rambut berwarna hitam dan agak ikal

Menunjukan pribadi orang yang cerdas tetapi mudah terpengaruh. Mereka biasanya cendrung agak individualis.

16. Rambut hitam, pendek, dan keriting

Menunjukan orang yang suka mengedepankan kekerasan dalam penyelesaian masalah, emosi mereka sangat tidak stabil. Mereka memiliki keinginan yang kuat untuk berhasil tetapi sering mereka gagal karena emosi mereka yang tidak stabil. Jadi bagi yang memiliki rambut seperti ini harus lebih hati-hati dalam menyelesaikan suatu masalah agar dapat berhasil Dalam soal seks mereka jagonya.

17. Rambut hitam, panjang, tebal, dan sangat halus

Jika dia seorang pria maka dia adalah tipe pria yang lembut di luar tetapi tegas di dalam, berhati dingin, moderat, dan menghargai pergaulan. Jika dia seorang wanita kepribadiannya cendrung moderat, mengikuti nalar, tidak mengebu-gebu dalam hal cinta, dan dapat dipercaya.

18. Rambut coklat, panjang, dan halus

Jika dia adalah seorang pria maka umumnya mereka suka akan olahraga, keras kepala, pandangannya fleksibel,suka hal-hal yang unik dan suka bergaul dengan wanita. Jika dia seorang wanita maka mereka adalah tipe yang sangat menyayangi keluarga,lembut, penuh perasaan, dan sensitif.

19. Rambut pirang

Jika pria dia memiliki bakat dibidang tertentu, filosofis, religius, tetapi dalam hal kesehatan mereka agak lemah. Jika dia wanita hampir sama dengan si pria tambahannya adalah mereka sangat menghargai rambutnya, dan menganggap rambut benar-benar mahkota bagi dirinya.

20.Rambut yang sering di cat dengan warna berbeda-beda

Menunjukan pribadi yang bebas tidak suka dikekang,dinamis,menyukai hal-hal baru, petualang, dan cuek abiez. Jika ada salah satu dari warna rambut itu yang dipertahankan cukup lama maka itulah sifatnya yang paling dominan.

21. Rambut yang memiliki banyak kuncir atau aksesoris

Menunjukan pribadi yang rela menghabiskan waktunya untuk memperjuangkan sesuatu yang diinginkannya. Demi hal ini dia sering mengabaikan hal lainnya yang mungkin lebih penting.

22. Rambut botak atau sengaja dibuat botak

Menunjukan seorang pria yang sexy dan senang akan hal-hal yang praktis. Mereka umumnya dapat dipercaya karena mereka tidak berbelit-belit. Kalau terjadi pada seorang wanita berarti wanita tersebut dalam keadaan depresi atau ingin mendapatkan perhatian lebih dari orang-orang disekelilingnya.





Tag daripada Fazly

1. 3 perkara yg anda rasa gila.

1) Memutuskan persahabatan sebab benda bodoh~
2) Makan benda yang sepatutnya tak perlu dimakan
3) Kurang ajar kepada mak bapak sendiri

2. 3 perkara yg boleh buat anda gila.

1) Tiba-tiba dapat inspirasi nak godeh-godeh Photoshop. Boleh sepanjang malam tak tidur.
2) Bila ada orang di sekeliling yang emosional tidak tentu pasal. Agak pantang la... sangat-sangat
trauma dan menyebalkan. Sorry to say. Aku memang tak imune dengan orang sebegini.
Hehe...
3) Hilang kawan

3. 3 perkara gila yg pernah anda lakukan.

1) Marah GILA-GILA dekat seseorang sebab 'dia' marah aku sebab benda bodoh~
2) Cuba jadik pengkaji paranormal dengan member lama (tak percaya sudey)
3) Yang terbaru, jadik 'hairless' / free hair sebab cukur rambut secara tiba-tiba. Dah macam ape entah. Haa... yang itu kita tak tahu.

4. 3 perkara gila yg anda ingin lakukan.

1) Bunuh sesapa yang berlagak kaya tak ingat dunia cerita sana-sini pasal kekayaan sendiri
2) Terbang
3) Menyendiri

5. 3 perkara gila yg anda tidak akan lakukan.

1) Pembedahan panjangkan kaki.
2) Rosakkan kamera digital sendiri.
3) Tukar nama

6. 3 perkara gila yg mencuit hati bagi anda.

1) Baca blog Kak Senduk. Oopsss
2) Bila seorang perempuan pakai botox muka jadik plastik atau lebih teruk jadik berot
3) Orang marah tak tentu pasal




7.45 malam

"meeting ec-hicom cancel malam ni tapi PR nak jumpa discuss pukul 9 kat V5 cafe"

8.00 malam
"ko pegi training tak malam ni?"
"tak kot ade hal, meeting"

8.03 malam
"Syafiq kalau kau dah habis mandi kejut aku eh"

8.15 malam
"Acab, bangun ! oiii..."

8.30 malam
"hurmm nak mandi lah..."

8.45 malam
"owh... PR kan?"

8.55 malam
"Kitaorang ada dekat bahagian kedai western"

9.30 malam
"Tula JAS cerewet sikit haishh.."

10.00 malam
"kau tahu tak ada prob dlm satu department ni... rasa nak ngumpat sikit. hehehe"

10.04 malam
"Er... Fatina, aku pergi dulu eh. Ade meeting kat V2"

10.10 malam
"hye..."

10.20 malam
"V2 dekat bahagian mana?"

10.30 malam
"...ni RM1.50 yang ni RM 1.20...yang ni pulak RM 1.70 yang ni RM 3.00??"

10.32 malam
"acab, blok V3 ada berapa?"

10.40 malam
"Assalammualaikum, bang nak beli hotdog tak mcm kebab pun ada. Hotdog
goreng pon ada"
"hotdog goreng pun ada??"

10.45 malam
"owh... do you want this tuna bread? I'm sure it's not spicy~"

10.55 malam
"acab, blok V3 ada berapa?"

11.00 malam
"Eh! dah habis"

11.10 malam
"ting... kruk-kruk ting ting"

12.00 malam
"semuanya RM189.80.
Haa habis pun...yeahh"

12.30 malam
"jom pergi...aku kat V2 cafe. Ambek aku sekali eh"

12.45 malam
"adeh... penatnya"

1.00 malam
"laa...baru nak ambek"

1.10 malam
"jom! hehehe..."

1.15 malam
"asal diorang lambat..."

1.20 malam
"... dia call tadi. Moto bocor"
"yeke? ko tipu eh...hehhe"
"tayar ke?"
"yelah tayar... takkan rim moto~"
"tak adalah... ingatkan tangki minyak~haha"

1.30 malam
"er...ni dalam pascal berapa?"

1.40 malam
"kak, nak order pat pet kai Fazly~"
"hahahahahahahahaha"

2.00 malam
"Rumah aku tak taula kenapa. Banyak syaitan"
"... kat V1. Perempuan tu macam nyanyi dalam bilik air."
"abang ipar aku ada saka ko tau tak..."
"makcik aku yang syaitan tu... kesian nenek aku. Die mintak sain tau tak"
"muka sama so takut ada orang mintak hutang..."
"... macam dalam drama tv kan??"
"eh jangan celuparlah... dulu ***** jadik macam tulah yang kereta rosak kat McD tu"
"V5 belakang tu..."
"kaki budak perempuan yang kat tandas sebelah undercroft tu.."
"kepala??"
"pasal bomoh aku takut..."
"jom sambung kat bilik"

2.30 malam
"ee... hanjing..."
"aku pernah beroomatekan anjing haha"
"...boleh tak anep?"
"eh jap jap tunggu jap ade benda kat tayar"
"dia tersangkut tak kat tayar? "

2.45 malam
"esok ganti... RM12 ringgit je kot"

3.00 malam
"banyaknya moto tersadai~"
"balik ni nak buat lab report lah. Kene siapkan"
"zapp... zzzzzzzzzzz"
"dia nak datang dah... yeahh"

Jangan lupa hadirkan diri korang tengok bagaimana produksi sebuah teater dijalankan. Di samping itu korang semua boleh menikmati seni pentas dan merehatkan otak. Almaklum dah nak dekat final exam... Jadi, sempena meraikan hari-hari yang bakal ditempuh dalam 'minggu belajar' / study week yang mungkin crucial kot, teater ni diharapkan dapat memberikan inspirasi dan motivasi kepada student UTP terutamanya untuk terus menelaah ye.

Tronoh Theatre Shop



mempersembahkan





Haa... untuk dapatkan tiket, korang semua boleh datang terus ke MPH pada malam 2 dan 3 Mei 2009 atau boleh call budak-budak TTS sendiri atau call


Ainifadhilah || 017-5590530 Anwar || 012-3274462

atau

maklumat lanjut layari www.tronohtheatershop.blogspot.com

Mungkin ramai dah tau tentang Seni Karakter / Typography Art.
Seni karakter ni mungkin aku boleh rangkumkan macam gabungan karakter-karakter huruf/abjad/nombor yang membentuk sebuah hasil seni. Cuma gaya olahannya mngkin berbeza bergantung bentuk pengolahannya. Mungkin dalam bentuk 2D atau 3D.


contoh 3D memang semart... kalau dapat buat memang puas



Aku agak berminat dengan cabang seni ni. Sebab kebanyakkan design yang terhasil ialah dengan gabungan karakter-karakter aje. Haa... cube tengok contoh figure ni.



menarik kan?

boleh buat bentuk penguin lagi.
Kalau dapat belajar betul-betul, boleh buat figure/potret muka sendiri. Macam ni

Tapi for a beginner macam aku, aku sikit-sikit praktikkan mostly dalam poster. Buat suka-suka untuk poster event. Jadik kalau anda diluar sana nak tahu banyak lagi pasal typography ni... godeh-godehlah kt google. Memang banyak design-design yang menarik. Selamat mencuba.


haa... ni design yang menarik bagi aku sebab ada texture plus koordinasi susunan karakter sgt kreatif - sumber


For me, typography is all about simplicity and creativity. Just play with numbers, alphabets as well as symbols. Mungkin juga kita boleh bermain dengan warna. Cabaran seni karakter ni mungkin daripada segi koordinasi atau susunan karakter yang digunakan. Hasil yang lebih menarik ialah dengan menghasilkan sesuatu hasil seni dengan hanya menggunakan karakter secara total! Jadi, tak perlu tunggu esok. Boleh jadikan seni ni macam perencah tambahan dalam hasil seni korang. Mungkin seni karakter ni boleh menambah secukup rasa dalam hasil seni korang? Siapa tahu?

Sampai sini sahaja nampaknya aku dapat share. Jumpa lagi.