Rim berputar tanpa mengendahkan kebocoran tiub tayar yang menyebalkan. Enjin kuasa dua lejang motosikal yang aku tunggang, nampaknya mengaum betul-betul berusaha keras mengheret aku menuju ke bengkel. Kadang-kadang tubuh motosikal secara tiba-tiba ke kiri samping jalan. Sesekali, leher pengemudi motosikal langsung dibalas ke kanan untuk memastikan tidak secara tiba-tiba terbabas ke kiri jalan. Jalan yang sedikit membukit, menambahkan lagi beban seorang lelaki yang sudah jatuh ditimpa tangga macam aku.
Tanpa tidak mempedulikan hujan yang semakin memburuk, aku meneruskan perjalanan untuk menuju ke sebuah mahkamah pengaduan yang aku namakan sebuah bengkel. Jaraknya yang tidak lebih 2 km namun terasa panjang bagaikan setahun.
Rintik-rintik hujan semakin berkurang saat melepasi bumbung bengkel yang ala kadar cukuplah bisa dijadikan teduhan. Kedatangan aku disambut oleh beberapa ekor ayam sedang sibuk mengais-ngais tanah menggunakan tajinya sambil berkokok meriuhkan satu kampung. Aku pun tak tahu apa sebabnya. Ah sudahlah, apa yang penting si abang mekanik berketurunan Batak ada untuk menampal dan memperbaiki tayar yang sudah bocor akibat paku bedebah.
Kelihatan ramai bapak-bapak dan ibu-ibu yang sedang mendukung anak kecil sedang berteduh di bawah bumbung bengkel yang sama. Aku menganggukkan kepala lalu melontarkan senyuman ramah. Hari ini hari Ahad, maka ramai antara mereka yang berpakaian batik dan kemas mungkin baru pulang daripada gereja. Mereka saling berkomunikasi dalam bahasa yang aku tidak faham tetapi gaya tubuh dan lontaran vokalnya menyakinkan aku bahawa mereka ini daripada suku Batak. Kedengaran kasar bunyinya, tetapi antara perbualan mesra atau marah sukar untuk dibezakan walhal mereka sebenarnya tidak marah dan berbual tentang perkara biasa saja.
"Mas, ban saya bocor. Minta tolong ditambal ya." Aku terus membuka helmet dan melabuhkan punggung di atas barisan bangku yang berdekatan.
Kedengaran lagu Judika berjudul Aku Yang Tersakiti yang agak keras yang datang dari rumah kedai di sebelah. Ketukkan drum yang kadang-kadang lambat tempo, sedikit mencacatkan rentak yang aslinya. Rupa-rupanya ada yang jamming di sebelah. Tidak aku sangka, kedai yang berbentuk seakan-akan 'rumah liar' ini ada ruang untuk 'jamming'.
Seorang ibu keluar daripada ruang dalam bengkel dan menatang pinggan terisi sepenumbuk nasi dan seketul ayam goreng tak berkuah apa-apa. Aku yang khayal sedikit mendengar lagu Judika itu tadi disapa untuk makan siang. Aku tersengih membalas sapaan. Suapan demi suapan nasi dan ayam goreng dimasukkan ke dalam mulut dengan posisi kaki bersila di atas bangku. Cukup sederhana tanpa perlu mengendahkan 'table manners' dan suasana cukup alami dengan rintik hujan yang sejuk serta mendamaikan. Aku memerhati betapa kesederhanaan itu membentuk kemurahan hati mereka untuk berkongsi apa yang mereka miliki. Sapaan diterima atau ditolak itu lain cerita. Hidup persaudaraan seperti ini lah yang jarang sekali kita temui di kota-kota besar yang kini menjadikan kebanyakkan warganya berubah jadi lebih materialistik dan individualistik.
1 comment:
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Post a Comment