Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Jok Jok Ijok



...aku rasa sangat tersentuh. Malam tadi kami semua sempat berbuka puasa bersama-sama. Sanggup ponteng berbuka di masjid. Ceyy~ Yelah baru-baru sampai rumah dah nak keluar. Macam kurang elok. Jadi kami semua luangkan masa berbual-bual dengan famili abah dan mama.

Sabtu

Bersahur dengan mama,abah. Siti, along dan angah nampaknya tak terbangun. Biasalah budak-budak kecil. Korang pun macam tu jugak. Haha. Mama banyak masak lauk. Entah kenapa aku selera gila nak menjamah semuanya. Ada lauk rebung masak lemak, Udang sambal, Ikan kering, ayam goreng dan macam-macam lah!

Pagi ni terlibat dengan motivasi budak sekolah rendah agama rakyat di sana. Abah kasi pinjam kereta dia woo. Jadi kami tak berkesempatan berjalan kaki hirup udara segar felda ijok.

Melayan perangai budak-budak kecil memang seronok gila. Aku pun dah jadi macam monyet dah. Haha. Tapi memang menarik bila dapat bonding sesama semua. Acara kemuncak motivasi ini ialah waktu sesi menangis bersama motivator (Abang Hakim and the gang). Owh ada yang kena mintak no telefon dan alamat sekali, tandatangan sekali lepas habis acara~





Ahad
Hari ini memang teruja bila kami semua diangkut macam 'mat indon' dalam traktor. Haha. Menarik! Biasalah budak-budak bila teruja, macam-macam perangai boleh dilihat. Sepanjang perjalanan ke ladang kelapa sawit, sesi bergambar saja lah yang banyak gila. Tapi memang semuanya sporting termasuk ajk kampung dan belia yang terlibat.

Hari ini makan buka puasa ramai-ramai lagi... Dengan Raja~ Sesi basih pinggan mangkuk lepas tu adalah beberapa jemput yang terlibat. Cayalah makcik-makcik yang rajin basuh pinggan.

Macam biasa lepas selesai semua, berkumpul pula di dewan utama. Kerja-kerja PNP. Kerja nak cari idea untuk persembahan pun ada. (nasib baik aku terkecuali kui3)


Isnin

Pagi Isnin, sepatutnya aku dah berseronok tanam terung. Tapi ada kesilapan teknikal terpaksa dibatalkan. Jadi kami semua berjoget! Eh bukan, bersenam aerobik. Atau lebih glamor Poco-poco~

Sebelah petang, majlis formal perasmian penutupan RECMO09. Semua warga kampung berkumpul. Memang meriah sakanlah!

Abah dan Mama pun datang. Kami semua pulang ke UTP dengan hati yang berat. Tak terkata oleh bicara.

Apa-apa pun merasai pengalaman ini sendiri saja lah yang boleh menjelaskan semua. Sebahagian daripada motivasi diri sendiri. Kadang-kadang aku pun teringat kenangan-kenangan susah senang dengan keluarga sendiri. Penamat RECMO ialah ujian-ujian pertama subjek. Haish...~



Jok Jok Jok Ijok


Jok jok jok ijok...

Owh dah sesuai dah masa ini. Dah sampai masa dah. Haha... Test Marathon baru saja selesai tadi. Sempurna ujian-ujian lecturer untuk separuh semester ini. Ujian-ujian dunia pun ada yang sudah reda sedikit. Minggu yang agak mencabar untuk budak engineering yang berperangai seperti monyet. Ujian yang lain tunggu sajalah.

Sekembalinya aku di UTP selepas bermandikan kerinduan keluarga angkat di FELDA Ijok, aku tak sempat nak bercerita betapa indahnya pengalaman di Ijok. Bukan cerita panas politik. Eh, itu pun ada~~ 3 hari 3 malam yang penuh dengan pengalaman baru dan memutarkan balik serebrum aku ke memori waktu kecil dulu.


RECMO VIII 2009 Satu Hati, Satu Destinasi, Satu Realisasi


Jumaat

Sambutan di Dewan Utama FELDA Ijok memang meriah! Macam YB. Paling tersentuh bila pengumuman keluarga angkat diumumkan. Aku rasa terlonjak-lonjak. Paling tersentuh bila melihat sesi pelukan bapa angkat, mak angkat dengan budak-budak ini. Rasa macam berpeluk dengan mak bapak sendiri. Yelah, lama wooo tak balik rumah wooo. Bila difikirkan, adakah kita ini bila bekerja nanti lagi tak ada masa nak balik kampung? Entahlah.

Pengalaman duduk serumah dengan Mama dan Abah perghh... sangat bermakna walaupun terasa sangat singkat nak bermesra. Waktu inilah aku rasa bertambah dekat dengan manusia. Yelah memang target semester ini adalah untuk bersosial. (Jangan gelak terbahak-bahak) Masing-masing ada objektif masing-masing. RECMO 09 sudah berakhir tapi tautan kasih itu semoga tak berakhir lah ye. Waktu tu aku tak sabar nak balik rumah keluarga angkat.

Kami tiba di Ijok dalam cuaca lepas hujan. Jadi bayangkan bila tiba di rumah Mama dan Abah (abah man), terus abah cerita pasal rumah habis banjir dek zink atap terbang sebab ribut hujan. Rumah yang sederhana, tapi aku suka dengan reka bentuk rumah kampung berkolong. Tapi malang. Rumah abah dan mama dah dimakan anai-anai dan reput sedikit di bahagian tertentu. Jadi ada bahagian tingkat atas tempat kami tidur, kayunya dah melendut. Aku jadi terus banyak berbual rapat dengan abah dan mama sebab aku sangat sangat sangat mahu mengisi kemeriahan dalam rumah tu. Abah dan mama sudi berkongsi banyak cerita pengalaman hidup yang betul-betul buat aku sedar realiti dunia yang bukan ada dalam drama aja atau pun teater~.


Paling seronok bila dapat bergurau dengan 3 orang anak mama. Meriah! Malam pertama di dalam rumah mama, banyak yang aku perhatikan. Termasuk ruang tamu mama, dapur mama, tandas mama, bumbung mama, foto-foto mama... aku... (bersambung)

Foto siti (anak ketiga mama).Mama tengah potong kuku dia. Dia ni memang manja.







Tahniahlah...

Seriously gua rasa nak mencarut sekarang ni. Tapi gua tak reti nak mencarut.Persetan dengan emosional. Manusia memang ada perasaan kecewa dan rasa sakit hati malah sedih. Perlu meluahkan yang tersimpan. Tapi setakat ini tak ada lagi orang yang kena jadi bahan carutan gua. Gua suka simpan sebab tak nak orang kena pisau toreh. Karang kalau dah terkena habislah rosak manusia. Gua rasa gua kena banyak lagi bersabar. Gua tak suka marah-marah orang macam sesetengah orang, malah yang paling teruk menyusahkan orang lain akibat nafsu amarah. Gua pun manusia. Tak sempurna. Jadi memahamilah pengertian manusia itu yang ada dua tangan sahaja secara normalnya. Gua bukan mesin fotostat atau robot atau kipas berpusing 24 jam atau pencetak warna berjenama Canon. Gua memang agak berlembut tapi jangan ambil kesempatan terhadap gua. Gua dah tak tahu nak kata apa. Gua berdoa supaya gua selalu bersabar dengan semua yang berlaku dan bakal berlaku. Melupakan dan memperbaiki diri adalah pilihan. Minta maaf sekiranya ada salah dan silap gua dalam bersosial. Gua rasa gua orang kurang upaya. Kalau lu rasa lu orang sangat sempurna... tahniahlah.