Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Mengaum Grrrr...

Tarianku adalah Sang Mahabhrata menangisi silamnya
Di sini lah cermin hidup kita

Sekadar berkongsi dengan pandangan dan impian yang sedikit terlaksana. Mengaum sebentar dengan keterujaan.

Aku selalunya menggerakkan kaki untuk tujuan sesuatu. Bila berpijak di atas tanah orang, walaupun untuk kali kedua, ketiga atau keempat, itu adalah kali pertamaku pastinya. Sejak kecil rumah aku tak berganjak. Jika berganjak, punggungku pasti tidak berganjak. Terbatu menunggu masa-masa akan datang. Sampai masanya nanti. Tapi aku suka melompat. Tinggi beribu kaki selagi mampu. Walaupun tidak berpijak di atas tanah, tapi aku tahu aku perlu berpijak di atas tanah untuk fasa-fasa seterusnya.

Kisah di Pulau Mutiara membuka lembaran muka buku baru setelah melihat kota bergaya. Tempoh rancangannya pendek amat, lantas yang diperoleh terlalu besar nilainya.

Begitu juga perjalanan ke Machang yang penuh keterujaan. Sawah padi indah membuka minda. Itik-itik berenang pulang, aku girang. Bubur Assyura pelengkap segalanya diselangi ramah tawa sekeliling warga tak henti bicara. Segenap hati ini telah terjawab betapa jika dituruti kemahuan dan impian, puas terasa akan berpanjangan. Dua malam di pantai Timur. Angin malam wakaf Che Yeh menghunus sel-sel durjana yang sepi. Aku bertiga berjalan mencari sesuatu yang belum diketahui. Sudah pasti kalau diketahui tidak sempurna pencarian. Ini ada berita gembira kerana bertemu pelbagai cerita. Lebih-lebih lagi orang tua di dalam beca. Tidak sedar rasanya sedang nyenyak dibuai angin Kota Bharu. Saat ini telah membuka hati sebesar-besarnya tentang yang tua tiadalah guna anak, jika masih menghempas tulang empat kerat. Memang gempar malam itu dengan beberapa pertemuan yang biarlah aku simpan. Kisah ini sudah lama. Bulan 1 lepas.


Naik kapal terbang empat roda chare!

Memang cantik Bukit Titiwangsa



Sawah padi dalam hati


Mereka dah tanam impian nak jadi model



Pakcik Beca Kota Bharu


Tasik Banding dengan gaya yang sama setiap masa


Manis macam bubur Assyura



Ada orang kata, tiadalah guna aku berkata berbahasa dengan bangsa-bangsi segala. Benar-benar terkedu menghilangkan rasa ini. Abstrak buat aku tak jelak. Mereka pun pernah tergelak. Sudah lama rasanya.

Cuti beberapa hari membuatkan masa tiada kekangan. Penuhi masa dengan kenangan dan bertemu kembali yang ditinggalkan sekejap masa lalu. Hari ini hari kedua terakhir sebelum kembali di pusat. Tiba-tiba jari-jemari rajin menghentak papan kekunci. Satu-persatu blok kekunci dan aku masih menunggu untuk beraksi.

Aku ke Pulau Mutiara tiadalah pasti lagi nanti. Sedikit dan sesuatu merisaukan fikiran. Aku perlu memilih yang satu untuk tidak terharu. Melepaskan yang digenggam memang sukar. Jari-jemari mungkin letih, tapi buka jiwa.

Selamat tahun baru Cina! Mengaum tahun ini dengan keberanian dan keterujaan.


6 comments:

Akin Muhammad said...

gambar ayam2 tu paling cantik!

Asyraf Maskan said...

yg tgh2 tu mak ayam...
usop mmg suka ayam2 ni kan?? haha

Unknown said...

angse kot? hahahaha

Asyraf Maskan said...

eh ni itik spesis ape ntah. aku pn ingtkan angsa tapi org kg sana ckp itik tut... aku kurang jelas diorg ckp dlm klate

Tg.A said...

sume gamba cantek sangat. suke. :)

k e r e p e k t e m p e said...

tq tgku anis :)