Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Batang-batang Hidung



Selain mandi, gosok gigi, cungkil gigi, menatap laptop sampai 4 pagi, dan mengenang kembali memori, tak ada aktiviti menarik yang dapat dibuat di dalam bilik ini. Yang ada ialah oksigen dan lagu Halimah Jongang yang berulang hampir 10 kali sebagai petanda dah khatam semua lagu dalam mp3 roomate. Lagu kegemaran aku ialah Trauma - nyanyian Elite. Trauma duduk bilik. Terkulai-kulai macam tuala yang aku jemur dalam bilik. Bila aku tengok tuala aku, aku terbayang aku. Bila aku tengok aku, aku nampak tualau terkulai. Macam itu lah analoginya.

Kalau sudah terbiasa dengan tabiat masuk bilik untuk tidur sahaja memang begitu. Haprak tapi yang di luar menjanjikan sesuatu yang tak ada dalam kelas. Tak ada dalam pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman yang sangat berharga dan rugi kalau kita tidak mengejarnya. Ternyata memang tak salah. Salah siapa cakap salah.

Nasib baik ada facebook dan hiburan sampingan seperti bunyi-bunyi kicauan burung dan hentaman daun pintu. Yang beratur di hadapan aku ialah tugas-tugas wajib pelajar yang menarik. Sebab itu dengan pemikiran yang pantas, tuntas, aku terus terfikir bercadang untuk ambil kursus kesenian mungkin dalam bidang seni abstrak atau grafik atau teater. Haha. Waktu yang paling tepat ialah waktu aku sudah sangat matang.

Bila difikirkan balik, tidak mustahil rasanya. Peribadi aku sendiri mendambakan benda-benda berbentuk begini. Hadiah yang paling berharga ialah kepuasan menghayati hasil seni. Bila puas, manusia cenderung mendapat hampir 100% motivasi dalam diri. Secara peribadi, aku cenderung teruja dengan hasil-hasil seni tidak kira dalam bentuk apa jua sekalipun. Sehinggakan bunyi pun aku hargai dalam bentuk seni.

Tetapi mungkin aku tidak terlalu obses sehinggakan orang melabel aku penagih seni.

Bidang-bidang sebegini selalunya diperkecilkan atas alasan tidak menjamin kehidupan yang berbentuk kemewahan. Atau lebih tepat tidak jamin dapat mandi dengan harta kekayaan. Cuba untuk berbagi masa dengan yang aku dah lama tak jumpa batang hidung mereka. Batang-batang hidung TTS.

No comments: