Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Memenuhi Ruang

Semalam kelkatu sibuk memenuhi ruang. Hei kelkatu, kau bukan gas untuk memenuhi ruang, kau pepejal atau molekul kompleks! Ketika itu memang seperti biasa setiap hujung minggu, ruang menjadi luas, aku satu-satunya jasad kompleks, terbaring menghadap komputer raba eh! riba.

Sambil berselimut, aku dengarkan bunyi katak memanggil hujan. Selamat datang kesunyian, tapi aku tak menyambutnya pun. Mungkin beberapa entri aku baru-baru ini asyik berbual pasal kesunyian (bila tiba hujung minggu lah). Bila fikir balik, kalaulah nanti beberapa dekad akan datang, aku tiada siapa-siapa, aku kena juga biasakan diri begini. Ini agaknya teknik latihan yang Dia berikan untuk masa akan datang.

Mungkin aku kena bijak memenuhi ruang. Terima kasih kelkatu.

4 comments:

Half said...

kelkatu tu da memenuhi ruang rambut ko dah

k e r e p e k t e m p e said...

mereka tersangkut

Hazwan Arif said...

kawen cepat2

k e r e p e k t e m p e said...

memenuhi ruang pelamin haha bagus gak tu. eh tapi entri ni bukan desperate nak kawen haha