Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Merayap Episod Banjir


"Ilmu yang tidak diamalkan, ibarat pokok yang tidak berbuah." 

Sebuah kata-kata yang terpampang di salah sebuah pondok atau teduhan yang hampir ranap akibat kesan banjir di sebuah Maahad Tahfiz mahadi. Melewati jalan masuk ke kampung yang betul-betul terbina di dalam kawasan paya dan hampir dengan Sungai Pahang ini, memberikan sedikit gambaran betapa besar kesan banjir dua minggu lalu walaupun tidak seteruk di Kualau Krai dan Gua Musang. 

Berbekalkan tiga Water Jet 60 bar, boot plastik dan pemberus lantai, misi pada dua hari ini adalah untuk meringankan beban mangsa banjir yang rata-rata daripada golongan kanak-kanak Tahfiz Kemboja dan orang tua atau orang tua yang tinggal di pondok-pondok kecil, yang disediakan khusus buat mereka yang ingin mendalami ilmu agama dan Al-quran khususnya. Walaupun sepanjang pemerhatian, ramai lagi NGO yang sudah datang dan sedia untuk membantu membersihkan serta mengagihkan barangan keperluan buat semua mangsa. Tetapi ini merupakan salah satu lokasi banjir yang kurang mendapat perhatian para sukarelawan. 

Banyak perkara yang aku belajar dalam tempoh dua hari ini iaitu,

1. Bergerak bebas tanpa atas nama NGO terdaftar rasmi, juga adalah sesuatu yang tidak mustahil buat sesiapa sahaja yang ingin melibatkan diri dalam sukarelawan tetapi dengan identiti sendiri atau tidak terikat dengan mana-mana badan politik dan organisasi.

2. Target misi bantuan skala kecil ini adalah memfokuskan kepada lokasi mangsa banjir yang kurang mendapat perhatian orang ramai dan media massa. Apatah lagi yang hendak diharapkan kepada media massa Malaysia yang lambat dan agaknya terlalu segan untuk memaparkan kes-kes banjir yang diklasifikasikan teruk dalam sejarah Malaysia. Membuat keterangan bahawa "semuanya masih di bawah kawalan" adalah jawapan paling diplomatik tetapi bodoh jika foto dan sedutan di dalam laporan televisyen adalah wayang semata-mata.

Berterima kasih kepada saudara Mohd Zhafir terutamanya yang sudi memberikan tempat teduh untuk kami serta memberikan layanan terlalu mewah sehinggakan sanggup menyajikan ikan patin masak tempoyak. Kagum dengan semangat anak muda yang aku baru kenal ini rata-rata merupakan alumni UMP dan mereka sangat menyambut orang asing seperti aku. Sesungguhnya pagkat memangnya tidak menentukan taraf hidup manusia di sisi Tuhan. Aku bertuah dapat mengenali saudara-saudara baru ini yang tidak berhenti menyumbangkan tenaga muda untuk membantu orang lain. Terinspirasi. 

No comments: