Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Nora the Nenek

Sejurus menekan butang 'like' pada status seorang teman di Facebook, aku terus mengumpul azam untuk menulis tentang seorang yang bernama Nora. Kopi beli-satu-percuma-satu yang aku beli tadi menjadi dadah untuk menulis tentang Nora malam ini juga! 

Suka untuk aku panggil Nora tanpa gelaran Makcik walaupun usianya sudah mencecah 76 tahun, seorang nenek kepada dua orang cucu perempuan kembar dan memiliki kedutan di wajah bagai sutera dironyok halus. Biarlah penceritaan aku di beberapa penrenggan seterusnya ini akan menjelaskan sebab musababnya. 

Kalau kau jumpa Nora, kau orang mesti nak jadi tua macam dia. 

Setibanya di kaunter imigrasi Malaysia, aku terus melulu ke mesin pengimbas automatik yang paling kiri sekali disebabkan barisan manusia tidak terlalu panjang dan rasa menyampah untuk berbaris seperti ular kena palu di barisan yang lain. Taktik yang aku dapat setelah setiap minggu melakukan rutin yang sama melewati checkpoint yang sama. Baru sahaja tadi, seorang perempuan mengherdik seorang pegawai imigrasi kerana tidak berada di kaunter pemantau mesin pengimbas automatik.

(Bersambung)

No comments: