Seperti biasa, banyak perkara yang dikeluhkan ke atas hal-hal yang belum dicapai pada tahun sebelumnya dan ramai yang sibuk membuat status azam tahun baru dalam laman Facebook, Twitter, Instagram dan segala bentuk media sosial yang ada pada masa kini. Sudah 9 Januari 2019, tetapi aku masih belum sempat duduk sendiri dan berfikir soal perancangan tahun ini.
Lagu dendangan Tahun Baru Cina sudah berkumandang di sini, tempat aku mengasingkan diri seketika dari rumah. Sudah 7 hari aku pulang ke kampung dan berasa puas kerana dapat betul-betul melabuhkan tubuh untuk berehat daripada kesibukkan kerja. Lebih 5 bulan aku berada dalam fasa santai dalam tugas komersil bagi mendapatkan projek baru. Secara drastik, aku dicampakkan ke dalam fasa tak cukup tangan menguruskan persediaan kapal untuk mengharungi 'offshore campaign'. Aku bukannya orang penting. Tetapi cuma bidan terjun menggantikan kekurangan orang dalam projek tersebut. Maka 200 peratus perhatian tertumpu kepada aku dan ahli pasukan yang lain. Secara jujur, aku sangat bersyukur berada dalam zon merah ini berbanding zon selesa yang terkadang menjemukan. Apa jua yang Tuhan berikan ketika ini, aku kena hadapi dan nikmatinya sebelum menjadi tiada.
Belum sempat aku sarungkan topi keselamatan dan boot, Ary duduk di sebelah aku, di atas peti aluminium berisi alat-alat navigasi dan sebelumnya dia menyapu habuk-habuk serta bekas minyak pelincir dengan sarung tangannya. Seperti itulah sebagaimana fikirannya harus dibersihkan daripada berfikir soal kerja. Dia perlukan istirahat, begitu juga aku. Aku faham dia betul-betul hendak turun kapal dan pulang ke tanah air sebelum aku. Mungkin kerana telah terlalu letih dek kerana menghabiskan tenaga sehari-hari pulang lewat di pejabat, kemudian menyambung tanpa henti menempatkan diri di lapangan. Ary merupakan orang yang 'bertanggungjawab' menjadi jambatan untuk aku menyeberang ke dalam projek ini. Aku tidak salahkan dia, tetapi aku berterima kasih. Walaupun ini terlalu drastik untuk aku.
Satu-satunya hal yang membuatkan aku melonjak gembira menjelang tahun baru ialah berpeluang mendapatkan hadiah 'Safety Award' berupa sebuah pembesar suara berjenama JBL! Bukan apa, sudah lama juga aku berniat untuk memiliki benda alah ini untuk memecahkan kesunyian bilik sewa aku. Aku bukan penggemar muzik tegar, cuma muzik bagi aku ialah penyedap halwa telinga yang boleh mewujudkan emosi yang tepat sebagaimana yang aku perlukan pada ketika itu. Yang penting lirik lagu bukan lirik sampah. Tadi yang pertama. Yang kedua, sudah jarang sekali aku dapat bertahan untuk menonton filem pada ketika ini kerana ianya adalah sebuah komitmen. Sensasi itu tiada lagi. Mungkin kerana sudah bosan atau sudah cukup tua untuk hiburan-hiburan seperti ini.
Aku perlu akur bahawa tahun 2018 telah memberikan aku banyak peluang untuk mencuba perkara baru yang sebelum ini hanya dalam angan-angan.
Bermula daripada pertukaran perkhidmatan aku ke ibu kota Malaysia, telah banyak pintu-pintu peluang dibuka termasuklah
Melukis di atas dinding
Belajar melukis dan melakar
Couchsurfing
Mengajar
Wall climbing
Belajar percetakkan baju
Menerbitkan sebuah buku
No comments:
Post a Comment