Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Kampung


Sedang menghirup mee sup warong Pattani di Balok dan aku terdengar sorakkan kuat penyokong pasukan harimau Malaya. Vietnam dan Malaya berperang dalam konsep ini memang nampak pelik sebab nampak pemain-pemain rasa tak puas hati. Kemudian semua orang yang sedang bersorak tadi menumpukan biji bola mata mereka ke arah sesuatu. Kelihatan seorang pakcik berbangsa India dan anaknya seperti Aishwara Rai barangkali, menyusul masuk ke warong Pattani itu. Tak sudah-sudah abang-abang di meja hadapan aku ini tergelak kecil seperti mentertawakan sesuatu.

Bagi aku, tak pelik pun kalau ada pengunjung warong itu berbangsa India masuk untuk buat pesanan makanan. Kau tahu tak Malaysia ini berbilang kaum?

Kemudian pasangan ayah dan anak itu duduk di meja sebelah aku dan memberi pesanan. Si ayah mungkin perasan gelak kecil abang-abang di meja hadapan aku ini. Kemudian anaknya yang macam Aishwara Rai tadi memanggil semula tauke kedai tadi. 10 minit selepas itu, 4 bungkusan plastik tiba di meja mereka. Kemudian mereka berlalu pergi dengan kadar segera.

Sedihnya apabila ada juga masyarakat yang tidak berfikiran terbuka lagi. Masih terkuncup payung fikiran dan takut-takut berkarat tetulang rangkanya. Jual kedai besi buruk pun tak laku. Malangnya tabiat suka stereotaip ini bukan sahaja membangkitkan nilai-nilai rasist dalam masyarakat, malah bangsa sendiri pun turut terpalit. Alamak berbunyi Namewee pula hehe. Semangat kenegerian yang terlalu tinggi contohnya, bakal merosakkan bangsa sendiri. Bangsa apa? Bangsa Malaysia lah (kononnya).

Kalau dicampakkan sebilangan daripada mereka ini di negara Russia, New Zealand, Pakistan, India Selatan umpamanya mungkin itu akan membuatkan mereka mula membuka pemikiran yang masih kekampungan itu. Jangan bangga sangat dengan hak ketuanan itu. Buktikan. Eh, aku pun orang kampung juga, Kampung Melayu hehehehehe.

Walaubagaimanapun, 3-0 Tahniah!

2 comments:

Naim Zin said...

Kita kena tukar nama kampung kita la ayap.

Kampung Insan ke. Kampung Manusia ke.

Jom hantar petisyen(adalah pulak orang nak sign). hahaha

k e r e p e k t e m p e said...

Bagus idea datok. Kampung Kemanusiaan lagi ok kot haha. Tak payah sign, kita beratur ramai2 hantar kat istana johor kah3