Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Bau Rumput Segar Selepas Dipotong


Bau rumput segar selepas dipotong. Salah satu bau yang menjadi penghargaan seperti nikmat segarnya udara yang dihidu seperti masa lalu. Abah tak pernah berkerut bila sanggup berpanas hujan untuk mendapatkan duit lebih. Duit lebih itu pun untuk menyara kami, anak-anaknya yang masih setahun jagung ini. Pekerjaan sampingan abah memotong rumput di rumah orang. Siangnya, pekerjaan tetap abah tetap sama. Upah memotong rumput walaupun tidaklah sebesar upah bekerja dalam pejabat yang berhawa dingin, tetapi bisa mencukupkan makan dan minum kami. Terima kasih abah sebab memberikan peluang kepada anak-anaknya untuk merasai pengalaman memotong rumput. Memegang kayu penyapu berjeriji besi, mengangkut timbunan rumput atas canvas dan mencabut anak-anak rumput di sekeliling halaman rumah orang. Memang penat tapi gembira melakukannya walaupun masih kecil, sudah terbiasa dengan semua itu. Cuma, kadang-kadang tidaklah berpuas hati kerana terpaksa mengorbankan masa bermain pada waktu petang untuk membuat semua itu. Abah sebenarnya mahu anak-anak merasai susah bersama-sama supaya nanti, anak-anak benar-benar kenal bau rumput segar selepas dipotong.

4 comments:

penaberkala said...

kita punya pengalaman yang sama, cuma cerita yang berbeza
ak pun sempat ke bendang dulu
tanam padinya tidak seberapa, tapi berendam je lah yang lama,haha
tapi itu cukup
sekadar pengalaman, sekadar ingatan bahawasanya bukan senang untuk senang

kerepektempeartstudio said...

untuk berkongsi rasa. waktu kecik dulu terlalu ego untuk menyatakan semua ni haha. :)

mohammad khazaidi bin kamaruddin said...

:(

k e r e p e k t e m p e said...

:)