Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Kau sedut udara yang aku hembus, aku sedut balik udara yang kau hembus


Cukuplah dengan ayat-ayat manusia pada hari ini. Benarkan aku mengicau. Ayat manusia kadang-kadang membunga sampai kau boleh tercium bau wanginya. Kadang-kadang aku salahkan teknologi sebab apa yang ditulis susah nak gambarkan apa emosi manusia pada ketika itu. Haha. Hari ini aku terkena dengan teka-teki emosi manusia dengan ayat-ayat mereka dalam ruang teknologi seperti sms dan komen di Facebook. Lahai, kadang-kadang rasa nak kembali semula seperti dulu, kalau apa-apa jumpa atau cakap terus depan muka. Cakap betul-betul sambil hidung bertemu hidung. Kau sedut udara yang aku hembus, aku sedut balik udara yang kau hembus, dalam masa yang sama.

3 comments:

penaberkala said...

aku setuju dengan ayat ni
"Kadang-kadang aku salahkan teknologi sebab apa yang ditulis susah nak gambarkan apa emosi manusia pada ketika itu"

kadang2, ayat yg kita tulis bersahaja, orang fikir kita marah
ayat yg kita marah, org fikir kita bergurau
teknologi membutakan emosi,haha

p/s: nape x gi smalam cab? igt ko join skali

Amin Baek said...

tepat...dan benar..

padat dan tepat..

[ acabond ] said...

amin& nua: hoho begitulah sekarang ni zaman tknologi. haha aku ttiba ada kena gi kedai buat banner bunting. rugi tak dapat join. sori korang mcm merosakkan plan dan mengurangkan orang haha