Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Nisbah Perasaan 3:3:3:1

Di sini, memang terlalu banyak repekkan aku. Terima kasih Twitter. Blog ini adalah huraian kepada perkara yang aku repekkan. Tuntutan teknologi. Apa yang berlaku sekarang lah, kau kena kemaskini dengan perkara semasa. Hidup, hidup! Mahasiswa! (gitu)

Rasanya dah berulang kali aku putarkan lagu yang bertajuk Lagu - Bedroom Sanctuary, dalam bilik yang panas untuk tempoh masa sekarang. Matahari terlalu garang! Oh yang tadi, mungkin sebab rentak reggae dalam lagu ini yang boleh buat kepala aku menari-nari. Memang boleh bawa kau jauh ke mimpi khayalan yang aku ada seorang awek (peh!) dalam hidup kau, merujuk kepada bait bait lirik lagu ini lah. Itu sebab yang pertama, untuk sebab yang kedua, mungkin sejak akhir-akhir ini, hidup aku dipenuhi dengan perkara yang sweet sweet belaka. Tapi serious, tak ada satu pun pasal awek. Sebab kalau kau gatal sangat nak kahwin, gosok baju kahwin awal-awal. Ya, sekarang. 

Sebenarnya aku ada beberapa hari lagi untuk tinggalkan title sebagai seorang pelajar-makan-suap. Setiap bulan asyik disuap dengan biasiswa/pinjaman. Selepas beberapa hari saja lagi, aku dah kena pandai cari makan sendiri. Takkan nak songlap duit mak bapak lagi kan kan kan? Jadi, secara realitinya aku sedang memainkan watak 30% sedih, 30% gembira, 30% teruja dan dalam masa yang sama, 10% rasa takut untuk menghadapi masa depan. Nisbah 3:3:3:1 ini aku percaya ada dalam perasaan kawan-kawan aku sekarang. Kalau kau tanya apa yang aku nak buat lepas bergraduasi? Dapat kerja dan dapat kehidupan yang bahagia untuk bahagiakan mak bapak, lahai. Tak apalah, tak poyo pun kalau korang ada niat macam ini, tak salah diucapkan. 


Mungkin aku kena cepat mula buat bisnes jual barang sambil mencari lubuk kerja. Bisnes buat design aku rasa, aku belum cukup matang lagi. Sikit-sikit boleh lah kot. Semoga cuti selepas bergraduasi ini bersifat proaktif. Doa untuk kawan-kawan juga. Oh untuk tahun baru Georgian ini, aku punya azam ada tiga rukun:


1. Bahagiakan orang tua dengan kuasa dua
2. Kawan lebih ramai, kawan lebih rapat
3. Berjiwa survival 

2 comments:

Izz Amri said...

3:3:3:1.. bahagia lecturer sbb anak muridnya pandai buat aplikasi maths dalam kehidupan seharian yang bersandarkan perasaan :P

Asyraf Maskan said...

haha assumption je, takde calculation. sebab perasaan ni subjektif, cewahhh