Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Nur Kasih... wah wah wah Kabir Bhatia semart



Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih






scene intro trailer ni sgt simbolik

Pengarah: Kabir Bhatia (Kekasihku Seru, Sepi, Cinta)
Penulis Skrip: Mira Mustaffa (Cinta)
Lagu Tema: Nur Kasih - Yasin & Eena Houzyana

Pelakon:
Fizz Fairuz as Aidil
Remy Ishaq As Adam
Tiz Zaqyah Razak as Nur Amina
Sharifah Sofea as Katrina
Jalaluddin Hassan as Ustaz Hassan
Liza Othman as Hajah Khadijah
Umi Nazeera as Siti Sarah
Sheila Mambo as Mak Ani
Rahim Omar as Imam Abu Bakar
Ayu Raudhah as Aliya

Sinopsis:
Nur Kasih mengisahkan dua beradik, Aidil dan Adam, yang mempunyai karaktor yang sangat berbeza. Aidil seorang anak yang akur kepada segala perintah ibu bapanya, penyabar dan cukup menyayangi adiknya. Dia mengambil jurusan undang-undang di Universiti Al-Azhar, Mesir dan bercita-cita untuk menjadi seorang peguam syariah. Adam pula hidup dalam suasana yang penuh eksotik di Australia, mengambil jurusan seni bina dan bercita-cita besar untuk membuka firma seni bina sendiri di Sydney. Adam seorang yang berdikari dan tegas dalam setiap keputusan yang diambil dalam hidupnya.

Ternyata anak-anak Ustaz Hassan dan Hajjah Khadijah ini sama-sama berjaya dalam pelajaran tetapi hanya seorang yang mendapat kepercayaan penuh oleh ibu bapa sendiri. Ustaz Hassan berkawan baik dengan imam kampung, Ustaz Abu Bakar, yang mempunyai dua orang anak perempuan, Nur Amina dan Siti Sarah. Nur seorang pelajar terbaik di kampungnya dan bercita-cita tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti. Malangnya keluarga Nur tidak mampu untuk menanggung perbelanjaan tetapi dia tetap berusaha untuk memohon pinjaman dan biasiswa tetapi malang tetap menimpa apabila dia menerima kunjungan peminangan Ustaz Hassan.

Ustaz Hassan bertanya kepada Aidil siapakah wanita pilihannya untuk dijadikan isteri. Aidil tanpa berfikir panjang terus menyatakan minatnya terhadap Nur Amina. Tetapi keputusan yang diambil Ustaz Hassan semasa hari peminangan mengejutkan keluarganya kerana dia memutuskan Adam untuk memperisterikan Nur Amina, bukan Aidil. Walaupun kecewa, Aidil tetap bersabar dan memahami niat baik ayahnya yang cuba untuk menolong Adam. Aidil yang sangat mengambil berat tentang adiknya sentiasa memberi nasihat untuk tidak melawan kehendak ibu dan ayahnya yang semakin tenat serta tidak mensia-siakan isteri dan perempuan seperti Nur Amina.

Masa berlalu… Dengan berbekalkan perasaan sedih kerana kehilangan seorang ayah dan gadis yang dicintai, Aidil tetap meneruskan kehidupannya sebagai seorang peguam di mahkamah negeri. Adam pula berhijrah kembali ke Australia untuk meneruskan pengajian dan berjumpa dengan kekasih hati, Katrina. Nur ditinggalkan dan hidup dalam penipuan terhadap ibu bapanya yang mempercayai dia mengikut suami berhijrah ke Australia walhal kini hidup sendirian di Kuala Lumpur. Tetapi ini tidak menjadikan penghalang baginya untuk memegang segulung ijazah dalam jurusan seni bina di salah sebuah universiti terkemuka di Kuala Lumpur.

Oleh kerana terlalu gah dengan kehidupan di negara orang, arwah ayah dipersoalkan, ibu di kampung dilupakan, isteri sendiri diabaikan. Pelbagai masalah yang dilakukan oleh Adam tanpa menyedari akibatnya yang akan memakan diri sendiri. Adam tetap mengamalkan tabiat buruknya yang cukup untuk memesongkan diri dari agama. Dan kerana nafsu, dia berkahwin dengan Katrina tanpa memberitahu hal sebenar tentang isteri yang telah dibiarkan. Segalanya berubah apabila kemalangan tragik berlaku yang melibatkan Adam dan Katrina. Apakah kesudahan drama ini?

untuk lebih lanjut layari http://www.tv3.com.my/nurkasih/episodic/

hehehehe jangan lupa tengok Cerita garapan Kabir Bhatia ni kompom best! TV3 9.00malam Jumaat .


14 comments:

nifi a.k.a beliamuda said...

ko tengok gak ke citer ni?

Asyraf Maskan said...

a'ah tgok tapi ada tinggal satu episod la..stat tgok kt rumh. kt bilik member ni ada tv so bolehla tgok. Ko mesti tgok kan

nifi a.k.a beliamuda said...

tgk gak la.. tu pun terlepas ep.. alah, dalam youtube ada kan..

k e r e p e k t e m p e said...

a'ah ada tapi tak clear sgt.. tapi ok je kalau tgok yg dah trlepas tu

along rufaidah said...

yeah...best2 nur kasih ni
ramai jgk yg layan rupanya

ala..kalau terlepas tgk je la kt website tv3 tu..clear jek. kdg2 tak terlepas pun tgk lg kt situ...saje best ulang2...and clear n laju je walau kt utp pun..dh test dh hr tu.

ni pun terlepas episod jumaat lepas (kt KL time tu)...so nk kena tgk kt website la.

tp org kate lambt lg kan nk hbs? jenguh la nk tunggu tiap minggu cmtu..

Pemerhati Penang said...

semua ada 23 episodes...
kena endure lah...
hmm... aku habis blajar kat utp pn x habis lg cerita ni...

mmg best, lagipun salah seorang penulis skrip drama ni mak saudara-pupu aku... (:-P)

k e r e p e k t e m p e said...

rufai : a'ah best2... tapi mmg tak puas tgok sekali.haha

helhal: wah 23 episod eh! hurmm menarik... takpe boleh sambung kt umah hehe

mmg jln cerita dia based on sinopsis cukup menarik. yg pntg mesej dia agak berat, tapi lakonan diorang simbolik.

Unknown said...

yes.. sgt bes... mayb sbb gaye2 novel.. klo xslh writer die sharifah abu salem... mmg tiptop r cite2 bliau.. ak pon dh trlepas 2 episod.. xsempat lg nk tgk.. lagu bes, cte bes.. plakon bes except da 1 who pegang watak adam 2.. xtau r.. mmg xbape brkenan dgn die kot not bcz of da role.. wt rse cm xbape bes ble tgk cite ni.. tp nk wt cmne.. die men character.. kne endure r..huhu

k e r e p e k t e m p e said...

owh remi ishak ke ? haha mgkin die in character betul.. sebab tu watak die mmg buat org tak suke.. sosial sgt.haha... papepon the 4 main characters ada kaitan kuat antara satu sama lain. watak gedik keanak2kan siti sarah menjadik wlpn supporting artis. yg penting layaaannnn cite ni :)

along rufaidah said...

watak gedik keanak2kan siti sarah >> hehe..semua org memperakui kegedikan beliau...igtkan kami adik beradik je tak suka..ktorg semua mcm "Aih..die ni cacat ke ape...gedik pelik semacam"

Asyraf Maskan said...

hahahaha tapi menjadi lahhh... kadang2 dia mcm watak antagonis, kdg2 protagonis... memang pandai dia main kt situ.

wah best gila tgok cite ni ngan adik bradek

Cik F said...

Best la cite ni..aku tgok! Hehehehe..

Asyraf Maskan said...

Fifa dah lama tak jumpe.. hehe yes memnag patut ditengok. kalau telepas cepat2 bukak tv3.com haha

Cik F said...

haha..yup2. lame2. leh lak wat jejak kasih kt cni.. leh wat cite ni nnti, sekuen nur kasih.. hahaha~