Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Bila singgah jeti ni aku mesti teringat kan dia.





Yang bermakna dalam Syawal yang lalu. Aku sempat singgah ke jeti di Parit Simin, Batu Pahat Johor. Ya, bersama keluarga lah. Memang sepatutnya setiap tahun dah menjadi rutin kot, keluarga sebelah bapa aku akan singgah ke jeti ini. Yang aku suka bila singgah di sini ialah suasananya. Ada monyet, ada bakau, ada ikan belodok. Yang kelakarnya, topik yang dibangkitkan bila kami semua berkumpul di sini mesti sama. Pasal ikan belodok, kisah sekolah lama bapa aku yang terletak berhampiran dengan jeti ini. Tapi tak apa, aku suka dengar cerita-cerita memori lama. Jiwa tradisional sikit.

Kawasan jeti ini ada nilai sentimental bagi aku sebenarnya. Kawasan jeti ini lah tempat arwah rakan aku berkesempatan bermesra dengan rakan yang lain, sebelum dia pergi. Farkhan Hakim bin Khamthani. Arwah memang seorang peramah, suka senyum, dan mesra. Tak disangka, seminggu berkampung di rumah nenek dia di Parit Hj Salam adalah 'Re-Union' terakhir sebelum dia pergi.

Banyak yang kami kongsi dalam tempoh yang singkat itu. Ketawa, gelak sakan memang memeriahkan majlis lah. Disamping nenek Paan yang peramah.

Pagi-pagi kami dah merayap sekeliling kampung tunggang motosikal. Seluruh Parit Hj Salam kami jajah. Pelusuk kebun semua lah. Petang pula, kami singgah di jeti ini lah. Cuba nak memancing. Tapi sebelum itu kami cari kawasan beteng dulu. Nak carik lubuk.

Bila bosan, habis monyet bertempiaran sebab kami redah hutan bakau. Memang jakun gila waktu itu. Air tak pasang. Jadi, akar-akar bakau kami redah dengan selamba. Ada banyak gambar kenangan waktu di hutan bakau ini. Aku masih simpan lagi.

Hampir seminggu. Bila tiba habis cuti selepas tingkatan 4, berat rasanya ketika itu nak balik ke JB.

Selang beberapa bulan, waktu hampir ujian percubaan SPM, berita Paan hidap kanser, betul-betul buat semua orang tak percaya. Barah gusi. Nasib baik sempat melawat Paan di Kluang (arwah baru saja berpindah ke Kluang). Bila melihat ibu Paan bergenang air mata menatap Paan di atas katil, terbaring, aku betul-betul tersentuh.

Memang berat bila tak dapat melompat gembira bila habis keputusan SPM dengan arwah dan juga rakan-rakan yang lain. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

Setiap tahun ke hadapan, bila singgah jeti ni aku mesti teringat kan dia.




2 comments:

syafiq effendi faliq said...

memang macho, kalau aku jadi ko, dah melalak dah setiap kali ke tempat tu, moga arwah ditempat di syurgaNYA nanti, dan dihapuskan segala dosanya amin.....

[ acabond ] said...

takdela aku exxxxxxxxxxagerate haha jgn mare~
tapi memang betul2 terasa bila setiap kali datang kat jeti ni.

amin...