Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Owh Oktober...

Terlalu banyak kenangan dalam Oktober 2009.




Yelah, kesibukkan ujian-ujian subjek kejuruteraan. Sehari, maksimum 2 ujian bergempa dengan skala Ritcher yang tinggi gila lah. Bukan di Padang sahaja yang bergempa bumi, di sini pun serupa. Statistik kemalangan jalan raya pun semakin meningkat. Ramai yang sakit barah. Barah rindu. Selepas tamatnya Teater Keliling Tronoh Theater Shop, ahli-ahli Asylum terutamanya sudah cuba mengawal jiwa dan perasaan untuk kembali normal. Tapi barah rindu masih kuat menyerang. Entah, mungkin inilah yang orang kata bila kita dah 'ngam' dah 'kamcing' dalam satu famili. Gila lah!



Oktober bulan yang menarik bagi aku sebab mak aku lahirkan aku melalui serviks dan yang paling menarik aku keluar terus di hadapan pintu rumah aku. Yang dekat Kampung Melayu Majidee itu. Yelah aku tak lahir secara moden di hospital. Mungkin sebab itu aku suka yang tradisional. Orked, Melur, Bunga Raya, Melati dan sebagainya. Atau sebab aku main sepit baju kayu macam main LEGO waktu kecil-kecil dulu. Dah 20 tahun genap tahun ini aku tinggal di Kampung Melayu Majidee. Rumah yang sama. Keindahan yang sama. Tak lekang. Kebahagiaan yang berganda.

Owh hari lahir kakak aku pun dalam bulan Oktober. Kawan-kawan aku pun ramai juga rupaya yang lahir dalam bulan ini. Bangga sedikit lah.

Selamat Hari Lahir!



Teater



Hadiah yang paling bermakna bagi aku. Hadiah kesempatan bertemu dengan dia. Dia buat aku gembira, geram, marah, rasa kelakar, rasa bahagia, dan macam-macam lagi. Kutip banyak pengalaman baru. Seronok.

8 comments:

Kaloi said...

patriotik sungguh ko nih.. patriotik pada kumpulan teater..

Half said...

moga kita terus bersama hinga ke akhir hayat..
wiwit.. jiwang siottttt

OoizzioO said...

katik!!!!
rindu kat ko shiottt!!!

eiw

k e r e p e k t e m p e said...

wah ape nih rindu2 mcm pungguk rindukan bulan~

OoizzioO said...

ko katik rindukan katak!!

k e r e p e k t e m p e said...

alamak aku tak thn bau kambeng kat sini hahaha~

papepon gigih izzi datang kl. Terima kasih izzi :)

OoizzioO said...

alamak
aku tahan je bau ko
*oppss*
sapek mana?
acap mana?
jemput2 la bwk aku p jnjln~
iyooo
kenangan manis kiter serumah dulu
takkan sikijap dah lupa


aigoooo!!!word verification ko horror la
ada soh aku taip balik JOLOQ

[ acabond ] said...

hoho a'ah kan pernah serumah kita rupanya...

aku tak pernah pergi rumah ko izzi
rasa mcm nak berkampung kat sana... tgok ko mkn rumput... tgok ko berenang di lautan mcm sotong dan sebagainya haha.

isk3 mungkin kena dan tepat sesuai verification code tu ngan org tu