Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Benda Yang Paling Dihargai Untuk Masa Ini


Kasut old skool futsal Nike hitam legap dengan kombinasi warna hitam, biru, dan emas. Bahagian tapak kaki agak slim. Dalamnya ada tapak berwarna biru. Sangat bermakna buat masa ini. Kalau bundle memang harga murah. Walaupun bundle tapi hargai sangat, berapa nilai peluh dan daki-daki yang terkumpul dalam kasut itu. Manfaat daripadanya terlalu banyak, aku fikir. Daripada serendah harga kasut ini, bakal dilaburkan untuk sebesar-besar nilai kenalan baru yang bakal aku dapat. Termasuk pengalaman-pengalaman baru. Sepanjang aku dengan kasut ini lah.

Yang kedua, aku baru perasan yang aku tak dapat ingat bila pertama kali aku ada memori. Paling busuk pun aku ingat aku bertenggek atas tembok main conteng-conteng. Yang pasti aku masih kecil lagi lah ketika itu. Memang tak ada kerja dah besar panjang main conteng-conteng atas tembok. Hargai pertama kali aku ada memori. Aku kurang arif. Aku pun tidak cukup maklumat adakah waktu kita bayi dulu kita sudah ada memori atau tidak? Kalau ada, bolehkah kita recall memory untuk saat-saat kita menyusu atau ketika keluar daripada perut ibu? Google terus.

6 comments:

azian azman said...

ko mmg kaki conteng..
atas tembok pun menjadi nak conteng..

k e r e p e k t e m p e said...

aku conteng2 sbb aku suka kaler2 luna. tapi dah besar ni aku ada impian nak conteng atas kain putih..hehehe bilalah tak tau lagi.

penaberkala said...

ada yang baru, yang lama jangan dilupa
nnt boleh letak kasut oldskool kat dlm muzium

yg lama kenangan, yang baru percubaan

k e r e p e k t e m p e said...

muzium dah bukak 24 jam. i'allah kami tambah rak2 yg cantik utk tatapan pengunjung seperti anda. :)

nifi a.k.a beliamuda said...

bila otak mula menyimpan memori? seawal perkembangan otak lagi, cuma maklumat yang disimpan bukanlah maklumat yang diingati secara sedar, tapi maklumat yang diperlukan untuk kemandirian diri di peringkat awal kehidupan. Lepas tu barulah terbuka ruang untuk memori disimpan. Memori yang paling awal aku ingat ialah sejak umur 3 tahun kot..

k e r e p e k t e m p e said...

trimas nipi. kalu dpt aku nk ingat memori2 umur 3 thn tu haha