Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Hidup Ini: Bila Engkau Baik Sikit/Sangat


Selalunya bila dapat peluang melepak dengan perokok, aku buat benda lain selain gelak-gelak tengok telatah mereka. Aku memang tak hisap batang rokok, tapi aku sudah biasa jadi perokok pasif. Lagi seronok agaknya sedut asap macam air compressor. Kadang-kadang tak dapat nak mengembek bila masuk kandang kambing. Tapi kita masih boleh tak mandi seperti kambing busuknya. Sebab di dunia ini tak semua manusia serupa. Kalau semua suka korek hidung depan umum, siapa yang akan jadi si pencaci maki. Tak seronok pula drama di dunia ini.

Semalam aku tengok pontianak dengan mata kepala aku sendiri. Memang kadar penceraian pontianak dengan manusia null. Banyak adegan-adegan yang kalau perempuan tengok terjerit-jerit batin mereka. Tapi cerita ini aku minat dengan dialog-dialog dia.

Macam magnet, dia (Edward) bergerak, kamu (Bella) bergerak.

Bukan sebab graviti yang membuatkan aku berdiri di atas Bumi (Jacob), tetapi kamu (Bella)

Aku (Jacob) lagi 'panas' daripada kamu (Edward).

Antara ayat-ayat yang double meaning sampai aku tiba-tiba tergelak. Berbalik kepada hidup ini: Bila engkau baik sikit/sangat. Apa yang aku nak ceritakan ialah pasal manusia dan pontianak bersama bercinta (Geli sikit pankreas). Maksud aku, walau siapa engkau boleh sahaja engkau duduk terkangkang sama makan durian. Bila engkau baik sikit/sangat, tak buat hal, mereka akhirnya akan hormati engkau.

8 comments:

Half said...

tapi bila engaku salah sikit(sebesar zahrah), mereka akan pandang buruk selamanya pada engkau....

manusia....... kita masih lagi manusia berTuhan kan yg Maha Esa..

k e r e p e k t e m p e said...

berdasarkan pengalaman, selagi kita betul-betul benar, biarkan dia nak buat apa. bersabar jela hehehehe

~ Red Tulip ~ said...

arrghhh...
dh tgk eclipse ek..??
jelesnya... :-/
conclusionnya...best x cta tu...??
ke bosan cm new mo0n???

k e r e p e k t e m p e said...

haha baru tgok semalam. Kalau perempuan mgkin suka gila kot crita ni. agak jiwang r. ayat2 dia

k e r e p e k t e m p e said...

aku bg 2.5 bintang haha

~ Red Tulip ~ said...

2.5 bintang sj ek...??
hrmmmm....perlu dipertimbangkn semula la nk tgk ke x...huhuh
sbb yg fes best...yg second bored ckit...so yg third takut jd cm second lak...hohooh

penaberkala said...

baik sikit/sgt xpe
tp klu jahat skit/sgt tuh bahaya

org gebeng tgk wayang nampak
kuantan ka?

k e r e p e k t e m p e said...

hehe kuantan jela org kerteh trgganu pun turun sini