Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Batang Betik


Semalam di pejabat seperti biasa lepas mesyuarat tak jadi, mesti ada beberapa hidangan jamuan teh tak jadi, seperti kuih lapis yang macam bendera Malaysia, kuih popia dan juga buah-buahan yang segar macam epal dan betik. Selain buah paling kaya dengan vitamin C, buah betik buatkan aku teringat batang betik sebelah rumah aku dulu. Sudah jarang rasanya nampak batang pokok betik. Semenjak pokok betik di sebelah rumah aku ditebang sebab akarnya dah berlubang-lubang dikorek tikus. Batang betik ini memang berbatang lembut tetapi lama-kelamaan bila makan usia, batangnya bertambah keras. Jadi waktu pokok betik sebelah rumah aku ini muda, dan masih berbuah muda, rantingnya masih lembut dan lentur. Aku petik, dan raut epidermisnya sampai terbogel semua batang betik itu. Nah, sekarang bolehlah dikeringkan sebelum dapat ditakik untuk buat sambungan. Sambungan-sambungan tadi aku rekalah sampai jadi bentuk pistol. Jadilah pistol daripada batang betik. Pelurunya, getah ikatan daun sup dan daun bawang yang mak aku kumpul. Oh itu saja yang aku nak ceritakan sebab itu saja yang bermain dalam kepala aku waktu itu.

Oh semuanya dalam kenangan. Yang ada sekarang BB bukan lagi BB (Batang Betik). Tragik kan hidup ini?

6 comments:

penaberkala said...

skarang tiada lg BB = BATANG BETIK
tapi BB = berukband,haha

k e r e p e k t e m p e said...

haha tau takpe... asyik tercangok depan laptop je hari hari haish tak sosial langsung kah2

penaberkala said...

tu pasal, dah lebu keyboar ak,hak3

k e r e p e k t e m p e said...

haha eh laptop muzek dgn yau kena culik? boleh tahan ar, kalau aku dah tangkap tangis

penaberkala said...

yup, diculik semalam
klu ak, konpem banjir penang
frust weh, sgala benda ada dlm tuh :(

k e r e p e k t e m p e said...

cis xde benda lain ke nak curik? curiklah 5billion duit najib tu hoho
kesian kot tengah intern laptop sgt penting