Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

'Ketua Darjah'

Label terhadap seorang 'Ketua Darjah'.

Yang pertama ialah Big Boss. Sebab dia selalu bagi arahan. Arahan itu, arahan ini. Selalunya dalam kata-kata dia mesti ada, perkataan 'mesti', 'perlu', 'pastikan', 'sepatutnya', 'jangan', 'datang awal', 'jangan main-main' dan 'humphh'. Memang orang tak suka dan menyampah kalau dia beri arahan. Lebih-lebih lagi waktu semua tengah sibuk buat kerja lain. Selalunya akan dicop suka bagi arahan tapi kerja tak buat. Selalunya perkara sumbang ini akan berlaku ketika dia sedang beri arahan. 

Kedua, Kaki bodek. Kalau di sekolah, Ketua Darjah lah paling rapat dengan cikgu-cikgu, memang nampak kamcing gila sehingga bertepuk bertampar bahu. Boleh menimbulkan kecemburuan tahap kritikal dalam kalangan pelajar yang lain. Padahal Ketua Darjah kena jadi kuli cikgu angkat buku sana sini, tolong belikan kuih untuk cikgu, tolong cover line cikgu nak merokok, dan juga jadi wakil cikgu bila cikgu malas datang kelas. Ketua Darjah adalah antara orang yang kena buat senyuman palsu di hadapan cikgu-cikgu bagi menjalankan tanggungjawabnya. Cikgu biasanya akan puji Ketua Darjah dalam keadaan ikhlas atau tidak ikhlas, bergantung kepada keadaan bagi menjaga hati. Puji di hadapan pelajar lain lagi bagus, untuk membantu proses bangga dalam diri Ketua Darjah. Dalam kes ini, cikgu lah sebenarnya yang suka bodek Ketua Darjah.

Kalau ada kajian tentang perkembangan sahsiah seorang sampel Ketua Darjah, dia adalah seorang yang paling penyabar kerana terlatih menghadapi semua ini.

2 comments:

terry bogart said...

err..bukan ketua darjah biasa xwat kerja ke?.. kan pmbntu ketua darjah yg plan everything, then ketua darjh tukang arah agar memastikn kerja tu terlksana..hehe

k e r e p e k t e m p e said...

haha tak jugak. kalau penolong ketua darjah tu jantan jugak memang pen ketua darjah pemalas! hoho