Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Manalah Tahu Dia Jadi Abang Ipar Kau

Kenakalan orang lain boleh buat aku bengang. Kadang-kadang. (Suka hati kau tak nak terima perangai orang lain secara 100 peratus kan? haha) Sering sabar dan letakkan elok-elok tentang kebaikannya pada masa yang lain. Tapi kali ini sebab dia masuk salah masa, tempat dan saat. Bayangkan, seekor kancil berlagak bijak ketika sang buaya senang nyenyak tidur. Senang saja buaya tadi menempelak leluhur sendiri. Rahangnya elok saja untuk muatkan saiz kepalanya. Itulah, kena pandai cari masa bila yang sesuai nak bersosial. Kalau kerja nak cari perhatian sahaja memang susah. Orang lain pun nak curahkan perhatian kat orang lain. Bila fikir balik, ya kita kan manusia yang ada cacat celanya. Menerima orang lain secara matang, sekurang-kurangnya buat kau fikir dua kali, manalah tahu tiba-tiba dia jadi abang ipar kau. Hoho.

2 comments:

iZZi BuBbLyBoy said...

bakal abg ipar kau ke yang kancil tu? sabar je acap. life woouldnt meaningful without challenges

Asyraf Maskan said...

haha thanks izzi. btw, aku cuma bayangkan kawan aku tu jadi abang ipar aku, sebab ada adik perempuan lol