Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Air kosong, ais kosong, roti kosong, jamban kosong, kafe v3 kosong, baldi kosong...



Malam ni aku duduk atas kerusi dan jugak meja aku sendiri. Laptop kat depan sambil ditemani roti twiggies yang tinggal satu je. Pasangannya dah aku ngaap tengah hari tadi. Owh 2 hari yang memang full schedule. Family day DAS09 berjalan lancar, yet menghiburkan dan mengisi kekosongan jiwa aku. Owh dah habis dah Family Day DAS09... nanti aku buat post khas untuk family day das ni. Aku dah penat dah ni. Nak terbongkang je. Papepon, kemesraan dah berjaya dicipta. Bunga jiwa permuafakatan dah berputik. Apa lagi nanti tinggal dipetik bila tiba waktunya, Debat Alam Sekitar 2009 yang akan berlangsung. Alhamdulillah aku bahagia. Air kosong, ais kosong, roti kosong, jamban kosong, kafe v3 kosong, baldi kosong... owh ye aku terlupa nak basuh baju daripada tengah hari tadi! Mampus... Owh nasib baik baju yang perlu dibawak esok cukup dan bersih. Fuhhh...

Terubat sedikit kekosongan jiwa lagi, bila ada rakan2 baru di sekeliling. Walaupun kebanyakkannya tak sama atau serupa usia, tapi bonding tu yang penting. Aku rasa This is what I'm desired of. The crowd, the laugh, memecah kesunyian dan kekosongan jiwa. Owh please stop me, sebelum aku mula lebih dalam lagi pasal jiwa kosong.

Hari semalam, sabtu, 11/7/2009 sepi macam haram. Kenapa pulek sepi? padahal sepanjang hari huhahuhahuhahuha, men lari2. Tula orang cakap, yang melihat tak serupa yang menjengok, dan yang menjengok tak sama dengan yang memahami, dan yang memahami tak sama yang meniliki dan seterusnya. Entahlah, sepi tiba bila sampai pintu bilik. Aku tengok pintu,pintu tengok aku. Aku tak suka duduk bilik sorang2. Bukan takut kak pon~ tapi tak suka sepi. Siap siaga aku buka playlist lagu downloaded dari DC++. Ada klasik, rock, pop-rock dan sentimental. Kemudian aku terdengar suara merdu menyanyi. Sayup sayup... mengasyikkan.



Suara akulah tuh haha.



Tak sabar menanti hari esok ceyy~. Malas nak packing. Tapi gigih jugak bergerak, satu2 aku lipat baju, baju dalam, lipat duit, lipat otak biar tak bergulung-gulung esok. Tak serabutlah... kenalah setting dulu dalam minda nak pergi mana2 pun. Agenda esok, kenalan baru, member baru, ketawa galak gaya baru, suara bingit memecah gegendang telinga, senyuman baru, idola2 baru, yang selalu memotivasikan aku.

Tak lupa jugak mengecas bateri kamera. Mengharap gamba-gamba menarik esok! dan 2 hari mendatang.

Owh, tak dapat pula nak menonton show dari Sekolah Menengah Seri Iskandar. Takpe, hari Rabu aku datang. Maaf. Balik je UTP nanti aku nak updates pasal Family Day DAS09 yang menarik! Gamba2 menarik~ haha

Baiklah, maaf kalau aku macam cakap sorang-sorang. Pengajaran untuk aku dan jugak untuk dikongsi pada post kali ni ialah selalu menghargai apa yang kita miliki. Kawan-kawan, keluarga, Tuhan, saudara-saudara, burung-burung, pokok-pokok, kesihatan tubuh badan untuk buat apa yang kita suka dan tak lupa jugak yang lama jangan ditinggalkan, yang baru jangan dilupakan. Kawan memang susah nak carik. Yelah kena reka ayat 1st nak tanya nama. Susah tu... Tapi kalau kita hilang kawan, walaupun seketika, susah woo kita. Gundah gulana. Jangan lupa kawan yang lama tu jengok2lah. Jengook kat fesbuk pon ok dah. Rajin2 lah menjaga adab diri bila berhadapan kawan2. Cuba jadikan diri fleksibal dengan semua jenis manusia ciptaan Tuhan. Nescaya kalau kita boleh, kita rasa lebih berkenyakinan.

Owh, lagi satu. Aku memang setuju dengan kata-kata salah satu idola aku ni. Kalau kita rasa kita bosan, kitalah yang membosankan sebenarnya. (Lebih kurang macam tulah) Kata2 dia sama dengan apa yang aku rasa. Maksudnya, kitalah yang kena jadik pendorong, bukan pasif je. Kitalah yang menhidupkan suasana. Gilang gemilang lah Malaysia kalau semua orang amalkan benda ni. Wah! Selamat malam, selamat hari Isnin, selamat beradu, selamatlah aku bangun esok pagi~, selamatlah jugak aku daripada terpeluk kak pon~ (tido sorang lagi malam ni...) .


kak pon yang dimaksudkan~ bukan yang satu lagi jenis tu... nak kena tangkap jabatan agama??




7 comments:

Half said...

aku ingat kan nescafe.. rupenye nescaya.. hahha..

acap.. kau tau kan selama ni aku gurau2 je pasal keketotan ko..
haha...

pasal kawan. kite ada mcm2 kawan. yg muda, yg tua..
tul ckp ko, kite kene la fleksible kan diri utk berkawn dgn pelbagai jenis manusia..
segalanya bermula dgn diri ktie sendiri.. klu ada kawan yg menjauhi kite, mngkn kite da buat smething wrong..

moga persahabatan kita terjalin hingga ke akhir hayat. mintak maaf la klu aku kutuk ko lebih2.. hak3..
tp jgn risau. citer ketot aku buat tu membela nasib ko.. hahahahah

Syafiq Effendi Faliq Alfan (SEFA) said...

hmmm, memang dah sampai maser dah pun yang ko akan raser macam tu, takper2, perkara yang normal tu.....

Asyraf Maskan said...

haf : wah! very short comment yet membuatkan aku trharu ceyyy~

aku tak kesah... sebb gurau2 je kan. nescaya yg gurauan itu penguat ikatan persahabatan hahahaha

btw tahniah yg pasal si ketot tu. ko buat time ko rindu aku ke??? (erm ada baldi tak..owh tq)


sapik: owh sapik... ko mesti dah memahami...haha hurmm tapi adakah kesannya aku akan sampai ke fasa seterusnya? tunggu dan lihat~~~hurmmm hahaha

Anwar Samad said...

... emo lg ker..

Ilyana Fauzy said...

"Laptop kat depan sambil ditemani roti twiggies yang tinggal satu je. Pasangannya dah aku ngaap tengah hari tadi."

Haha. I like the way u see as twiggies ade pasangan. sgt comel :)

Syafiq Effendi Faliq Alfan (SEFA) said...

biler bacer balik post baru aku prasan, lately banyak yang raser macam ni, well, i gotta say...."welcome to the bridge between teenager and adult".........

Asyraf Maskan said...

nua : hormon tak stabil la nua..haha

TEI : haha yeke trimas... tapi aku mmg suka twiggies jagung. sedap

SEFA: Wah! yeke? menakutkan pulak. sebab nak tua. mgkin kebarangkalian jer.. aku suka2 je mlpskan perasaan kt blog ni~