Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Di Hadapanku Ada Empat Batang Jelly Fish Cucuk


Di atas meja aku sekarang ada empat batang Jelly Fish Cucuk. Lepas habis makan satu batang, yang tinggal hanyalah batangnya, sebab isi-sisinya yang lepas sudah menanti menjadi tinja. Aku lihat batang lidi itu. Selain berfungsi untuk mencungkil sisa-sisa di celah gigi, teringat aku pada lidi penyapu emak.

Lidi-lidi penyapu emak ada banyak sejarahnya. Selain pernah hinggap di peha atau betis, bunyi sapuan lantai menggunakan penyapu lidi ini lah yang selalu menjadi halwa telinga waktu pagi-pagi pada hujung minggu.

Pukul 9 pagi aku terlopong di hadapan televisyen menonton Dragon Ball yang selalu ingatkan aku pada satu rahsia. Sebenarnya dragon ball ada tujuh biji semuanya. Daripada itu aku sedikit mendapat 7 perkara pokok untuk 2010.

Tekun
Usaha
Jelajah
Untung
Hala tuju

Sekecil-kecil objek atau subjek, nilainya terlalu tinggi. Nilai estetikanya, nilai sentimentalnya, atau seperti biasa, nilai harganya. Jadi kalau ada jumpa orang suka kumpul beg plastik, tin, botol kaca, gambar, malah mengumpul lemak sekalipun, itu adalah normal. Sebab daripada sekecil-kecil objek atau subjek, ia dapat mengupas satu persatu ilham atau buah fikiran. Macam bawang.



3 comments:

Ayie a.k.a Nyei said...

haahaha macam bawang..

SaPek said...

tapi mak aku ckp telur naga ade 2 bijik semuanya. macam manusia jugak. hahahahahahaha.. so mcm mane tu? hahahaaha

*komen x bermaksud lucah*

Anwar Samad said...

acapp.. kau dah besar.. kau dah besar macam keropok lekor..