Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Pengajaran Untuk Aku Pada Malam Sabtu, Sebelum Bermula Cerekarama TV3

Tingkap lungsur di hadapan meja aku masih terbuka luas. Hari-hari memang begitu. Sebab aku suka melihat kain langsir melambai-lambai seolah-olah mengatakan 'hai' kepada aku. Rasa berteman.

Begitulah ceritanya bila rancangan hendak bergambar berlatar-belakangkan matahari terbenam di Teluk Batik gagal hari ini. Sudah semalam terhidu-hidu bau spageti dan 'hotdog' goreng yang bakal disajikan dalam perancangan. Menyengitkan lagi hidung jawa aku yang pesek ini. Hujan lebat asbabnya dan aku mengambil langkah untuk bergaya kuak lentang di atas katil. Nasib baik tidak patah kaki katil.

Teman sebilik dan teman atau jiran depan tingkap juga meninggalkan aku ke blok kokurikulum. Sambil berkuak lentang aku siapkan poster dan kerja yang perlu dikerjakan. Kurang sedikit beban.

Petang tadi juga, cengkodok bawang kugoreng untuk dimakan. Sempatlah dijamah sebelum terus jadik pameran sahaja.

Rasa sudah lama tidak bersama dengan rakan-rakan rapat di sini. Mungkin tiada rezeki. Insyallah akan rancang lagi tapi dalam kaedah spontan. Haha. Kaedah jemputan secara spontan ini didapati lebih berkesan kerana masa untuk berfikir adalah singkat. Ditambah dengan emosi keterujaan dan emosi positif skala tinggi, maka tiada peratus dakyah-dakyah luar yang akan menggagalkan keputusan untuk menerima jemputan. Jadi bersedia sahaja lah.

Sahabat ini semacam isteri yang perlu dimanjakan. Bukan dibelanjakan, atau maksud aku dipegunakan. Kena luangkan masa bersama mereka. Sahabat rapat yang baru juga tidak dilupakan.

Gtalk dan facebook adalah dua medium utama selain telefon bimbit yang aku guna paling kerap untuk berhubung dengan mereka ini. 2010 mengajak aku untuk lebih kerap berkomunikasi dengan mereka. Paling utama, walau sesibuk mana, jangan lupa untuk jawab panggilan telefon atau pesanan ringkas.

Banyakkan panggilan dan teguran. Walaupun tak pernah kenal subjek atau suspek.


Gambar menutup aurat


Pengajaran untuk aku pada malam Sabtu, sebelum bermula cerekarama TV3.




No comments: