Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Lemak Cili Api



Terasa lemak tapi tak pedas hidup ini kalau tanpa cabaran atau halangan. Maksudnya makan lemak cili api tapi tiada cili apinya. Macam makan lemak. Makan lemak tepu tersumbat vena pulmonari. Oh bulan Ramadhan ini jadi isu kalau cakap pasal makanan. Isu yang biasa didengar, isu maggi dekat asrama dulu...Tapi dekat sini tiada agaknya. Entah. Salam Ramadhan.

Waktu inilah kita dapat merasai kemeriahan pesta amalan. Waktu ini jugak lah aku teringat kembali sejarah hidup daripada waktu kecil sampai sekarang. Apa yang aku pernah fikirkan, lakukan, idamkan, 'makan'kan eh bukan! makanan... Waktu kecil-kecil dulu... Waktu bila tiba sahur emak kejutkan. Bila waktu buka emak tolong cuci 'pinggans'. Sempurnanya Ramadhan ketika itu ialah kerana keseronokkan belajar berterawikh, belajar hafal doa puasa, buka puasa dan yang lain ialah bergurau dengan kawan-kawan dekat sekolah pasal topik puasa. Kenapa perempuan tidak berpuasa lah... dan sebagainya.

Sekarang, bila tiba sahur emak tak kejutkan. Waktu buka emak tak cucikan 'pinggans'. Ramadhan ini memang spesial. Buat kita rasa rindu, rasa teruja, rasa gembira, rasa tenang, rasa 'macam-macam'... Lebih-lebih lagi waktu berbuka dan di bazar ramadhan yang sentiasa ada di mana kita berada.

Bulan ini sangat sesuai kalau kita nak buat visi dan misi yang baru. Untuk diri sendiri dan juga orang lain.

Berbuka beramai-ramai dah jasi trend sekarang. Tapi memang seronok bila dapat berkumpul ramai-ramai. Terima kasih Luqman tapi maaf tidak dapat datang untuk yang petang tadi. Ada janji dengan member. Minggu ni gua rasa kelam kelibut. Tapi mungkin gua kena lebih semangat buat apa-apa pun. Setiap daripada satu perkara yang kita lakukan pasti akan menjaminkan kepuasan dan kenikmatan bila kita buat dengan bersemangat.

Jadi semangatlah. Itu saja pilihannya. :)


4 comments:

Anwar Samad said...

ashraf.. anda terlalu rajin la.. saya bangga dapat kawan seperti anda.. semoga anda berjya menjadi perdana menteri..

SaPek said...

pedana menteri pendeks kewz? hehehehe

Anwar Samad said...

eeehhyy, jahatnyaa~

Asyraf Maskan said...

nunu, sapik, korang memang ada calon jadik PM. Manakan kita tahu satu hari nanti ada PM yg putih mlepak muka dia guna garnier atau PM yang brbakat jadi ahli gimnas