Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Mendeka!







Mendeka!

Merdeka lah...

Zaman bawah umur dulu memang pelat nak menyebutnya. Tapi tak apalah. Yang penting dapat tengok bunga api dekat padang bandaraya Johor Bahru. Ceterrrr.... tuerrrr.... seterrrrr (ni bunyi mercun dalam bahasa jawa). Seronok melihat warna-warni gemerlapan mercun yang selalunya banyak gila dibazirkan menggunakan meriam lagi.

Semua orang mesti ada pengalaman macam ni juga kan? Tapi bila meningkat usia, tapi bawah umur lagi, bila tiba bulan kemerdekaan, aku tak sabar nak masuk pertandingan mendeklamasikan puisi. Jangan gelak, haha. Memang betul-betul minat mengarang, dan deklamasikan sajak itu sekali. Biar lah apa orang nak kata. Poyo ke apa ke, tapi semangat itu memang tiba-tiba datang macam... macam angin petang menyisir rambut, membelai ubun-ubun mencuit sukma, ke muara jiwa. Haha

Cikgu Zaharah, cikgu tabika (atau taman bimbingan kanak-kanak) KEMAS aku yang tersergam depan rumah aku saja. Dialah orang yang pertama ajar aku mendeklamasikan sajak dan syair. Seingat aku pertandingan yang pertama aku masuk ialah peringkat tabika KEMAS. Pengalaman itu sangat sangat sangat berharga. Sedikit mengisi hard disk zaman kecil aku dulu. Masa itu aku dipasangkan dengan seorang makwe... nama dia Afifa. Haha aku ingat lagi dia pakai pakaian ala-ala kebaya dan aku baju melayu bertanjak macam nak nikah. Masih ada gambar waktu ini aku simpan dalam buku foto dekat rumah. (Cuti ni bongkar lagi haha)

Aku masih lagi berhubung dengan Cikgu Zaharah sampai sekarang. Cuma sejak masuk ke U aku jarang dah jumpa. Maklumlah dah jauh di mata. Tapi dulu rajinlah jumpadia dekat tabika dulu.

Selamat Hari Merdeka cikgu! Cikgu dah banyak memerdekakan saya. Sebab bila aku kenal puisi, aku dapat keluar dan merdeka daripada kebiasaan.


Cikgu Suhailee. Haa... cikgu ni kecil aja macam berudu. Macam aku. Eh tak... tapi dia perempuan. Cikgu ini memang sopan. Dia kiranya baru grad dari UM kalau tak silap. Tapi yang aku tak silap, dia ini sangat pandai bersajak, berbahas, berpidato. Dengan tunjuk ajar dialah aku belajar semuanya. Tambahan lagi waktu itu memang tengah gian. Jadi memang aku suka mendalami ilmu ini waktu bersekolah di Sekolah Rendah Mohd Khir Johari dulu. Dulu pun aku dijemput datang rumah dia dekat Jalan Mustika Kg Melayu. Eh... dengan 2 orang senior aku ketika itu. Kalau tak silap Rafi nama dia. Yang lagi satu lupa...

Selamat Hari Merdeka Cikgu Suhailee!
Sekarang Cikgu Suhailee masih mengirim salam. Abah selalu sampaikan salam dia. Cikgu Suhailee dah berumah tangga dengan Cikgu Shahril yang kebetulan mengajar di tempat yang sama. Bekas budak-budak SMKJ mesti kenal dia. Merdekalah anak-anak didik cikgu sebab cikgu sangat baik.


Waktu berhijrah ke sekolah menengah pula, aku masih meneruskan minat. Yang paling menarik dapat berjumpa dengan Lim Swee Tin, penulis sajak berbangsa Cina. Waktu itu dekat Straits View Hotel Johor Bahru, pertandingan sajak Agensi Dadah Kebangsaan. Tak banyak yang dibualkan. Sekadar hai... alahai sayangnya...

Paling menarik ialah Pertandingan Puisidra Sains (Puisidrama). Sangat bagi banyak komitmen untuk acara ini. Alhamdulillah mencapai peringkat yang sangat membanggakan. Senarai kawan-kawan yang turut serta ialah : Malek, Jagtish, Kavinnair, Fikri Ong, Hapis peluh, dan sebagainya haha dah kurang ingat.




Seronok bila diingatkan semula zaman kemerdekaan pada waktu muda-muda dulu.




Aku dah mengalami peringkat kemerdekaan yang sangat besar bila berhijrah pula ke MRSM Mersing (institusi pendidikan biasa saja tak ada aura tapi seronok) Semuanya berubah dekat sini. Semuanya sesuatu yang mengujakan. Setiap hari ada sesuatu yang seronok dan sedih. Waktu ini aku merdeka untuk tentukan apa-apa keputusan.

Selamat Hari Merdeka Abah dan Mak!
Tapi stail abah dan mak memang macam itu. Semua keputusan kitorang adik-beradik tentukan sendiri. Aku faham diorang suruh berdikari hehe. Aku suka berdikari waktu ini. Maksudnya rasa macam semua nak buat sendiri. Nak ikut kepala sendiri secara kasarnya. Haha...Aku rasa kawan-kawan seasrama ke sebilik atau sekelas mesti ada semangat ini. Sangat teruja dan berharga. Sayang betul nak lepaskan yang kita ada dulu, walaupun dah ada soft copy dalam memori. Haha

Selamat Hari Merdeka BEKAM!
Haha... mereka yang ini pun dah banyak bagi aku erti merdeka itu sendiri. Pengalaman yang sangat seronok! Mengujakan! Aktiviti mendaki, futsal , bisnes yang ada untung ke?? Haha tak apa yang penting kita sendiri enjoy dan enjoykan orang lain yang turut serta. Tapi kena kurangkanlah aktiviti malam tu... haha. Melepak dekat Aliff tu... Habis duit...kui3. Kayalah Aliff lepas ni...

Lawak bila memikirkan personaliti aku yang ada pecahan atau orang putih kata split personality. Dengan kawan-kawan lama seperti BEKAM dan rakan-rakan sekampung Melayu mungkin jauh berbeza dengan kawan-kawan di UTP ini. Haha... Jadi mungkin jadi pertikaian di situ.


Tak apalah yang penting di sini keadaannya berbeza berbanding di sana.

Yang di sini mungkin sukar nak buat perkara yang biasa dilakukan di sana.

Yang di sana hurmm... tak perlu lah nak diceritakan.

Nanti story mory satu lorry datang... haha





Selamat Hari Merdeka Kawan-kawan!
Setiap pengalaman yang kita alami selalu memerdekakan kita kalau kita tahu yang lama atau lapok itu kurang memajukan kita.


Tapi sangat beruntung dapat kenal geng

1 Mawar 1, 2 Mawar 3, 3 Mawar 1, 4 bestari 1, 5 Bestari 1 dan 6 Arif (1995 - 2001)
Sekolah Rendah Kebangsaan Mohd Khir Johari, Kampung Melayu Majidee.

Geng Darjah 1 bilik 2 dan yang lain tak ingat haha panjang sangat... (1997 - 2003)
Sekolah Agama Dato' Abdullah Esa,Johor.

Geng 1 RK 1, 2 Akas, 3 Akas (2002 - 2004)
Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.

Geng 4 Uranus, 5 Musytari (2005 - 2006)
MRSM Mersing, Johor.




Owh jangan lupa baca http://penampalposter.blogspot.com/2009/08/terhegeh-hegeh-dalam-dakwah-tribute-to.html


Owh jangan lupa jenguk ini http://tronohtheatershop.blogspot.com/

dan ini http://15malaysia.com/

dan ini

Terima kasih. Sebab semua kenangan dekat sini banyak memerdeka kan aku. Tak sabar menunggu yang seterusnya. Yang di sana kita tak tahu bila...



19 comments:

Anwar Samad said...

anak murid yang bagus..

penarik beca said...

ko teruskn la minat ko berpuisi..
karang, kemudian pentaskn

klu xpn, bukukan ke, leh jual

sapik said...

x sangke kecik2 lagi ko dah mem****n... bersajak bagai.. ewah!!! ewah!!! huhuuhuhuhuhu

k e r e p e k t e m p e said...

owh haha mungkin....

SAPIK!!! grrrrr (naseb baik aku paham penat fikir benda apa **** tu)

tula ko tak dgr aku brsajak kt bilik. Kang ko trgugat~ haha

OoizzioO said...

aku pun 1 mawar dulu tp terus sampai 6 mawar (kelas budak pandai yerk)

ha3...
walopun ko bdn mcm budak2
ko dah besar ye acap
dah boleh m*&n
oppsss
tiba2 terpk kalo le ngko kahwin
omegot!!!
time dtg mesti org pk
"over gile budak bwk bunga manggar tu!!!anak sapa neh!!!"

takpun
"kecik je budak ni...comel lote bla3. ayat seterusnya smbung sendiri"
(idea ak semakin lucah)

Anwar Samad said...

ehh.. lupa nak bg tau.. aku pon kelas mawar jugak dulu.. dari dajah 3 sampai 6 jer la..

terry bogart said...

acap..aku 1 Melati..ko perasan aku x?...tp sekolh aku kat SRK Tunku Mahmood iskandar (1),Pontian...he3

selamat hari merdeka..jom kita berarak keliling katil..

Pemerhati Penang said...

sori tergelak tadi...

Abu Huzaifah said...

acap, merdeka! hahaha

[ acabond ] said...

izzi : eeeeeeeee izzi tak senonoh~

terry : lerr penat aku pikir sape nih rupanya ko penampal poster.. haha

abu : ada double meaning tuu... merdeka daripada kuarentin...!! haha jom buat reunion~~

[ acabond ] said...

pemerhati penang : haha takpe.... 100 cucuk sate je sbg pengganti...amcam? haha

penaberkala said...

slamat menyambut hari kemerdekaan!
merdeka dulu dan kini amt berbeza
DULU,perarakan bawa bendera keliling skolah/kampung
KINI,terperap kat dpn blk ngadap laptop,hhaha
apepun,merdeka tetap merdeka!

[ acabond ] said...

wah wah wah bermadah penaberkala... bagus
nak tambah sikit...

SELAMANYA,merdeka ada di mana-mana... sebenarnya tersusun rapi di hati kita

(ummmmm... 'tidak')-->translate bhs inggeris

arque said...

wei acab mane kau amik gambar aku kecik pakai songkok senget tu.
comel betul lah.
segan aku.auw~
merdeka!!yeah!
tanggal baju dan seluar mu..
oppss silap lagu.sori aa.

[ acabond ] said...

a'ahlah engkau...
dulu lain sekarang lain..kan...
dulu kecik macam baby squid
sekarang dah besar mcm kurita dah hahahahahhaa

OoizzioO said...

aku kecik2 pun kiut gak
dah besar ni
masyaallah
TERjambu
mcm mana la aku nk elakkan neh
dgn muka korean-look-alike lg
OMG!!!
susah aku nk handle hidop mcm neh

arque said...

acabastard!
kau la squid sotong kurita sume tuh.
ahhahahaha.
n izzi kalau susah sgt nak handle tu bunuh lah diri.ahhaha ;D

OoizzioO said...

motip!
komen membina sgt!

mrs camillo said...

acab,,, saya jadi blur...

buleh ke kamu ubah kaler tajuk post supaya saya tak terkeliru atau tersasul yang mana post baru ngan komen? :)