Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Kenyang ATV Bukit Larut



Orang kata, kalau makan durian, setiap ulas tu rasanya berbeza. Ada rasa manis, pahit, masam pun ada. Jadi memang betul berbeza bila kali kedua singgah Bukit Larut. Kali ni yang buat teruja menggila ialah ATV-Advanture Park Larut! Kali pertama sebab sebelum ni tengok dari jauh je.

Bersama 10 orang, Family Day kali ni memang gila sempoi. Awal 7 pagi dah tercangok di cafe V2 dengan niat di hati nak makan sarapan berkali-kali. Tapi jaring besi stainless steel bergari. Hampir satu jam setengah terdampar menunggu kereta sewa. Tapi bagi aku, bagi mengisi masa itulah sempat bermesra gurau gembira dengan rakan-rakan yang baru aku kenal ni.

Bergerak dan berjalan hampir 2 jam ke Taiping aku banyak tidur. Berikutan tak tidur malam dek air white coffee Al-Bayan. Jadi tak banyak suasana perjalanan yang aku dapat perhatikan. Sebelum ni kalau berjalan, aku suka buat pemerhatian termangu tepi tingkap kereta. Tangkap lentok.

Mungkin nasib kurang baik, trek hilang tak ada. Al-maklum hujung minggu lepas Hari Natal. Orang ramai macam semut berbondong-bondong. Macam lah ada TGV kat atas puncak tu. Menapak sampai selekoh ke 18 kalau tak silap. Patah balik. Ambil gambar sikit-sikit. Sekejap tapi kalau betul-betul menghayati kehijaun dan kesegaran udara Bukit Larut, tak rugi datang kali ke berapa pun.

Tengah hari koyak muka datang lah makan kenduri rumah kawan Adila. Rasa nak masuk ikut pintu belakang. Lauk ikan masin, sambal belacan, ikan goreng tepung memang favourite aku. Bersiap solat zuhur, bergerak ke Taman Tasik. Memang cantik pokok memayung bumi. Kurang bernasib baik hujan lebat. Kempunan nak naik itik besar gajah.

Tapi bukan senang juga dapat melihat gambaran Taiping waktu hujan. Satu pengalaman. Sempat terserempak dengan pasangan pengantin bergambar di situ. 2014 nantikan aku di situ ye haha. Aku cukup suka dengan pemandangan bangunan yang ada pengaruh Inggeris berlatar belakangkan Bukit Larut. Rasa nak buat rumah satu kat situ.

ATV memang satu lagi yang buat buat aku paling teruja. Nak cakap pun tak terucap.


Mat-mat rempit


Mamat pit


Minah rempit


Gaya tersepit



Mulut terkepit-kepit


kaki-kaki bau hangit


Mandi-manda air terjun Taman Suria. BBQ melengkapkan percutian ala-ala berkhemah. 2 ekor ayam habis dilahap. Air gas epal dan macam-macam lagi jadi pembasuh tekak. Kesimpulannya memang sejuk dan layan berdiving. Senang cerita lagi, siapa kata outdoor activity tak seronok?


Yang paling penting mereka ni mengingatkan aku kepada BEKAM haha




Kompom tersenyum-senyum lah



Pulang dengan penutup, air White Coffee dengan RBTM. Balik dan kenyang dengan RBTM dan kenyang dengan kenangan kali kedua di Bukit Larut ececece...




Pemandangan yang sempat aku tangkap waktu mamai


Untuk sesiapa yang nak mencuba. Outdoor thrill yang memang layan. Senang aja, klik link ni







8 comments:

Half said...

ok! aku jeles... sekian

penaberkala said...

ak pun jeles
nk ikut gak

k e r e p e k t e m p e said...

almk jgn jeles...rileks r bro..sem depan ade lg..ngeh3

k e r e p e k t e m p e said...

nua x pyh jeles..die dh rasa versi lain punye..

OoizzioO said...

Sempat terserempak dengan pasangan pengantin bergambar di situ. 2014 nantikan aku di situ ye haha???

apakah maksudnya...nak kahwin gak ke

aku jeles gak!!!

[ acabond ] said...

yelah umur 25 thun tu..dah ranum nak kawin kalau ada calonnya lahhh..
haha

izzi..dtgla2 utp kita lwn karok.. ngeh3

OoizzioO said...

ranum nak kahwin...
somehow aku gila bila KO yg ckp ranum ni
ranum=merah kemerahan

auhhhh....beley jak lwn karok

[ acabond ] said...

erk...banyak kot rambutan kt rumah ko kan? petik je. takpun kalau rambutan manela tau takde...ko petik je rambutan kat rambut ko...haha

haha pintu karok sentiasa trbuka utk ko..