Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Wira Didendang Vroooommmm....



Di atas meja aku sekarang ialah air oligo panas bertin stainless steel dan di depan aku ialah laptop yang bisu. Apa hal aku tak tau. Yang jadi musik penghibur untuk masa sekarang ialah cengkerik malam dan deruman enjin kipas yang berpusing yang biasanya nombor 5. Lima rukun wasila utama. Maka tiadalah kedengaran suara sumbang bernyanyi. Kadang-kadang saja ada nyanyian bagai wira tak didendang. Rentetan wira tak didendang bersahut-sahutan.

Getaran entah berapa hertz merangsang saraf peha kananku. Impuls dihantar ke Medula oblongata. Aku tekan butang hijau menjawab panggilan. Warna serupa lampu isyarat jalan raya berLED. Owh terdengar suara kurang jelas. Aku jawab "Aku on je". Kaki aku melangkah pergi menjauhi rakan tadi yang membentang resolusi dan idea ke Bukit Larut, esok. Minta diri, minta disalami, minta jumpa esok hari.

Merempit dalam skala 5 daripada 10, menderu ke sana. Menumpang motokar. Bertukar identiti, calon pemandu belum lagi. Duduk di tempat duduk belakang, punggung beralaskan embun malam. Ke tempat jualan makanan yang pasti ada makanan ruji. Aku sudah, maka air bandung pembasah mulut dan tekak. Misi malam ini di medan perlumbaan tahap rendah bukan semacam formula one.

Trek skala 1 nisbah 10. Bukan bentuk hidung Tun Mahathir sebab ini untuk berniaga 9/10 untung berjuta. Model motokarnya juga semacam skalanya. Berlapan lekat punggung atas bangku. Tunggu macam penunggu. Lapan punggung panas suam. Baru memang baru. Janakuasa pengalaman baru diuja dan terminal memang perlu diuja. Melompat-lompat jiwa muda sehingga terkalahkan jiwa resah rengsa.


Rona roni go-kart ni


Malam itu bermain dengan kelajuan dan bermain dengan kesejukan. Alang kepalang mencanak graf kelajuan. Diesel murah memang meriah. Gempita jiwa membingit seperti deruman generator gerakan tayar-tayar botak. Dangkal aku lambat. Mencucuk punggung motokar lantas memotong. Itu adat biasa di sini. Di trek skala 1 nisbah 10 ini. Sempoi, rasa nak ulang kelajuan dan kesejukan. Biar terkencing berkali-kali. Yang penting puas hati. 10 minit bagai 10 detik. Agak fanatik! Wira Didendang Lagi. Tak sabar untuk esok 7 pagi bangun lagi, versi tanah merah. Vrooommm...vroommm terngiang-ngiang dalam telinga berkuping.


Aku bakal fanatik


malam yang manis macam bubur assyura


4 comments:

penaberkala said...

saat percubaan dh lepas
nnt saat perlumbaan akan bermula,hhaha
vromm..vromm, frust siket kena tinggal

[ acabond ] said...

haha best2..puas! rilek r nua..lgpun ko barisan k-4 waktu stat mmg r ssh nk kejar...tp mmg layanlah! 2nd lap dah tekan minyak smpai habis haha

Half said...

aku xpernah main.. huaaa..

[ acabond ] said...

jom aku tunggu ko balik utp..ecece