Abang besar, tapi adab ciput. Kalau aku nak kategorikan abang ini, aku kategorikan manusia kurang adab yang setaraf dengan lokasi-lokasi penyahtinjaan. Ini al-kisah pemandu bas yang suka marah-marah kepada penumpang. Kondisi bas memang tip top. Sangat selesa. Tapi adab kurang. Terobesiti dengan baran. Kalau nak marah-marah makcik pakcik, tak perlu lah. Sebab diorang ni makan lagi banyak garam daripada abang oi... Hal kecil saja, pasal tiket dan tempat duduk. Siapa yang suruh parking bas jauh daripada platform? Buat aku panas saja.
Selepas 4 jam perjalanan dari KL-SERI ISKANDAR, aku turun bas melintas terus jalan raya besar yang di atasnya jejantas khas pejalan kaki. Haha. Aku disajikan dengan tompok-tompok tahi kerbau. Serupa baunya dari dulu lagi. Paling aku ingat, ada anak pokok bercambah betul-betul atas tompokan. Menunjukkan tahi-tahi mereka sudah lama dan sudah lama mereka meninggalkan kawasan itu selepas meragut rumput UTP yang subur. Yelah...hampir 24 jam disiram dengan air pancur automatik.
Bila sampai bilik, aku rasa tak sampai-sampai lagi. Banyak yang ditinggalkan di belakang. Tapi ini perlu dilalui. Bukan tercicir tapi memang terpaksa melangkah pergi. Meninggalkan semua kenangan tapi tidak tertinggal dalam ingatan. Mungkin untuk beberapa minggu. Aku nak balik JB...haha
Berat rasanya kali ini untuk tinggalkan Kampung Melayu walaupun untuk sementara. Tinggal beberapa hari lagi, tapi tiket tak beli lagi. Perak tengah menunggu, hati masih disini termangu. Entahlah. Mungkin dah terlalu banyak yang membahagiakan aku di sini. Tempat lahir aku. Tapi dalam masa yang sama, aku suka mengembara. Dulu pun aku melompat gembira dapat berkelana di Perak nun di utara sana.
Bercerita pasal mengembara, pertama kali aku berjauhan dengan keluarga ialah sewaktu masuk ke asrama. Waktu itu aku memang gembira sakan. Sebab aku nak tahu, apa yang menarik duduk di asrama. Selang seminggu, aku mengaku aku homesick. Tipulah kalau tak rasa homesick. Tapi tak teruk lah. Tak bernanah cuma luka kecil, terseliuh sikit. Aku terus telefon bapa aku.
Setiap perkara yang aku lakukan terlalu sempurna sebab aku nak samakan perlakuan itu serupa dengan apa yang aku lakukan di rumah. Akhirnya aku sudah biasa dan gembira. Pengalaman-penglaman menarik mula muncul. Setiap daripadanya buatkan aku menghargai kehidupan.
Bila berjauhan dengan orang yang tersayang, sebenarnya sedar tak sedar, ia memberi banyak inspirasi dan motivasi untuk kita buat apa sahaja dengan terbaik. Masa-masa gembira dengan rakan-rakan di asrama memang tidak terganti dengan yang lain. Disinilah kita kenal siapa kita yang sebenar. Apa identiti kita.

Apabila kita di universiti, teman menjadi kaki dan tangan kita. Sebab mereka juga turut mendorong apa yang kita lakukan. Seboleh mana kita jadilah diri sendiri. Kerana nanti kita akan sendiri juga akhirnya. Jadi kalau sekarang kita sendiri, ingatlah yang perlu dihayati.
No comments:
Post a Comment