Aku bukan kaki pasar malam. Sebab itu aku akan fikir dua kali atau tiga kali atau empat kali untuk berada di pasar malam. Eh aku bukan anti-sosial. Aku akan numb bila berada di sana. Tak kisahlah di pasar malam Taman Maju, Tronoh ke atau di Taman Universiti atau di Kampung Melayu Majidee. Aku rasa hanya tiga tempat pasar malam tersebut sahaja yang aku pernah singgah dan pernah menyinggah dalam hati aku.
Kakiku Terhenti di Pasar Malam. (Aku bermonolog)
Kalau pergi pasar malam, banyak mata-mata akan meliar sana ke sini, situ ke mari. Selain tak tahu nak beli apa, aku pun tak tahu nak buat apa. Jadi kebiasaannya kalau aku pergi pasar, aku akan lihat mata-mata yang meliar. Memerhati sajalah selain beli makanan untuk mengelakkan dicop 'pergi pasar malam tanpa hala tujuan'. Haha
Tapi semalam, segalanya berubah bila aku terteman mak aku pergi pasar malam, setelah beberapa tahun tidak melawat pasar malam Kampung Melayu Majidee. Beli bawang, beli kentang yang 500 gram RM1.20? Tunggu mak aku cari tudung berfesyen indon berharga RM5.00 yang sekarang menjadi kegilaan wanita-wanita Tanah Melayu. Sempat pula aku terserempak dengan kawan lama.
Kakiku Terhenti di Pasar Malam. (Aku bermonolog)
Memang aku ditakdirkan akan pergi pasar malam, pada malam itu. Lepas teman mak aku, aku pergi 2nd Trip berdua-duaan dengan Hasyiemey. Hasyiemey ni dah set tujuan ke mari. Sebenarnya dia lah yang ajak aku dulu sebelum mak aku. Aku terus jawab ya. Haha
Pada kebiasaannya otak aku dah set, makanan yang aku cari untuk mengelakkan dicop 'pergi pasar malam tanpa tujuan' ialah tauhu bakar, kebab daging, taufu-fa, dan laksa.
Berdasarkan senarai, aku berjaya beli tauhu bakar, taufu-fa, dan tambahan tapai ubi dan kulit ayam. Memang terbukti aku agak berkarakter tradisional di sini. Entah malam tadi, pelayaran aku kat pasar malam Kampung Melayu adalah yang terbaik. Pengaruh Monsoon Cup la nih. Mungkin sebab dah lama tak singgah pasar malam. Bersyukur sebab pasar malam Kampung Melayu adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan 2 lagi senarai pasar malam yang aku pernah pergi.
Pasar malam Kampung Melayu Majidee ada pakcik dan makcik yang tiada penglihatan, bermain tamborin sambil menjual tisu. Seingat aku, mereka ni dah ada sejak aku singgah pasar malam dengan mak bapak aku waktu sekolah rendah dulu. Tengah berlayar dalam keramaian orang, aku perasan muka-muka yang pernah aku kenal waktu dulu-dulu. Waktu di sekolah rendah, waktu tunggu bas sekolah di sekolah agama Dato' Abdullah Esa dan makcik pakcik yang menjual barang bagaikan tersenyum, macam pernah kenal. Tapi tak kan aku nak tegur selamba aja. Yang betul-betul rapat saja aku akan tegur. Karang kena tuduh 'GP' gila populariti pula atau 'PP ' perasan pupolar.
Terasa kembali semula di Kampung Melayu Majidee. Ceyy... Itulah sesuatu yang merubah segalanya. Balik pasar malam, aku singgah rumah Faris, kawan lama aku juga... Melantak semua hasil pelayaran yang aku beli malam tadi. Pengaruh Monsoon Cup lagi.
Owh memang dah lama tak makan tauhu bakar. Mungkin itu pun salah satu yang jadikan pelayaran aku di pasar malam Kampung Melayu Majidee menjadi yang terbaik. Terasa kembali semula...
Satu lagi perkara baru bagi aku.
No comments:
Post a Comment