Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Hidup Ini Bagaikan Dilonjak-lonjak



Selepas kita keluar daripada plasenta emak kita, kita dah dengar azan atau iqamah. Daripada getaran tulang-tulang osikel kita dapat menghayati melodi tadi yang menandakan kita sudah dapat nikmat yang palin besar sekali. Selepas itu, kita dikeringkan dengan tuala bersih. Darah nifas dan bendalir amnion semua sudah bersih daripada tubuh kita. Selepas itu kita ditimang-timang dengan beberapa dan mungkin tak terkira telapak tangan manusia. Waktu itu kita mungkin tak sedar. Hidup ini bagaikan dilonjak-lonjak. Serupa keadaannya bila kita ditimang-timang manja ke udara, tak berapa pasti berapa tingginya.

Dalam hidup manusia, aku percaya ada sampai masanya kita akan rasa kehidupan itu sangat bermakna. Semacam puas rasanya. Tapi kepuasan itu kadang-kadang menempelak pandangan kita pada satu sudut yang sepatutnya direnungkan terlebih dahulu.

Kita akan gayat bila dilonjak ke udara. Waktu itu, dalam fikiran kita yang muncul ialah takut bila jatuh ke tanah tak bersambut. Itulah bentuk rintangan dan ujian yang ditakdirkan untuk kita rasai. Kita tak tahu, kita disambut atau tidak disambut nanti.

Bila kita terlonjak sampai ke aras yang paling tinggi, kita berubah emosi ketika itu. Rasa semacam gembira sebab dapat melihat keseluruhan pandangan 360 darjah tanpa halangan. Dapat menghampiri langit, menghayati keindahan bintang-bintang. Mengalpakan apa yang kita gerunkan seketika yang tadi.

Kepuasan. Itulah yang kita akan rasa, kita akan nikmati, dan yang kita akan hargai. Kita akan ingat sampai bila-bila dalam sel otak. Tiba masa dan ketika, impuls akan teruja dan kita akan menyusun kembali foto-foto bintang-bintang yang kita ambil di aras yang tertinggi.

Akhirnya, tiba masa untuk kita sedari. Mata perlu dialihkan ke bawah. Mencari tangan siapa yang akan menyambut kita dari aras tertinggi. Disitu, kita akan melihat tangan-tangan menadah. Pilihlah.




6 comments:

Half said...

ko nk tadah aku tak?

k e r e p e k t e m p e said...

malas nak tadah ko..takut tercicir.. aku bagi lampu hijau bergemerlapan je lah

SaPek said...

agaknye ko terhempas kot kat lantai time kuar dr mak ko... 2 yg x besar2, x tinggi2 lagik tu.. kikikikikiki

penaberkala said...

klu ak jatuh dari lgt ke-7, ko tolong tadah ye,haha

k e r e p e k t e m p e said...

sapek ngekngok hahaha

k e r e p e k t e m p e said...

insyaallah nua..kalau ko jatuh kat bubur ssyura aku sanggup tadah guna dayung haha