Hari ini dalam sejarah aku baring meniarap hampir 12 jam sambil keletak-keletukan menekan papan kekunci. Baru kelmarin papan kekunci dibaiki secara halus. Masalah pemutar CD/DVD pula gantinya. Bertambahlah kesulitan pengeditan video Asylum. Macam harem situasinya sekarang. Selain audio dan video yang entah bilakah akan elok.
Hampir sepurnama aku tak dengar lagu-lagu bernada klasik, pop dan semua jenis lagu. Aku gemar muzik 80-an tempatan dan Inggeris. Filem-filem yang aku tengah kempunan nak tonton. Mungkin ada hikmah.
Status sekarang adalah pekerja yang kerja tak lengkap lagi. Masih berusaha meniru gaya orang-orang profesional. Bawang-bawang.
Idola aku adalah semua orang. Paling hampir ialah rakan dan kenalan. Sangat menghargai mereka selain menghargai lebih kepada keluarga sendiri yang selalu bagi aku sokongan walaupun tak nampak secara harta berjuta.
Aku masih ingat lagi uri aku atau plasenta aku ditanam dan ditemani lampu minyak tanah cina. Yang berjelaga dan ada gambar Ah Moi di tempat pemegangnya. Mak aku cakap, dulu mak aku letak pensil, dan duit syiling. Uri itu ibarat kawan kita semasa dalam perut emak. Ini adat orang Jawa. Menarik kan?
Lampu minyak tanah diletak untuk mengekalkan suhu suam yelah..bayi kan tak tahan sejuk. Pensil adalah simbolik kepada education manakala duit syiling simbolik kepada kekayaan. Walau apa pun, kita tak boleh jadi uri, dan uri tak boleh jadi diri kita.
Sekarang, yang paling utama ialah diri sendiri. Resipinya ialah jadi diri sendiri dengan berhemah. Tipu kalau tak pernah merindui seseorang. Sebab aku tengah merindui separuh diri aku yang dulu-dulu.

10 comments:
tulisan kau semakin bagus.
teruskan menulis. hehe
aku setuju dgn usop.
acab,ko ke nih? cam len je picture nih,haha
penulisan penuh ngn memori sambil membuai kita ke masa lampau. (sambil diiringi muzik rohana jalil)
aku rindu kan... separuh diri ku..
ko rindu aku ke cap?
usop: terima kasih daun keledek usop.. haaaa tahniah dapat 2000...bila nak kawin? haha
daus: alamk sori daus.. malm tadi mood aku trkurung kt bilik..x dpt nk join korang men basket
nua: nampak muda kan? hahaha gamba yg paling menggamit memori kt v5 old
mekot: rohana jalil perghhh kalau dengar rasa mcm muda kembali kan mekot
haf: ko dah separuh menara klcc hehe
Post a Comment