Pernah aku bercakap dengan kucing-kucing di belakang rumah aku. Meluahkan apa yang aku rasa, apa yang aku rasa perlu diceritakan dan apa yang aku simpan sampai jadi jeruk kedondong. Bukan sengaja kencing buat cerita palsu. Memang aku obses bercakap dengan kucing waktu aku bersekolah randah tahap dua.
Kucing-kucing itu teman aku waktu aku gusar dan gembira. Emak aku memang anti dengan kucing kerana bulunya dan tahinya. Ikut bulu. Macam orang-orang atas sekarang. Sebab itu aku hanya menunggu sisa-sisa ikan yang telah disiang oleh emak aku. Sambil curi-curi ambil 3 sudu susu tepung Anmum kepunyaan mak aku, sebagai hidangan istimewa untuk kucing-kucing di belakang rumah.
Aku sangat percaya hubungan manusia dan haiwan hampir serupa dengan hubungan sesama manusia. Mereka seolah-olah mengerti apa yang kita ucapkan. Cuma mereka tidak boleh berbahasa bahasa manusia lah. Terapi bersama kucing sangat berkesan. Bila kita usap bulu mereka, lantas reaksi manja mereka membuatkan hati kita tenang. Hilang semua gundah gulana.
Sudah hampir 6 tahun, aku sudah lama tidak mengamalkan tabiat aku yang itu. Bercakap dengan kucing. Tapi sekarang, teknologi mengubah segalanya. Kalau ke tandas KLCC yang berbayar RM5, semuanya automatik termasuk 'flush' lubang tandas. Jadi penggantinya ialah siri bercakap dengan blog.
Mengerti sendiri apa yang kita tulis sedikit sebanyak memberikan kita kesedaran tentang kekurangan kita sendiri. Kiranya kita bermonolog kemudian kita juga menjadi teman ilusi kepada diri kita sendiri. Macam melihat imej songsang kita di cermin satah 90 darjah.
Baru-baru ini, kucing ini datang bagaikan memberi petanda. Kucing ini membuat isu sedikit di rumah V3E T-2-2. Gempar bila terjumpa kepala anak kucing putus di pintu hadapan tandas. Malangnya kucing berstatus ibu ini tiada otak kerana sanggup mengunyah anak kandung yang baru dilahirkan. Isu-isu!
Kucing yang satu ini inilah mengingatkan aku pasal Siri Bercakap Dengan Kucing, yang pernah aku amalkan dahulu. Yang macam aku cerita. Alangkah bagusnya kalau dapat amalkannya kembali, atau meneruskan Siri Bercakap Dengan Blog.
2 comments:
kucing makan anak, itu satu sudut, kucing lapar sampai makan anak sendiri, juga satu sudut, kucing tak dibagi makan oleh manusia sampai makan anak sendiri, lagi satu sudut, manusia tak menjadi khalifah bumi Allah antaranya dengan tidak memberi makan pada kucing sampai kucing makan anak sendiri, maka itu juga SATU SUDUT!
pada SATU SUDUT, kucing itu kucing arnab sebenarnya. Kemanusiaan
Post a Comment