Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Mereka


Mereka. Sebab tak pernah ada peluang untuk bekerja. Untuk rasa susah bekerja. Untuk rasa penat bekerja. Untuk rasa nikmat bekerja. Kerja untuk menyusahkan diri. Keluar daripada zon selesa dan lompat melepasi zon kebergantungan. Kalau ada pertandingan lompat tinggi, semestinya mereka telah mendahului. Untuk menikmati usaha dan kegigihan rakan-rakan lain yang gigih berusaha dengan niat yang sangat indah kalau dilihat daripada mata hati. Untuk buka mata hati se-360 darjah yang boleh. Bukan seperti burung yang terbang bebas memerhati, tapi sehati terkunci mati. Mereka bekerja untuk mendapat duit kocek. Mereka belajar tidak lokek. Mereka bekerja untuk tidak membebankan ibu bapa. Mereka bekerja sebab mereka hanya orang biasa. Mereka bekerja kerana mereka duduk di setinggan sahaja. Mereka bekerja kerana matangnya pemikiran. Mereka bekerja untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan rakan-rakan mereka yang kaya-raya. Mereka tidak kisah bekerja di kilang kayu. Mereka itu jelas, sangat tidak dungu. Mereka tidak kisah bekerja di kilang roti. Mereka tidak pernah patah hati. Mereka bekerja untuk dapat menampung yuran Universiti. Mereka bekerja untuk belajar sampai luar negeri! Ternyata mereka tidak rugi. Mereka lihat bergaya. Dengan kot yang disulam dengan pengalaman dan ingatan. Mereka ada kereta limo yang panjangnya sama dengan akal fikiran. Mereka berkasut hitam yang kilat seperti hati juara. Mereka berpangkat dan mereka diangkat-angkat. Amin.




2 comments:

penaberkala said...

fuh,nice
monolog yg mantop abis

k e r e p e k t e m p e said...

aku brmomolog time brjalan2 naik moto tadi..tanpa arah. ttibe aku masuk satu kwsn yg tak pernah aku smpai..tmpt tu menarik..terus tringt pasal kawan aku..dia dah kt oversea skrg