Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Bas Tambang Untuk Singgah di Pekan Kematangan




Dah lama rasanya tak tengok tiket-tiket bas konduktor dulu-dulu... banyak kenangan tuuu




Pekan Kematangan tidak akan datang menaiki bas tambang yang tidak berhawa dingin dan rebung untuk singgah ke jiwa kita. Lagi-lagi kalau bas itu rebung keadaanya. Kitalah yang sendiri perlu naik bas dengan kaki kanan untuk singgah di Pekan Kematangan.

Bermacam fikiran berlegar di minda. Perlukan tiket atau bawa sahaja syiling sezaman dalam kantung. Kita tidak tahu sama ada bas yang kita tunggu itu bas berkonduktor atau bas tabung atau bas ekspress barangkali. Tapi bas ekspress kena beli tiket dahulu. Mudah. Ikut nasib dan suratan kalau memang keadaan elok, takdir menentukan kita bernasib baik terus dapat ke Pekan Kematangan dengan mudah. Keadaan itu yang memudahkan kita sampai ke sana.

Tapi bagaimana sekiranya bas yang akan kita naiki itu ialah bas berkonduktor. Kita tidak cukup sedia dengan wang syiling yang mencukupi. Sedikit kelam-kabut. Lagi-lagi kalau konduktor itu tidak mempunyai wang kecil untuk wang baki. Tarik nafas dalam-dalam. Buka mata luas-luas. Biar terjojol biji mata. Luas pandangan. Biar penuh imej konduktor bas itu dalam kornea mata.

Tidak perlu risau kerana masih ada cara untuk kita sampai ke Pekan Kematangan. Bagi salam dekat orang sebelah. Tanyakan jikalau dia sudi memberi pinjam wang syiling yang kecil jumlahnya. Mudah dan akhirnya nanti kita dapat turun dari bas melangkah ke Pekan Kematangan.

Memang begini agaknya fenomenanya. Aku mahu senegeri dengan mereka yang telah berada di Pekan Kematangan. Tidak tahulah mereka yang lain. Kesedaran ini datang tiba-tiba. Teruja untuk ke sana kerana hendak mengembara apa yang ada di Pekan Kematangan. Kerana pemerhatian aku menampakkan sesuatu yang menarik di sana. Yang aku lihat, yang aku dengar, yang aku rasa dan yang mereka tonjolkan.

Tetapi sejauh mana penilaian orang lain? Siapakah kita untuk berkejar-kejaran ke Pekan Kematangan? Sedangkan bagi mereka yang telah sekian lama berada di sana, sudah lebih makan garam mahupun asam.

Kita bukan bumiputera di sana. Kita adalah musafir. Bagpackers yang tidak tahu serba-serbi lorong-lorong yang berbelit di Pekan Kematangan. Hendak mencari tandas pun perlu bertanya penduduk di sana. Entah-entah tidak cukup 20 sen untuk masuk menunaikan Qada' Hajat.

Sehingga kini, aku masih bertanya. Benarkah Pekan Kematangan itu benar-benar indah seperti yang dilihat secara lahiriah, dan apabila kita berada di sana nanti, kita akan jadi diri sendiri?

Kembara ke Pekan Kematangan masih belum berakhir lagi. Sebelum bah datang menenggelamkan perkara-perkara kebiasaan, lebih baik sediakan kolek untuk tampak bersedia dan serasi dalam apa jua keadaan nanti. Tapi seharusnya Pekan Kematangan itu tidak berlari-lari bila kita cuba mengejarnya. Yang aku rasa.





6 comments:

Akin Muhammad said...

okay. entri kau yang kali ni semakin bagus. kau kena teruskan menulis acab. macam kau panjat gunung.

k e r e p e k t e m p e said...

baru tau rasa kepuasan mnulis..tapi minat2 saja.. trima kasih usop

Akin Muhammad said...

sama-sama.
apa pun gambar tiket bas itu sangat klasik. sama macam tiket bas di Batu Pahat-Kluang, bas Johore Motore tu. atau, tiket bas standard Johor macam tu?
aku cilok gambar tu buat kenangan masa hadapan.

k e r e p e k t e m p e said...

haha bas ting tong tu..a'ah..serupa je kot dgn bas omnibus ipoh...

tapi mmg dulu ada kenangan sesat naik bas ting tong hahahaha

Syafiq Effendi Faliq Alfan (SEFA) said...

entri ni bagi aku idea, jom jelajah perak naik bas tambang nak? ajak bebudak TTS yang lain, ho ho ho ho

The other summer finn of shinnecock said...

Serious aku pernah nak buat jalan jalan ipoh naik bas. Ahaa. Jom!