Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Telur Pindang 2014


Senang kata kalau nak kawin kena tahu cara buat telur pindang. 

Telur pindang sebenarnya elemen yang tradisional dan jarang orang kerja kahwin sediakan. Telur pindang ni prosesnya ambil masa 2 hari untuk merebus telur-telur. Selalunya kalau korang pergi makan nasi minyak, lepas tu mesti dapat berkat atau bekalan makanan. Bersama berkat itulah telur pindang ni akan disertakan. Telur pindang jadi elemen tanda penghargaan tuan rumah lah kepad tetamu. Telur pindang sekarang ni jarang-jarang jumpa. Sekarang ni orang orang kasi bunga telur dengan telur rebus biasa. Kira kalau dapat telur pindang memang spesial lah. 

Yang menariknya, sejarah bunga telur macam dah terevolusi. Kalau dulu, waktu zaman-zaman aku kecil dulu, aku dapat telur pindang sambil dibalut berpintal kedua-dua hujung tisu merah. Ala...tisu yang berwarna merah yang biasa kita curi di warong-warong makan biasa tu. Itulah bunga telur zaman dulu-dulu. Teknik bungkusnya cukup tradisional. Menarik.

Lepas zaman tu, telur rebus ni diikat bersama bunga telur pula. Lepas zaman tu pula, telur rebus diletakkan dalam tembikar/porselin kecil berbentuk bakul untuk letak telur rebus. Emak-emak suka kumpul bakul tembikar/porselin tu. Buat koleksi lagi. Lepas zaman tu, telur rebus diletakkan dalam beg kertas dengan jajan atau makanan ringan atau kerepek pisang, kerepek kentang, macam tulah bentuknya. Zaman sekarang, telur rebus atau telur pindang ada yang dah  berganti dengan cupcakes yang cantik corak-corak aisingnya. Ini semua adalah berdasarkan pengalaman dalam 20 tahun datang ke kenduri kahwin. 

Pernah sekali dulu terlibat dalam penyediaan telur pindang. Tapi kali ini agak menarik dapat tolong dan tengok, bukan tolong tengok dalam jarak dekat. Prosesnya nampak mudah tapi agak leceh tapi menarik untuk diketahui. Kalau rasa nak kahwin, korang kena tengok proses buat telur pindang ni. Agak spesial lah kalau ada telur pindang. Kalau malas, jangan kahwin. Haha

Baru aku tahu, telur-telur ayam biasa ni perlu disusun rapat-rapat dalam periuk besar untuk jimat ruang orang kata. Telur-telur ni disusun berselang dengan campuran daub-daun terpilih. Haa.. daun-daunnya macam daun serai, daun pandan, daun jambu, daun kunyit. Setiap peringkat ni akan dicampurkan rempah jintan.

Proses ni makan masa beberapa jam untuk datu periuk besar. Bila dapat tolong susun telur-telur ayam tu, rasanya akan mudah memahami kenapa disusun bertingkat-tingkat. Nak pastikan betul-betul sebati. Jadi telur pindang nanti sebati lah rasanya.

Jangan lepaskan peluang susun telur-telur tu

Lepas proses ni, telur-telur yang 2500 biji ni tadi akan direbus dengan api yang kecil. Selama dua hari! Inilah tahap yang lecehnya. Sebab perlu kesabaran nak menjaga apinya. Pastikan tak padam ditiup angin dan gasnya tak dibawa lari mat gian.

Kalau daun pandan dah lecur, maknanya dah mendidih

Kalau ditugaskan jaga telur pindang ni alamat kena berjaga. Pastikan banyakkan aktiviti sepanjang menjaga tu. 

Berkarok dengan gitar akustik,

(berlakon sepam)

Duduk bercangkong,

Kalau dah bosan sangat, anda boleh cuba ini. 

Lepas berjaga tidurlah secukupnya sampai matahari tegak. Dan jangan lupa bersarapan tanpa bergosok gigi tapi berkumurlah. Tapi tak mengapa tak mandi. Lagi sedap pekena roti canai bersambal.

Penat berjaga tapi pengalaman tu menarik. Liku-liku cerita ni semuanya pasal telur pindang untuk korang. Korang lah sebagai tetamu.

(aku punya telur pindang mungkin 2014...ngaumm haha)

 

2 comments:

Admin said...

nak makan telur tu!
mcm bes je!
hahahaha

k e r e p e k t e m p e said...

hahahha
kenalah tunggu 2014~~