Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

J****n Belakang Rumah


Sesungguhnya, blog kerepektempe ini kalau dilihat memang bosan sebab bermain dengan dua warna sahaja iaitu hitam dan putih. Beberapa kali kepala visualnya ditukar mengikut suka hati aku. Aku tetap suka membebel di sini, sendiri haha. Ini cerita tengah malam semalam, sedang aku asyik meratapi semua hasil-hasil bebelan aku yang lepas-lepas. Seronok juga baca blog sendiri sebab, aku dapat ingat kembali apa yang pernah aku rasa, buat dan dapat.

Boleh dikatakan, tahun 2011 ini sangat pantas roda dan gandarnya berputar. Rancak dengan kedatangan pelbagai pengalaman baru dan membahagiakan, macam orang dalam lamunan cinta. Ya, waktu-waktu berseronok dengan keluarga, kawan-kawan dan kawan-kawan baru, buat aku rasa ada kehidupan. Dalam jamban belakang rumah pun ada kehidupan bila sampai masanya.

Sebenarnya aku nak cerita pasal jamban belakang rumah. Budak-budak zaman sekarang mesti tak tahu jamban belakang rumah macam mana. 'Jamban belakang rumah' adalah sama jenis dengan washroom/tandas, tetapi unit ini yang biasanya boleh didapati dalam bangunan, dibawa keluar bangunan. Maksudnya, unit tandas yang berada di luar rumah/belakang rumah biasanya.

Hendak dijadikan cerita, jamban belakang rumah ini sebenarnya bagi aku banyak kenangan yang dilalui bersama aku sejak kecil dulu. Teringat dulu bila 'penggera' berbunyi, kelam kabut cari lampu picit atau lampu minyak tanah (yang ada gambar perempuan Cina) untuk menerangi kegelapan dalam bilik berpersegi kecil itu. Sedikit sebanyak, pengalaman itu mengajar aku tentang keberanian. Dulu waktu kecil mungkin agak takut-takut sampai suruh orang teman, sebab menganggap ianya angker. Yelah, tempat orang buang benda-benda tak elok katakan.

Itu kisah jamban belakang rumah pada waktu malam. Menjelang siang, jamban belakang rumah aku dulu memang tempat paling strategik untuk bersembunyi. Waktu main Polis Entry, lokasi ini memang panas. Oleh sebab tak nak orang jumpa, sanggup bersempit 4 orang dan memanglah akan berkunci. Taktiknya mudah. Jangan buka kalau ada orang ketuk. Alamatnya, malanglah siapa yang nak berhajat. Paling bahagia, bila budak-budak yang main Police Entry tak dapat cari sampai Maghrib.

Ada pernah satu hari, tragedi malang berlaku pada aku. Niat aku sama seperti selalu. Bila 'penggera' dah bunyi, aku terus buka pintu belakang rumah, melangkah palang pintu, kemudian berlari menuju ke jamban belakang rumah. Mungkin malang pada hari itu, ada mak ayam tiba-tiba tenung sambil mengembangkan ekor. Tiba-tiba terbang mematuk 'belakang' aku. Aku apa lagi. Terus menangis sebab sakit 'belakang' aku dibuatnya. Aku menangis sambil berdehem dan sambung balik tujuan asal aku.

Belakang rumah aku ini selain ada jamban, ada juga pokok durian belanda. Buahnya manis, masam-masam sedikit. Pokok ini terletak dalam koordinat X:Y = 2:1 dari jamban belakang rumah aku ini. Pokoknya rimbun, dan selalu berbuah. Mak aku pernah jadikan durian belanda untuk buat ais-krim batang Malaysia yang 20 sen. Adalah jualan kecil-kecilan. haha

7 comments:

Jamal Ali said...

Kenangan lalu jangan sesekali untuk dilupa... :)

Hazwan said...

umah aku ade lg jamban kt luar..kalao emergency bleh gune haha

k e r e p e k t e m p e said...

Jamal Ali: Semestinya tak akan dilupa atau melupakan supaya tak dilupakan :)

k e r e p e k t e m p e said...

Yau: haha samela, walaupun ada tandas kat dalam dah tapi simpan lagi tandas tu. Orang kata , sediakan payung sebelum hujan. Dulu kayu, sekarang dah batu. Tak risau dah kalau angin tiup roboh haha

Asyraf Maskan said...

Pengajarannya, kalau beli ais krim batang M'sia berperisa durian belanda, kena tanya makcik tu dulu tanam pokok kat mana haha

penaberkala said...

Jamban luar rumah dah kena roboh,haha
time kcik dulu, rela mintak tolong orang suluh ikut tingkap sebab gelap,lol
smua tu kenangan
orang skang mudah, berak je terus flush
tak payah susah-susah

Asyraf Maskan said...

Haha tologn suluh? agak kejam kih kih kih. Dulu kena tadah air dalam baldi hahahahhaha itu pun kenangan