Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Pantas Masa Berlalu

Pantas Masa Berlalu : Gambar-gambar Pilihan Minggu Ini




Zaman Foundation dulu, basikal dah lazim jadi pengangkutan paling popular selain dua pasang kaki. Jarak antara V5 Old (sekarang dikenali sebagai V6) kalau diukur pergi balik kelas, boleh masuk merentas desa.



Dulu selalu melayan perasaan di bawah pokok besar tepi tasik. Sekarang posisi pokok besar ini berada di bahagian kiri laluan baru depan Chancellor Hall. Ada orang jumpa benda melayang atas pokok ini malam-malam~

Antara aktiviti yang dilakukan dekat pokok besar ini. Memanjat seperti monyet atau kongkang.


Waktu-waktu stress dalam 'study week'. Antara kaedah lama menghilangkan stress. Selain berjoget-joget dan membuat rakaman video dalam bilik secara berjemaah. Waktu ini komputer riba masih belum mampu dimiliki. Kalau tidak 'kompom' layan Facebook, Friendster, Movie dan sebagainya.


Kalau laluan taman USM ini 'kompom' ramai yang biasa lihat dan hafal. Taman depan USM ini menjadi laluan utama budak-budak Foundation. Tak percaya laluan ini tetap sepesen, tidak berubah.

Tasik V5 Old memang tempat yang paling seronok untuk bagi ikan makan. Kerap 'kot' singgah kat sini. Pagi-pagi, kalau nasib baik dapat tengok memerang berenang. Aku duduk blok Propana. Betul-betul tepi tasik. Selalu nampak senior-senior memancing ikan, berendek dan buat BBQ. Tasik ini cetek sebab dasarnya berbatu-batu kerikil. Jadi kalau rendam kaki dekat tepi boleh nampak jelas ikan-ikan berenang-renang sambil makan daki korang. Tapi dekat bahagian tengah tasik agak dalam sebab bekas lombong. Di hujung tasik pula ada kebun orang. Owh kami pernah sampai hujung sana!


Laluan blok Duyung. Waktu ini kawasan ini ditutup sebab nak buat penyelenggaraan. Tapi ada laluan susur gajah dulu dikepit oleh dua blok yang seram macam haram. Kalau balik dari Tutorial English 1 dulu, selalu buat-buat berani lalu kawasan ini. Untuk menghilangkan rasa takut, nyanyi sorang-sorang atau kalau ada 'henset' waktu itu, buat-buat tulis mesej. Padahal taip.... 'lrjwneunj39*&heun'



Kalau sesiapa yang tak tahu, UTP ada kawasan padang pasir unta. Laluan haram ke arah masjid An-nur. Kawasan ini sekarang dah jadik tapak cafe V6 dan laluan depan CH. Kawasan ini selalu ditempuh sehingga berpeluh-peluh paling kerap pada hari Jumaat. Dekat sini dulu selalu jadi taman rekreasi untuk berjoging. Kalau balik dari kampung tengah-tengah malam, kena juga lalu kawasan ini. 'Kompon' jumpa saudara yang dinamakan anjing.

Hari-hari yang dilalui sepanjang Foundation dulu memang advanture lah. Rasa sangat pantas masa berlalu. Walaupun aku belum lagi final year, tapi perubahan suasana itu sangat drastik dan kadang-kadang aku tak percaya aku sudah berada pada posisi aku sekarang ini. Dulu mungkin banyak pengorbanan, tapi sekarang bila sedikit demi sedikit masuk ke zon selesa, keazaman itu semakin kurang. Yang dapat menambah keazaman itu sendiri adalah kesedaran.

Memang terlalu pantas masa berlalu...


8 comments:

penaberkala said...

waaah..teringat zaman dulu2..duk di metana, makan di v1 kafe..
balik mkn smp kat bilik jd lapar blk,haha
pagi2 dgr org tgh buat kerja pembinaan, kong keng kong keng!
krisis air? erm,sentiasa kot

Anwar Samad said...

auh acap..
teringat aku zaman muda remaja aku dulu.. hihihihi..

[ acabond ] said...

hahaha tau takpe...
makan kat usm balik Propana lapar balik jadik tahi..haha
kong keng kong keng tu dah jadi melodi sehari-harian
air kotor dan berkarat..
tapi after 2007, segalanya berubah! dah cat dah blok2 buruk tu
bayangkan, waktu pertama kali aku sampai, famili aku ckp mcm kilang haha

[ acabond ] said...

waktu gila-gila remaja... tapi sekarang lagi gila dengan korang haha

Half said...

ko slalu berak kat pokok besar tu kan..
ish2.. kenangan ko rupenye..
mmg patut la subur pokok tu.
hahaha

aku selama hdup dalm utp smpi la ni..
2 village je..
v2 dan v5..
hahaha.. tp puas aku teroka seluruh pelusuk utp..
dr yg boleh masuk dulu smpi xleh masuk skang.. cume 1 tmpt je lagi aku blum teroka.. utan kecik kat tgh2 akademik block.. jom!!

[ acabond ] said...

owhhh hutan tu ke? kitorang dah meneroka waktu maghrib2 dulu haha..
kat situ ada pondok usang yang seram
mungkin ada org cuba robohkan takut ada berendek

tapi pemandangn kat situ ada bukit
dari situ nampak landasan helikopter yg kt hujung tu

Half said...

nnti bawa aku ye

OoizzioO said...

haiyooo acap
sentimental aku tgk
teringat aku zaman tgh hot dulu
nway...
ko mcm sama je
sepesen tak berubah pape pun