Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Duit Syiling Basuh Baju


Menjana transformasi (latar bunyi tepukan tangan). Mungkin itu sebabnya syiling berzaman yang digunapakai di Malaysia ini mengalami revolusi siri ketiga dalam tempoh 20 tahun. Ya, setelah berapa banyak peluh dan daki bangsa-bangsa yang wujud dalam Malaysia ini, melekat atas syiling tersebut. Sesuatu yang lama terkumpul. Sama macam terkumpulnya nilai sentimental duit syiling Malaysia 50 sen yang ada motif wau atau bangunan parlimen di belakangnya. Tak perasan? Sampai sekarang pengadil bola sepak akan beri pilihan, nak 'bunga' ke nak 'wau' untuk tentukan siapa main dulu.
Bagi aku, bila duit syiling 50 sen yang bermotifkan sulur kacang dan berbentuk bulat berlekuk 9 ini menggantikan yang lama, macam mana nanti aku nak guna mesin jaja (vending machine) basuh baju?

Oh mestilah kena tukar reka bentuk mesin jaja (vending machine) basuh baju yang lama kepada yang baru dan bertepatan dengan corak syiling 50 sen yang baru. Lagi-lagi di universiti tempat aku belajar ini. Kalau tak tukar, habis pelajar buat demonstrasi. Pelajar universiti kan ada 'Power'! (gelak kecil).

6 comments:

~ Red Tulip ~ said...

eehh...duit limaposen nk tukar ke??wow~~ =]

Amin Baek said...

tapi cantik a design yang baru ni..

hahah..sama la cab..ak pn tpk td..macam mana nk pki tuk mesin basuh baju tu..hehe..jadi,simpan syiling 50sen lama,byk2.hehe

k e r e p e k t e m p e said...

Red Tulip: 50 sen, 20 sen, 10 sen, 5 sen tukar baru haha. Tahun depan kot baru release, entah haha

k e r e p e k t e m p e said...

Amin Baek: Aah macam dinar emas. Semangat sikitlah nak kumpul duit syiling haha. Tapi tahun depan dah nak tinggalkan tronoh, dah tak boleh pakai mesin basuh gedegang.

Unknown said...

oh yeah? yang baru ke ni? chantekkk...

Asyraf Maskan said...

cantik ala ala dinar emas