Tempoh lebih kurang satu hari satu malam di Kampung Felda Ijok, membawa aku bersemuka dengan kehijauan ramah-tamah desa. Memang seronok!
Duduk sebelah tingkap bas memang itu pilihan aku kalau berkelana ni. Dapat merenung jauh tengok kehijauan kampung, bangunan-bangunan klasik, papan-papan tanda di jalan yang tiba-tiba akan mengingatkan aku kepada sesuatu kenangan dulu-dulu. Wah memang senimental lah! haha
Memang berbaloi dapat balik ke Kampung Felda Ijok. Hamzah jadi teman aku berkelana. Walaupun berdua sahaja, tapi rasa macam bereenam haha!
Yang paling penting berjumpa balik dengan keluarga angkat di sana, abah, mama, along, angah, adik Siti, Maksu, Atuk, Opah dan semua ahli keluarga yang lain. Keramahan mereka ni aku tak dapat lupakan.
Perjalanan naik bas dari UTP memang menyakitkan sebab terpaksa tunggu hampir satu jam untuk dapatkan bas ke Medan Kid. Kemudian dari Medan Kid kami naik bas ke Kemunting. Melalui Taiping sebelum sampai ke Kemunting. Taiping memang sebuah bandar yang cantik. Ada kawasan berhampiran Bukit Larut yang dengan dengan kawasan hijau. Tenang, sejuk, segar... Dari Kemunting kami naik bas Selama untuk turun di Kubu Gajah.
Di Traffic Light simpang empat ke Felda Ijok, Maksu dan Pak ngah sudah menunggu dengan senyuman. Kami bergerak ke rumah abah dan mama dan sampai jam 6.30 petang.

Alhamdulillah keadaan semuanya sihat. Langkah kanan orang kata... kami melantak masakan mama dengan rakus. Ikan duri masak gulai, sotong masak sambal, kuah asam dan yang paling penting sambal belacan mama serupa ada 'kick' dengan yang mak aku buat. Wah! memang mengancam. Aku tambah banyak kali kot. Bergelinangan air mata aku. Memang langkah kanan lagi orang kata....kebetulan durian dah musim. Berderet durian dekat pangkin dalam rumah. Jual memang tak laku dekat Ijok. Sebab rata-rata semua orang ada kebun yang ada durian. Dan bila ada durian... pasangan dia ialah manggis, isteri keduanya rambutan. Aku minat dengan rambutan sekolah kecil, cerita mama.
Al-maklum... kalau balik kampung, 'kompom' berangkut dengan buah tangan. Owh Hamzah dan aku menunjukkan kepakaran mengupas durian dan isi durian. Orang kata nak jadi menantu kenalah pandai kopek durian. Kalau tak, susah dapat bini. Hehe...
Bermalam selama satu hari memang tak cukup. Tapi masa digunakan sesempurnanya. Sempat melawat Opah, atuk, Maksu dan bermesra dengan along, angah, adik siti. Along dapat anugerah kehadiran penuh, angah akan bergraduasi esok dan siti dapat anugerah yang selalu dia dapat, iaitu anugerah pelukan ibu...
Insyaallah Kalau ada ruang, masa dan peluang, tidak janggal rasanya untuk datang ke sana lagi. Seperti dayang, datang tak menghilang, senyuman tidak lekang, pengubat rindu hati kan senang...
11 comments:
elee acap..aku pun ada family..siap xpayah naik bus pun,..jerit je (kg bali)..ha3
anyway...family angkat sangt2 bmakna...
saje nak kongsi kat korang...
(padahal main topik pasal kesedapan sambal belacan, sama mcm kt johor) hehehe
ha3..acap baru makan subuh..kantoi~~~
makan subuh???
mangun =bangun.. (bahasa org mulut masih mnguap..hihik)
takde maknanya~ haha
ko mandi ke tak hari ni? kalau taka ku nak simbah air milo..eh tak boleh kena boikot..air sirap rufaidah lah
ko jgn acap..kalau akak rufi xbuatkan air sirap dia yg 'hot' tu, kehausan ko lpas main futsal hartu..
jom2..bilik aku skang layan Olego..kitaorg boikot MILO!!.. yamatta...
haha tq air sirap rufai...
olego owhhh yg adik beradik milo tu..
sepupu jauh milo la... yg adik milo tu ..VICO..
ayap... tq yea bawakkan durian n rambut-an untuk kami.. ingat ko pada kami..
mmg pengalaman ko sgt bermakna.. aku sukakan perasaan bahagia..
dayang datang jalan berlenggang,
bawa bersama buah berangan,
kenangan dengan orang tersayang,
walau terpisah dilupa jangan.
beshnye ada famili angkat..
Post a Comment