Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Yang Pergi Babai, Yang Kembali Haihai


Abang-abang, kakak-kakak yang bakal graduasi, terutamanya rakan-rakan Tronoh Theatre Shop, selamat bergraduasi. Untuk kakak dan abang selamat intern. Semoga 8 bulan dirasakan sebulan, semoga yang ditinggalkan, ditimang-timangkan. Tiba-tiba aku guna istilah abang kakak. Kita kan orang Melayu. Eh! Aku Jawa...

Aku sempat jadi stalker save image as dalam akaun Facebook. Sekarang memang senang nak cari maklumat peribadi orang lain. Rasanya bakal bos pun akan guna kaedah sama untuk tahu dan lebih mengenali bakal-bakal pekerja dia. Jadi untuk abang dan kakak yang nak bergraduasi, lekas-lekas remove tag gambar yang tak senonoh. Misalnya berpostur pelik ke, bergambar dalam latar belakang yang gelap ke..Haha kalau adalah...

Hasil intipan


Sefa, selamat melalui fasa fetus (8 bulan) dunia dalam perut, sebelum lahir nanti sebagai Jurutera Mekanikal yang berdedikasi. Seronok intern kat Sony!


Tasha, selamat melalui fasa yang sama. Nanti lahir menjadi jurutera awam yang berwibawa dan berfesyen high class waktu gerudi jalan raya. Macam biasalah, kalau rindu-rinduan jangan peluk tiang, peluklah beruang.

Aku rasa riwayat aku dah semakin habis di UTP ni. Lebih kurang 6 jam lagi aku balik kampung.

Yang patah tumbuh, hilang berganti. Yang akan kembali semester hadapan, wiwwit~


2 comments:

Syafiq Effendi Faliq Alfan (SEFA) said...

mekasih2, ho ho ho, ko ambik gamba aku masa muda tu, dalam 3 taun lepas, 8 bulan yang indah bagi aku untuk aku berehat sepuas2nya, doakan ketenangan aku tak terusik 8 bulan ni, kalau terusik pun, doakanlah aku tabah menghadapinya, moga2 ko pun tabah gak menghadapi cabaran dalam hidup dan dalam TTS untuk 8 bulan tanpa aku (macam la aku ada tolong banyak kan)

k e r e p e k t e m p e said...

haha aku curik kt fesbuk ko. mcm ko amek gamba dia kat friendster~ haha
insyaallah semuanya akan lancar mcm roller blade...