Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Daripada kisah farewell party, bola katok, bukit larut, gunung hijau kepada kisah berenang kuak lentang atas katil tapi tak berbikini lah...


Daripada kisah farewell party, bola katok, bukit larut, gunung hijau kepada kisah berenang kuak lentang atas katil tapi tak berbikini lah...

Agak lama rasanya tak ada tajuk entri yang panjang. Tapi bukan apa, aku rasa akhir-akhir ini banyak perkara-perkara yang menarik berlaku dalam hidup aku. Hidup memang best! Dapat sedut oksigen, buang karbon dioksida. Bila oksigen dah sampai kat alveolus, oksigen itu berpindah meresap masuk ke dalam alveolus dan sel darah merah. Dalam sel darah merah, oksigen itu meresap dan bergabung dengan hemoglobin membentuk oksi-hemoglobin. Dari situ, terus mengalir ke seluruh destinasi anggota-anggota badan.



Bersama sebahagian TTSian



Aku memang bernafas dan amat memerlukan oksigen. Oksigen inilah yang buat aku boleh bernafas setiap detik. Menikmati saat-saat bersama mereka. Tapi akhirnya, mereka akan berpecah membentuk formasi lain. Karbon dioksida. Mereka hilang terus dalam ruang-ruang zarah udara yang bergerak dengan pergerakan Brown. Aku tahu, mereka yang akan meninggalkan TTS atau UTP juga akan begitu. Mereka akan ke ruang udara yang lain. Mungkin jauh.



Terima kasih Din, Zai, Izzi, Helhal, Fauzan dan Anwar




Tidak mustahil kita akan berjumpa lagi. Kebarangkalian itu tidak sifar. Selalunya yang patah pasti tumbuh, hilang juga berganti. Sayang dan rindu berkali-kali. Doa aku, Ya Allah Engkau berkatilah hidup mereka, Engkau sayangilah mereka, berikanlah mereka kesenangan hidup di dunia dan akhirat. Amin...

29 Oktober 2009
Farewell Party TTS, Tepian Tasik UTP.











Ceria macam kuih keria!

Yang mahal tidak selalunya berkualiti. Yang kecil tak tentu tidak bermakna. Masa yang singkat tidak semestinya tidak berguna. Lebih kurang 1 jam, aku sempat membahagikan masa dengan FIRC selepas balik dari stor V6 untuk urusan berkhemah. Dalam tempoh yang singkat, aku amat menghargai suasana ketika itu. Bola katok! Mudah, senang, simple, tapi ia membuahkan hasil yang sangat bermakna. Waktu itulah kita dapat kenal saudara dengan lebih rapat. Kita belajar bagaimana hendak mengenal saudara. Kita belajar bagaimana hendak memahami mereka. Maaf, sebelum ini aku selalu tidak ada untuk mereka. Atas sebab, mempunyai komitmen yang lain. Mungkin masa tidak sesuai. Aku terlepas untuk Simposium Anak-anak Merdeka, aku terlepas untuk beberapa meeting EC-HICOM, aku terlepas untuk sesi fotografi komiti, aku terlepas untuk meeting PNP, aku terlepas untuk permainan famili FIRC yang pertama, aku terlepas untuk futsal FIRC VS ALUMNI, aku terlepas dengan tugas-tugas yang lain. Maaf setinggi gunung. Tapi sesi permainan bola katok tempoh hari aku gunakan sebaik-baiknya. Terima kasih yang memahami. Terima kasih FIRC.

30 Oktober 2009

Bola katok FIRC
,Padang bulatan Tasik UTP.









Bersama bunga kenangan Bukit Larut


Bukit Larut. Seronok sebab dapat kenal rakan-rakan baru dan buat apa yang aku minat. Sepanjang pedakian Gunung Hijau, aku isi masa dengan memetik butang kamera. Aku suka suasana hutan, hujan lebat, becak, lumpur, lintah, pacat. Tapi bertambah seronok kalau setiap yang ada meng'ada'kan diri di sana.



Puncak

Tapi konklusinya, aku puas dapat hirup udara segar, hirup kenalan baru, dan pengajaran serta pengalaman yang baru :)


31 Oktober 2009 - 1 november 2009
Bukit Larut/Pendakian Gunung Hijau.









Sepanjang malam aku berenang kuak lentang atas katil. Merehatkan fizikal tubuh badan, merehatkan minda. Mula nak memotivasikan diri semula. Mengecas semula. Macam kapasitor. Aku suka jadi kapasitor, sebab dapat simpan cas. Aku paling benci bila ada cas negatif dari luar.

Aku mungkin menyesal. Tapi sahabat memang susah dicari. Tak mengapalah. Sebab, kadang-kadang yang berlaku ada hikmahnya. Aku redha dan ternyata kalau kita sabar, segala pasti dipermudahkan.

2 November 2009
Di hadapan Komputer riba.







2 comments:

Anwar Samad said...

terima kasih ashraf maskan..

Anwar Samad said...

terima kasih asyraf maskan..