Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Ketua Darjah Tahi Kucing

Haha. Itulah gelak kecil dalam hati aku yang kecil lagi berbentuk love ini. Sesahih mana hati berbentuk love aku tak tahu. Yang pasti inilah perasaan aku bila menatap foto lama ini di Facebook. Saudara lama yang tag.

Sangat klasik! Apatah lagi aku mengenang kembali kisah Ustazah Leha dan kisah tahi kucing dalam bilik darjah. Aduhai. Sempat menggamit memori dalam waktu-waktu begini.
Sekolah Agama Dato' Abdullah Esa Johor Bahru. Berlatarkan masa 2003, di sinilah tempat aku dengan member yang lain gigih bermain bola kertas tergumpal ber-salotape-kan salotape yang kuat gamnya. Biasanya waktu Ustazah Leha tidak ada di dalam bilik darjah. Ustazah Leha dengan gaya cool-nya masih segar dalam ingatan. Suara kecil "Ye tak?"nya masih terngiang-ngiang dan menggetarkan tetulang osikel ini.

Ada satu hari semua berterabur lari bila Ustaz Sazali datang dengan gaya cool-nya juga mencekak pinggang. Dengan kuasa kuda aku lari masuk bilik darjah yang tak jauh, di sebelah saja. Semua buat muka tak tau. Aku ingat lagi yang kena soal ialah si pengawas bersamping merah. Firdaus Anna kalau tak silap. Tapi tak tahulah ketika itu dia terkencing dalam seluar atau tidak.Cerita pasal tahi kucing lagi seronok. Aku bersamping hijau sebab kena jadi ketua kelas ketika itu. Ketua kelas tahi kucing. Yelah, ada satu hari itu, tiba-tiba menusuk bau tahi entah dari mana. Aku ingatkan, kemungkinan tahi bayi-bayi yang hendak buat pemeriksaan di klinik yang sebelah sahaja dengan bagunan bilik darjah kami. Rupa-rupanya aku salah. Tahi kucing kurang ajar rupanya. Cantik sangat posisinya yang betul-betul bawah meja yang belakang sekali. Teknik penyamaran agaknya. Semua tak nampak.

Aku ketua kelas tahi kucing. Maka akulah yang kena cuci segala itu. Tapi nasib baik ada member yang selalu buat kecoh bersama. Wan Hasan, Wan Leman, Arwah Paan, Daus Anna, Daus Isnin, Faris, Hatta, entah siapa lagi ketika itu. Kamilah yang duduk dalam barisan yang sama yang selalu tido dan gelak tiba-tiba dalam kelas.Terima kasih kepada pencipta surat khabar. Sebab dengan surat khabar lah kami kutip tahi kucing itu. Lantas dimasukkan ke dalam penyodok sampah. Si Daus Isnin angkut baldi dari jamban yang busuk untuk membilas najis itu. Macam-macam idea keluar nak bersihkan tahi kucing itu. Siap dengan air tanah kononnya nak buat demonstrasi cara-cara menghilangkan najis Mughollazah.



Ingat lagi Kumpulan Muhammadun? haha
(aku yang ada dua jari itu)


Semua macam monyet


Ini bukan saja cerita suka-suka pasal tahi kucing. Tapi nak cerita dan berkongsi cerita pasal zaman di mana ukhwah antara sahabat itu amat kuat rasanya. Macam tali ikatan pengakap yang tak mudah putus kecuali ada yang cuba membuka ikatannya.

Dengar cerita, gambar ini adalah pemberian seorang sahabat kepada sahabat lama ini. Al-Fatihah kepada arwah Farkhan Hakim bin Khamthani di atas pemergiannya sebelum kami semua dapat melihatnya mengenggam segulung ijazah. Itu semua takdir.

11 comments:

azian azman said...

hahaha...nape aku x tau kewujudan tahi kucing tu..

btw..lawak weh gambo2 kowg nih..

Asyraf Maskan said...

haha eh bkn ke kita sekelas ke? haha time tu ustazh leha srh buang taik kucing tu haha
mgkin ko g tandas berak kot time tu haha

Asyraf Maskan said...

kelaka jugak tgok gmba ni tp sgt memorable

Mrs Camillo said...

comel n klasik. :')

kerepek tempe memang cantek

penaberkala said...

semuanya kerna facebook
ak pun br dpt gambar lama time skolah rendah,haha

k e r e p e k t e m p e said...

haha aah itulh yg best psl fb... bolh jmpe mmber2 lm

k e r e p e k t e m p e said...

zai: tq.. kamu di dlm prpustakaan pn byk crita psl ape yg aku rs. rasa berkongsi

Unknown said...

hwuaaa...
nama ku disebut didalam blog yg terkenal ini..
terharu rasanye.. =p

btw, aku yg bersamping merah ni x terkencing yer semasa disergah oleh ustaz sazali..

kuang hassam punyer kawan2, semua berlari nk keluar.aku kene tinggal..!!
sedih tawu x..
sampai ati korang..
tp nasib baik aku bertindak pantas dan tuntas..
ketika ditanya oleh ustaz sazali. "firdaus,apa awak buat kat sini?"
daku menjawab.. "saya dgr td bising2 ada budak2 cabut kelas,tu yg saya dtg nk check,berterabur diorang lari bile nmpk saya,x sempat nk tgkp ar plak ustaz, muke diorang plak saya x dapat cam, mintak maaf ustaz, nnt saya akan kerapkan rondaan dikawasan nih"
(sambil dlm hati berdoa spy ustaz percaya walaupun ketika tuh aku tgh berpeluh2 sambil keadaan samping compang camping dlm keadaan mencurigakan)
hakhak..

AKU SAYANG SADAE!!
memory indah..
ayap, igt ustazah korek idung x?
buat lah satu post utk die..
hukhuk..
(rindu sangat2 kat korang semua..
hwuaaaaaa)

k e r e p e k t e m p e said...

HAHAHAHHAA tau takpe kesian aku tgok ko mangsa keadaan..tp takpe..ko kan jambu ustaz sazali haha

ustazah korek idong??o yeahhh siapa yg lupa akan itu.. hahaha nanti aku post bila2 aku rasa sesuai sebab esok aku ada paper final haha

apa2 pun kenangan Muhammadun lg best i'allah aku post

aku saja PROMOTE ko.. tp aku rasa minah arab sana berlambak kot

terry bogart said...

ko ada pngalaman tulis kat papan hitam "sapa bising dalm kelas, budak jahat".. ada x?.. ha3

k e r e p e k t e m p e said...

ada haha siapa yg bising nama dia naik atas papan hitam. pastu kalau dia dh senyap, padam nama dia. kalau bising balik tulis balik