Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

"Tulah anaknye wak miskam nak kelapa parut 1 bungkus, sape lagi..."

Emak aku selalu buat lempeng atau jemput-jemput kentang. Waktu hujan petang-petang sebegini, makan cicah sambal tumis ikan bilis kering. Berbilas pula dengan air teh panas tak pun Milo panas. Bila aku balik sekolah agama dulu begitulah rutin harian selain kena beli kelapa parut 1 bungkus. Aku suka jela ikut arahan mak aku beli kelapa parut. Syarat yang aku kenakan, kasi lampu hijau naik basikal hehe. Jangan main-main, aku rider kot dulu haha siap ada 'makgad' kat basikal tuuu...

Kayuh punya kasuh dengan samping hijau masih kat pinggang, sampailah aku di kedai runcit kelapa parut. Boleh dikatakan hari-hari aku beli kelapa parut. Sampai muka aku memang muka kelapa parut lah. Sampai kedai runcit, memang dicop 'KELAPA PARUT' kat dahi.

"Tulah anaknye wak miskam nak kelapa parut 1 bungkus, sape lagi..."

Sebenarnya aku nak cerita pasal kelapa parut. Sebahagian daripada kisah waktu aku kecil-kecil dulu. Yelah tadi nak sambung cerita kat kedai belakang Ameeth tak sempat. Sekadar berkongsi cerita. Aku sempat cerita pasal jemput-jemput saja. Menariknya kalau kita ada kisah waktu kecil yang sama. Kalau compile tu boleh buat Final Year Project. Wah!

Yang menariknya aku masih simpan lagi gambar aku, kakak aku dengan mak aku tengah makan jemput-jemput atas meja kecil.





4 comments:

penaberkala said...

jemput2 mmg best
ubi kayu + kelapa parut pun best gak time hujan2

[ acabond ] said...

aah ubi rebus cecah gula,sambal tumis ikan bilis..mane nk cari ubi kt tronoh ni? haha satu masa kena buat ni

Anwar Samad said...

aku kecik2 dulu pon makan ubi rebus gak.. sampai darjah 6 aku tanam ubi sendri untuk soh mak bwat ubi rebus n lepat ubi.. hihihi

[ acabond ] said...

lepat ubi pun dah lama tak jamah...manela nak jumpe lepat ubi kat tronoh ni.. rbtm adela