Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Telan Bila Senang,Terbang Bila Tenang

Susah sebenarnya nak menelan. Perlu kunyah dengan gigi geraham. Diastema dibuka ibaratnya macam terlopong melihat polong. Bila betul-betul hancur dan lumat, baru boleh melepasi toraks terurai dengan segala macam enzim amilase, maltosa dan sukrosa dan apa lagi nama-namanya. Bila cukup terurai, yang pastinya saki-baki yang macam sampah perlu melalui peristalsis, supaya tak tersumbat. Keluar semuanya akan di-flush-kan.


Kerja manusia antaranya ialah menelan. Hendak melangsungkan hidup, perlu telan makanan, yang pastinya setelah dikunyah. Waktu kecil dulu pun emak cukup penat melumatkan makanan seperti kekacang dek takut gusi kita terluka! Sekarang kita yang kena buat sendiri sebab itu kendiri.

Telan lah selagi engkau senang untuk telan. Nanti bila gigi tinggal dua atau tiada, jangan harapkan gigi palsu berharga RM100++.


Tapi akhirnya burung akan terbang dari sarangnya selepas ranting-ranting dan air liurnya tidak cukup kuat menampung dan memang sudah sampai masa perlu berganti baru. Ketika ini ranting-ranting ini perlu diganti dan memerlukan air liur burung yang masih segar dirembes keluar. Amilase yang segar, ranting yang masih bergetah. Segalanya disangka tenang tapi resah si burung itu menanti apa dihadapannya nanti setiap sayapnya menyonsong angin.


Waktu kecil dulu pun emak cukup penat melumatkan makanan seperti kekacang dek takut gusi kita terluka! Sekarang kita yang kena buat sendiri sebab itu kendiri. (Ulang sekali)

Selamat Hari Ibu. Emak ayam punya sambutan hari ini juga ye?




2 comments:

Half said...

hahah... lawak2.. selamat ari ibu cap.. =P

[ acabond ] said...

erk apa yg lawak.. mood tgh rudung ni wei slmt ari ibu jugak kpd ko. jagalah anak2 ko tu dgn baik. jgn lupa ckp happy belated mpther's day kt nua dan izzi