Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Lebih Daripada Tempe dan Soto!

Selepas 4 hari balik kampung. Tapi tak tanam jagung selama tempoh masa itu. Yang aku tanam ialah kenangan. Biarkan ia bercambah dan tumbuh melata, tak sungguh aku tak kata.

Gembira selama 4 hari dapat jumpa keluarga, terutamanya. Mak abah sihat dan nampaklah hati mereka membunga. Keluarga yang dulu pernah membesarkan aku juga sama. Bila dapat tahu Bak sudah tidak seceria dulu, aku sedikit resah. Sejak arwah Mak Ica pergi. Aku masih teringat-ingat mimpi yang aku alami secara sedar atau tidak sedar sebaik sahaja dia melambai pergi. Tapi selama 4 hari itu, sempat bersama dengan keluarga Bak dan Darwisy yang pun sudah 3 tahun petah bercakap walaupun pelat jawa agaknya.

Kawan-kawan lama, masih betul-betul kenal rupa percuma ini. Ada yang sibuk bekerja kononnya sudah ada anak bini. Tapi itu kerja sementara nak kumpul duit untuk tuntutan sendiri. Baguslah, kalau tidak harus melayan kerenah aku yang asyik-asyik nak keluar rumah.

Sempat melontar bola bowling dengan rakan yang sudah lama tak jumpa. Walaupun aku kenal rupanya sahaja, tapi aku masih anggap kawan sebab dulu tak sempat nak berbual rapat. Aku sangat-sangat kenal muka budak Sekolah Mohd Khir dan juga budak Sekolah Agama. Sebab mereka juga membesar dengan aku dan bersama rakan 1989 yang lain. Pertemuan bersama 3 sahabat lama itu sekejap tapi rasa macam sudah rapat. Terima kasih kepada Hasyiemey. Tiba-tiba saja aku tonton Shrek Forever After berdua dengan dia. Tapi tak apalah sudah biasa. Tergelak sakan sampai nak terkentut-kentut.

Lagi terharu bila dua orang rakan ini sanggup pula keluar malam esoknya untuk menonton Prince of Persia yang aku dah tempah awal-awal. Walaupun dua orang rakan ini sibuk bekerja bak ada anak bini. Puas tapi kesian pula budak dua ekor ini kena bangun awal kerja.

Disebalik bangku Jusco tebrau, terselit seorang minah bertudung hitam. Bangku panjang Jusco Tebrau depan surau. Oh rupanya rakan lama yang baru-baru ini, aku rancak baca blognya. Di tepi sudut pula aku ternampak lelaki kacak ala-ala Ariel Peter Pan rambutnya. Azim rupanya dan minah bertudung hitam tadi Hajar namanya. Kedua-duanya masih sempoi berbicara. Agak lama aku tak jumpa dua orang ini!

Aku labuhkan punggung atas bangku panjang tadi dan Hajar yang berselipar, rancak berbual pasal diri masing-masing. Berselipar menyakinkan aku yang dia ini masih sempoi macam dulu. Terlalu singkat rasanya perbualan di bangku panjang itu. Yang pasti setiap bait-bait kata tak ada sela, disulam pula dengan gelak tawa. Sentimental kot. Macam biasa, Azim dengan gaya selamba kodoknya buat penceria suasana. Oh dulu rambutnya macam landak! Bila aku tengok dua orang ini, aku nak tergelak, sebab dulu nampak diorang ini kecil-kecil saja macam berudu. Sekarang semuanya dah besar panjang. Masing-masing sudah ada pegangan masing-masing. Maksud aku ada karisma dan personaliti sendiri.

Kalau Hajar misalnya dulu waktu kecil, aku rasa dialah yang paling matang dan tegas intonasi percakapannya. Sampai aku rasa nak terkencing kalau nak cakap dengan dia. Tapi dia masih sempoi. Ada masanya dia tegas. Sekarang, masih tegas dan bertambah lagi matang percakapannya. Macam Dr Mashitah pun ada gayanya.

Kalau Azim, dulu dia agak pendiam dan malu-malu dengan perempuan-perempuan. Tapi muka selamba dia tetap kekal tak boleh hilang. Rambutnya lah saja yang sudah tak tercacak landak. Masih suka gelak-gelak. Aku rasa sekarang, perempuan kot yang malu-malu tengok dia. Kiranya dia ini macam gula penambah rasa lah.

Aku berlalu pergi meninggalkan dua orang ini sebab nak membeli-belah sekejap dan lepas tonton Prince of Persia, esoknya nak jumpa pula dengan rakan lama yang baru balik dari Arizona. Kalau tak jumpa, bila lagi kan.

Paling penting hari ini, aku jumpa rakan lama yang buat aku terasa nak masuk dalam laci. Laci Doraemon yang boleh kembali ke masa lalu. Masa sekolah rendah dulu. Makan nasi lemak Anep tepi longkang, main istana Takeshi, main tanam-tanam taugeh, macam-macam lah. Kiranya hari ini lebih daripada tempe dan soto lah!


2 comments:

itisrajah said...

tak sangka my name is on this post.
bangga, gitu!
he he.
well, aku happy gila dapat jumpe kau!
kitorang je dulu kecik macam berudu skang da besar macam katak.
kau tuh yang dari dulu smpai sekarang tetap kecik macam berudu.
he he.
alahmdulillah.
sempoi-sempoi aku masih sama macam selalu, kan?
yang penting, aku tak penah lupa kawan-kawan aku.
aku tak penah lupa kau.
macam mane aku jumpa kau tempoh hari, rasa sayang aku sama macam kita masih di sekolah rendah dulu.
i mean, sayang as friend la.
he he.
well, i miss everyone.
and i miss mohd khir johari.
i miss 6 arif.
i miss 2001.
i miss all the memories that grow in my mind.
i really hope that the time machine is good to be true.
because i want to go back to the time when we were 12.
are you going too?
=)

k e r e p e k t e m p e said...

haha jgn kembang smpai koyak ye..
yelah membe lama tak jumpa
aku pn rasa happy gila dpt jmpe korang. yang pasti dpt tgoklah korang ni dah besar ke belum, dah kawen ke belum haha.

ceyyy tacing gila ayat ko nih! rasa tgh potong bawang merah!
kalau aku nak <12 tahun pun tak kesah.. boleh rasa nasik lemak mak anep byk kali