Ais krim batang 20 sen yang ada asam kecut di dalamnya
Ada cerita menarik aku teringat waktu dulu-dulu. Emak aku pernah jual ais krim batang pelbagai jenis. Ada Milo, oren, dan yang paling menarik ais krim batang perisa durian belanda. Dulu ada pokok durian belanda belakang rumah aku. Jadi setelah berbudi pada tanah, maka hasilnya berbaloi. Itulah orang kata kena pandai bercucuk tanam. Tapi yang tanam dulu tak tau siapa, Pak Cik aku agaknya (Tuan punya tanah). Maka mak aku ambil lah hasil buah durian belanda yang tak seberapa itu untuk dibuat jus dan ais krim batang.
Rumah aku ini memang strategik untuk jualan sebab ramai budak-budak kecil bawah umur selalu bermain-main di hadapan halaman rumah aku . Kawasan berumput dan botak di bahagian tengahnya dan ada pokok rambutan merimbun, meredupkan kawasan hadapan rumah aku yang tak pernah sunyi dek gelak ketawa budak kecil.
Sebenarnya aku nak cerita pasal ais krim yang ada asam jawa di dalamnya. Tapi inilah permulaan ceritanya. Asyik-asyik cerita pasal mak aku kan.
Baiklah mungkin itu yang menjadi persoalannya sekarang. Kau orang (bahasa orang Singapura) mesti pernah merasai ais krim batang perisa asam. Yang paling istimewa, ais krim perisa asam ini ada asam kecut di dalamnya! Itulah yang kita kejar-kejarkan. Perisa lain sudah tak dipandang dah. Sebabnya ia nampak istimewa. Kiranya, kau orang dapat bonus selain merasa ais krim yang sejuk menggigit tekak yang kering.
Seperti dalam dunia ini, sesuatu yang istimewa kurniaan-Nya. Kita yang sedang melihat dunia ini selalu mengejar apa di dalamnya. Cuma kita tak tahu bila masanya kita dapat betul-betul 'dapat' makan 'asam kecut' itu. Kedudukan asam kecut itu tak mungkin sama bagi setiap batang ais krim. Ada orang dapat asam kecut betul-betul pada hujung batang ais krim. Ada yang dapat asam kecut pada hujung yang satu lagi. Istimewanya ada yang dapat di tengah!
Bila kita gigit plastik pada hujung ais krim batang asam kecut, pasti tak sabar nak dapatkan asam kecut didalamnya. Kalau dapat tu terus gigit asam tu, sampai terbuka nampak bijinya. Kalu nasib baik dapat asam yang kedudukannya di hujung. Jadi cepat saja dapat rasa 'asam kecut' tu. Kalau di tengah? Alamatnya kena tunggu lama. Biasanya kena makan separuh daripada ais krim tu, barulah dapat merasa asam kecut yang di tengah tu. Agak lama lah kena tunggu.
Waktu tu, kalau tengah tengok kartun Dragon Ball pada Ahad pagi, mesti waktu itu sampai berapa kali iklan Apollo pun tak dapat asam kecut tu.
Maka lagi senang kalau kita patahkan dua saja ais krim itu. Berilah satu bahagian kepada orang lain. Biar mereka dapat merasa kesejukan dan keenakan ais krim asam kecut tu. Kita juga yang untung terus dapat rasa 'asam kecut' yang di tengah tu.
Aku membesar bersama-sama dengan Ais krim batang (atau ais krim Malaysia). Inilah subjek yang paling istimewa buat aku.
14 comments:
aku pun membesar dengan ais krim batang gak. tapi bukan yang ada asam kecut, tapi yang ada buah mangga putik. rasa masam2 yang best!
eh ada ais krim mangga putik? perghh aku tak pernah jumpa. kena g ganu nih hehe (aku tak penah g ganu haha)
sebab tu kite kene bersabar..
tunggu dengan penuh sabar kerana pasti sinar bahagia kita akan menjelma..
sesetengah org dpt apa yg diingin sekarang, kita? mungkin esk, mngkn masa kita tua..
macam yg aku ckp ptg tdi. mana tau taun depan kita dpt durian runtuh,
telah ditetapkan rezeki bgi setiap manusia.. bersabar dan terus berdoa menghambakan diri padaNya
haha kalau dpt durian runtuh mmg best. apa yg ko ckp td ade isiknya di sini. ipod beli 10!
kisah hidup kita hampir sama
jual ais krim pelbagai perisa
untung tak seberapa, habis kat anak-anak makan,haha
tapi aiskrim asam paling best
ais krim mangga tak kurang hebatnya
hidup ini umpama ais krim,
nikmatilah ia sebelum cair
sebab tuh ada slogan aiskrim, hidup biar sedap! haha
haha aku rasa ada jugak org lain yg alami prkara yg sama
aah nikmati sebelum cair..
nikmati sebelum kita pun cair nanti bila dah sejengkal...
tringt tgh2 hari,ketuk umah jiran..
"cik ooo cik..nak eskem..."haha
haha betul..
drama sgt amin
hwuaaaaa...
kat sini x der ais krim batang..!!!
hwuaaaaa
jgn kata ais krim..
asam tuh pon x der..!!
ayap pos kan sikit ais krim batang dari sana bulih?
haha balikla m'sia..kmpg mlyu dh lama sepi tanpa ko~~
nak balik...
tp apakan daya..
x per lah..
insyaAllah tawun depan aku balik..
dah teramat rindu kat korunk semua..
ahakzz..
rindu kat kehijauan hutan,bunyi unggas,gunung-ganang, n on top of it..
AIR TERJUN..!!
btw, ayap..
nnt bile ko dah start cuti tolong inform aku k?
nk mintak tolong BEKAM bantu urusan pindah umah..
parent aku dah dpt kunci dah..
maybe bulan 6 ni kowt bergerak..
korang bulih tolong kn?
oh boleh je..tp insyaallah kalau aku balik jb boleh tlg sbb aku g intern bln 6 ni. tp jgn risau..faris daus kebana, daus ripin ade... boleh tlg2 risau risau derr
touchingnya.. aku xmmbesar ngan ice-cream sebab masa kecik aku xde duit.. bila dah besar sikit, bila dah ada duit, baru aku beli ice cream 10 sen (weii..masa kita kecik 10 sen arr.. bila kita darjah 4,baru jadi 20 sen..he3)
acap..lidah aku terasa skang ni.. jom buat banyak2, pastu kita makn banyak2..he3
haha mmg sentimental ais krim btg ni haha. aku dpt rasa free je sebab mak aku buat haha
jom final year buat bisnes ais krim batang. kompom laku. perak kan panas
Post a Comment