Bacalah Kerepek Tempe untuk hidup dengan lebih bergizi. Terkandung khasiat cerita kehidupan yang rangup dan mudah dihadam.

Baju Merah

"Assalammualaikum... "

"Hai, haha dah lama tak masuk bilik ni. Macam mana Econs tadi?"

"Okla haha. Tula dah lama tak jumpa"



Empat sahabat itu pun bersalam-salaman dengan hati aku ini memang betul sudah lama tak masuk melawat rakan yang dua ini. Setelah beberapa minit berbual, aku pun melabuhkan punggung di atas kerusi empunya bilik itu tadi.



"Eh, ini apa? Bedak ke lotion?"

"Itu untuk makan haha takdelah. Macam herba.", agak lawak rakan empunya bilik ini dengan dialek suaranya.

"Eh baju merah! Kalau sekarang I bawak pisau I cucuk you haha", nadanya bergurau lantas aku pun tertawa.



Kemudian 3 orang rakan yang lain terus beredar kerana menunggu seseorang. Rasanya macam sudah nak tamat sesi melawat itu. Tetapi punggung aku katakan jangan. Lantas aku duduk di atas katilnya. Dia terbaring di sebelah daripada tadi. Aku lihat mukanya agak penat.



"Aah kan, baru perasan I pakai baju merah. Baju merah sokong Thaksin kan?"

"Tula, I tak suka dengan diorang. Bodoh tau. Dahlah ekonomi semua merosot then I rasa risau. Jadi teruk dah"

"Emak you duduk rumah jauh tak daripada tempat-tempat bahaya tu?"

"Rumah I jauh sangat...", dialek Thailand dia buat aku lagi tersentuh.

"Oh okla got to go. Takpe harap-harap semua ok. Dah nak pegi ikut diorang makan. Bye jumpa lagi", aku tersenyum sebagai buah tangan sebelum pergi.



Dengan raut mukanya yang kelihatan letih, aku dapat lihat sedikit air matanya bergelinang. Mungkin bukan sebab masuk habuk atau sebagainya. Lebih kurang 5 minit terakhir itu aku dapat sesuatu yang sangat bermanfaat untuk sendiri dan semua orang. Bila melangkah keluar daripada biliknya, aku masih terbayang muka yang 5 minit terakhir itu.

8 comments:

along rufaidah said...

mendalam entri ni

k e r e p e k t e m p e said...

diri sendiri pn rasa kejadian 5 minit ni sgt mndlm ertinya utk diri sndiri dan semua

penaberkala said...

kdg2, bila kita teringat dan bercerita pasal org yg kita sayang, blh bergenang airmata tanpa disedari

watak dlm cite ni, org thailand ka?

apakah kejadian 5 minit tu? cam menarik je..hermm

k e r e p e k t e m p e said...

aah betul.. aah thailand tp die boleh speaking malay
5 minit trakhir brbual dgn die sblm kluar haha bunyi [eristiwa 5 minit trakhir tu mcm misteri kn haha

Half said...

ni mesti bilik housemate aku tu

k e r e p e k t e m p e said...

haha mcm mana ko tau? kantoi stalk aku haha

terry bogart said...

ko buat script drama ke apa?.. kalau buat psembahannya depan aku, baru aku faham..ha4

Asyraf Maskan said...

taklah ni drama realiti bukan skrip haha ko kan suka drama2 korea. nilah drama korea. tp versi thailand. adela sikit2 korea